Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2025/2026

Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 & Tawaran
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Keputusan Semakan UPU Online 2025/2026 (https://upu.mohe.gov.my) dijangka akan diumumkan pada 5 September 2025 bagi lepasan STPM dan setaraf. Perkara ini telah disahkan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA, JPT @ UPU) melalui sebuah hantaran terkini.

Semakan keputusan UPU ini hanya boleh dilakukan secara online melalui portal rasmi UPU atau menggunakan aplikasi mudah alih UPUPocket yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. 

Untuk makluman, keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf akan diumumkan pada Jumaat ini bermula 12 tengah hari, 5 September hingga 5 petang, 14 September 2025.

Rujuk cara semakan keputusan dan permohonan UPU di bawah.

BACA JUGA: Fasa Kemaskini UPUOnline STPM/Setaraf Sesi 2025/2026

Permohonan UPUOnline 2025

Permohonan UPUOnline dibuka setiap tahun bagi membolehkan calon-calon lepasan SPM dan STPM membuat pilihan institusi pendidikan yang sesuai berdasarkan minat, keputusan dan merit masing-masing.

Rujuk panduan permohonan di bawah:

  1. Pembelian unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.
  2. Layari portal UPU di upu.mohe.gov.my
  3. Pastikan kategori anda yang dipilih adalah betul.
  4. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  5. Kira merit menggunakan kalkulator merit untuk memudahkan pemilihan kos yang sesuai.
  6. Semak tren permohonan dan penawaran.
  7. Semak laluan kerjaya.
  8. Isi permohonan.
  9. Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  10. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  11. Lengkapkan borang permohonan.
  12. Klik butang “Simpan”.
  13. Cetak slip permohonan.
  14. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  15. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.
upuonline
Panduan Permohonan UPUOnline

Semakan Keputusan UPUOnline 2025/2026 (STPM & SETARAF)

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan bahawa keputusan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (MARA BPT) bagi lepasan STPM sesi akademik 2025/2026 boleh disemak bermula:

HEBAHAN KEPUTUSAN UPUONLINE®️ LEPASAN STPM/SETARAF

Kepada calon lepasan STPM/Setaraf yang memohon UPUONLINE®️ bagi sesi akademik 2025/2026, semakan keputusan boleh dilakukan bermula:

📅 Tarikh: 5 September 2025 (Jumaat)
⏰ Masa: 12.00 Tengah Hari

HINGGA

📅 Tarikh: 14 September 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 5.00 Petang

Semakan boleh dilakukan di platform berikut:
👉🏻 https://upu.mohe.gov.my
👉🏻 Aplikasi UPUPOCKET

❗Pengesahan setuju terima tawaran bermula 6 September hingga 14 September 2025.

Tarikh-tarikh penting:

  • Permohonan Dibuka Fasa 1:
    10 Februari 2025 (Jam 12 Tengah Hari)
  • Tarikh Tutup Permohonan Fasa 1:
    14 Mac 2025 (Jam 5 Petang)
  • Permohonan Dibuka Fasa 2:
    14 April 2025 (Jam 12 Tengah Hari)
  • Tarikh Tutup Permohonan Fasa 2:
    18 Mei 2025 (Jam 5 Petang)
  • Semakan Panggilan Temu Duga / Ujian Program Pengajian Bukan Pendidikan:
    21 April 2025
  • Semakan Panggilan Ujian i-MEdSI:
    21 April 2025
  • Semakan Panggilan Temuduga Pendidikan:
    19 Mei 2025
  • Pengumuman Keputusan UPU (STPM/Setaraf):
    Minggu pertama September 2025
  • Permohonan Rayuan UPU:
    Minggu pertama hinggan Minggu ke-2 September 2025
  • Pendaftaran Pelajar Baru:
    Minggu ke-2 Oktober 2025

BACA JUGA: Rayuan UPUOnline 2025 – Cara Mohon, Syarat & Tarikh Penting

Cara Membuat Semakan UPU Online Lepasan STPM / Setaraf

Untuk lepasan STPM atau setaraf, berikut adalah panduan membuat semakan keputusan UPU mengikut kategori.

Maklumat ini merangkumi semakan panggilan temuduga, keputusan, tawaran, serta keputusan rayuan bagi Program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

Calon boleh membuat semakan keputusan secara atas talian melalui portal rasmi berikut:

Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi UPUPOCKET yang boleh dimuat turun di telefon pintar.

Pengesahan Setuju Terima Tawaran

Tempoh Pengesahan: (TARIKH RASMI AKAN DIKEMASKINI KELAK SETELAH PENGUMUMAN KPM)

Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui laman sesawang IPTA atau MARA BPT dalam tempoh yang ditetapkan.

Rayuan Bagi Pemohon Tidak Berjaya

Permohonan rayuan boleh dibuat di laman web rasmi : upu.mohe.gov.my

Pemohon yang tidak berjaya atau hanya mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik.

Tempoh Rayuan: (TARIKH RASMI AKAN DIKEMASKINI KELAK SETELAH PENGUMUMAN KPM)

Tawaran tempat bagi sesi akademik 2025/2026 adalah muktamad. Sebarang pertanyaan berkaitan UPUOnline boleh diajukan melalui:

Rayuan UPUOnline
Rayuan UPUOnline

Semakan UPU Online Melalui Aplikasi UPU Pocket

Selain membuat semakan UPUonline melalui laman web, anda juga boleh menggunakan aplikasi UPU Pocket.

UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.

keputusan rayuan upuonline

Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:

  • memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
  • memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
  • boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
  • terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.

Aplikasi UPU Pocket ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store di SINI.

Tarikh Penting Permohonan UPUOnline 2025/2026

Sila rujuk tarikh-tarikh penting di bawah untuk mengetahui tempoh semakan keputusan UPUOnline sesi 2025/2026:

CALON LEPASAN SPM

Bagi pelajar lepasan SPM, berikut adalah tarikh penting permohonan UPU :

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU 2025 – LEPASAN SPM

semakan upu online

CALON LEPASAN STPM

Bagi pelajar lepasan STPM, berikut adalah tarikh penting permohonan UPU

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU 2025 – LEPASAN STPM / SETARAF

APLIKASI KASI UPUPOCKET BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY, APPSTORE & APPGALLERY

Maklumat Lanjut Berkaitan Permohonan UPUOnline 2025/2026

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan UPUOnline, sila rujuk:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Semakan UPUOnline

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi :~

BACA JUGA: Rayuan UPUOnline 2025 – Cara Mohon, Syarat & Tarikh Penting

FAQ Kemasukan ke IPTA & MARA BPT

FAQ KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) – LEPASAN STPM, DIPLOMA & SETARAF

1. Bagaimanakah keputusan UPU untuk lepasan SPM ditentukan?

Calon akan disusun mengikut kedudukan berdasarkan markah merit yang paling
tinggi hingga yang paling rendah.

2. Bagaimana pemilihan ke UPU untuk lepasan SPM dilaksanakan?

Proses pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan
oleh semua institusi/ agensi. Pemprosesan pemilihan seperti berikut:
a) Calon ditawarkan berdasarkan merit, memenuhi Syarat Am & Khas program
pengajian, kekosongan tempat, diperaku temu duga dan/atau ujian (jika
berkenaan) dan keutamaan pilihan calon.
b) Calon disusun berdasarkan markah merit paling tinggi hingga paling rendah.

3. Bila akan dapat surat tawaran UPU?

Surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh UA bermula sehari (1) hebahan keputusan. Calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi di Laman Web UA mengikut jadual yang ditetapkan.

4. Bila tarikh akhir buat pilihan terima tawaran UPU?

Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam
tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan perdana.
Calon yang tidak membuat pengesahan terima atau tolak selepas tempoh yang
ditetapkan akan dianggap sebagai menolak tawaran.

5. Bagaiman cara buat rayuan UPU?

Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT
atau calon yang mendapat tawaran program pengajian Sijil di Kolej Komuniti yang
boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan
permohonan kemasukan diumumkan.

Calon yang mendapat tawaran, menolak tawaran atau tidak membuat
pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sembilan (9) hari selepas
hebahan keputusan perdana, tidak akan dipertimbangkan untuk proses rayuan

6. Pilihan program apa yang ditawarkan dalam rayuan UPU?

Calon dibenarkan mengemukakan empat (4) pilihan program pengajian semasa
permohonan rayuan dengan program pengajian bertemuduga dan/ atau ujian hanya
berada di Pilihan 1 dan 2 sahaja.

Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah pilihan program pengajian yang
layak syarat am dan syarat khas program pengajian sahaja serta masih ada
kekosongan selepas setuju terima tawaran.

7. Bila keputusan rayuan UPU untuk lepasan SPM akan diumumkan?

Keputusan rayuan UPU untuk lepasan SPM akan diumumkan pada minggu ke-4 Julai 2025.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan kemasukan
ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi
Akademik 2025/2026:
semakan upu online

8. Bila keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM akan diumumkan?

Berdasarkan FAQ Tarikh pengumuman keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM adalah pada minggu pertama Oktober 2025.

9. Kenapa permohonan UPU saya gagal?

Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan permohonan UPU tidak berjaya mendapat program yang dipilih / gagal :

PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) SESI AKADEMIK 2025/2026 – PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM / SETARAF KATEGORI DIPLOMA / SETARAF

PEKELILING KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI, MARA BPT – LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2025/2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut