Semakan keputusan UPUOnline bagi lepasan SPM 2025 untuk sesi akademik 2026/2027 boleh disemak bermula 22 Mei 2026 (Jumaat) 12 t/hari sehingga 31 Mei 2026 (Ahad), 5 petang.
Semakan boleh dilakukan melalui UPUOnline (upu.mohe.gov.my), Aplikasi UPUPOCKET atau aplikasi MyGov.
Pengesahan setuju terima hendaklah dilakukan di laman sesawang UA, IPTA & MARA PBT bermula 23 hingga 31 Mei 2026.
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan dalam tempoh 10 hari bermula 22 Mei 2026 (Jumaat) 12 t/hari sehingga 31 Mei 2026 (Ahad), 5 petang.
Pendaftaran pelajar baharu pula akan bermula 15 Jun 2026, tertakluk kepada surat tawaran daripada UA/Politeknik/Kolej Komuniti masing-masing.
Sila rujuk perkongsian di bawah untuk maklumat selanjutnya mengenai semakan keputusan UPU dan juga rayuan UPU.

HEBAHAN KEPUTUSAN UPUONLINE LEPASAN SPM
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2026/2027 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 22 Mei 2026 (Jumaat).
Keputusan boleh disemak mulai 22 Mei 2026, jam 12.00 tengah hari hingga 31 Mei 2026, jam 5.00 petang melalui platform seperti berikut:
- Secara atas talian melalui pautan, https://upu.mohe.gov.my.
- Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.
- Melalui Aplikasi Mobile MyGov di telefon pintar.
Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 23 hingga 31 Mei 2026 di laman web UA, IPTA dan MARA BPT.
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan UA, IPTA dan MARA BPT kepada yang berjaya mulai 23 Mei 2026 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.
Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 22 Mei 2026, jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Mei 2026, jam 5.00 petang.
Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline®.
Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2026/2027 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian UA, IPTA dan MARA BPT tidak dibenarkan.
Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: [email protected]
Facebook & Instagram: BKPA UPU
TikTok: BKPAUPU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
7 MEI 2026


Cara Semakan Keputusan UPUOnline 2026/2027
Semakan keputusan UPUOnline bagi sesi akademik 2026/2027 boleh dilakukan melalui tiga cara, iaitu:
- Secara atas talian melalui pautan, https://upu.mohe.gov.my.
- Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.
- Melalui Aplikasi Mobile MyGov di telefon pintar.

Kaedah 1: Semakan Keputusan UPU melalui laman web
- Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan rasmi: https://upu.mohe.gov.my.
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Semak keputusan yang tertera.
- Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan, iaitu mulai 23 Mei – 31 Mei 2026 di laman sesawang UA/ IPTA/MARA PBT masing-masing.
KAEDAH 2: Cara Semakan Keputusan UPU Melalui Aplikasi UPUPOCKET
Semakan keputusan permohonan UPU juga boleh dibuat melalui aplikasi UPUPOCKET.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
Pelajar boleh menyemak status permohonan UPU mereka secara atas talian menggunakan telefon pintar di mana-mana sahaja selagi ada akses internet.


Langkah Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2026/2027:
- Muat turun aplikasi UPUPOCKET daripada Google Play Store atau Apple App Store.
- Buka aplikasi dan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan atau maklumat yang telah didaftarkan semasa permohonan UPU.
- Pada menu utama, cari pilihan “Semakan Keputusan” atau “Keputusan Permohonan”.
- Masukkan butiran pengenalan seperti nombor kad pengenalan dan no. angka giliran (jika diperlukan).
- Tekan butang “Semak” atau “Submit” untuk memaparkan status keputusan permohonan.
- Keputusan seperti “Berjaya”, “Tidak Berjaya”, atau “Rayuan” akan dipaparkan bersama maklumat tawaran program dan institusi (jika layak).
- Pelajar boleh memuat turun surat tawaran atau melakukan tindakan rayuan terus melalui aplikasi sekiranya diperlukan.
NOTA:
- Pastikan aplikasi UPUPOCKET telah dikemas kini kepada versi terbaru untuk elak masalah paparan atau akses.
- Semakan boleh dilakukan mengikut tarikh rasmi pengumuman keputusan oleh UPU. Tindakan selanjutnya (pengesahan tawaran atau rayuan) mengikut arahan dalam aplikasi.
Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:
- memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
- memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
- boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
- terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.
BACA JUGA: UPUPocket: Aplikasi e-Panduan dan Permohonan UPU
KAEDAH 3: Cara Semakan Keputusan UPU Melalui Aplikasi MyGov
Semakan keputusan UPUOnline kini boleh dilakukan secara terus melalui aplikasi MyGOV.
Berikut adalah langkah mudah untuk membuat semakan:
- Muat Turun: Pasang aplikasi MyGOV melalui Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei AppGallery.
- Log Masuk: Buka aplikasi dan log masuk menggunakan akaun MyGOV Malaysia anda.
- Cari Menu: Pilih bahagian perkhidmatan digital atau terus ke menu Semakan.
- Pilih Perkhidmatan: Cari dan klik pada ikon atau pilihan Semakan Keputusan UPU.
- Isi Maklumat: Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) pemohon dengan betul.
- Pilih Kategori: Pilih kategori kemasukan yang berkaitan (contohnya Lepasan SPM atau Lepasan STPM/Setaraf).
- Papar Keputusan: Klik butang Semak untuk melihat status tawaran universiti awam atau kolej komuniti anda.

NOTA: Untuk menggunakan MyGOV Malaysia, anda hanya perlu menggunakan MyDigital ID iaitu sistem pengenalan diri rakyat Malaysia yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian.
Pengesahan Terima Setuju
Pengesahan setuju terima tawaran UPUOnline bagi Sesi Akademik 2026/2027 (Lepasan SPM) dibuka secara rasmi bermula 23 hingga 31 Mei 2026.
Berikut adalah langkah-langkah penting untuk membuat pengesahan:
- Semak Keputusan: Lakukan semakan mulai 22 Mei 2026 (Jam 12:00 tengah hari) melalui Portal Rasmi UPUOnline, UPUPocket atau aplikasi MyGov.
- Layari Laman Web UA: Jika berjaya, anda wajib melayari laman web rasmi Universiti Awam (UA), IPTA, atau MARA BPT yang menawarkan tempat tersebut.
- Klik Setuju Terima: Cari sistem pengesahan pendaftaran pelajar baharu di laman web institusi berkenaan dan klik butang Setuju Terima sebelum tarikh akhir pada 31 Mei 2026.
- Cetak Surat Tawaran: Surat tawaran rasmi hanya akan dikeluarkan oleh pihak universiti masing-masing mulai 23 Mei 2026 selepas anda selesai membuat pengesahan setuju terima.

NOTA:
- Calon yang gagal membuat pengesahan dalam tempoh 9 hari (23–31 Mei 2026) akan dianggap menolak tawaran secara automatik.
- Tawaran bagi sesi akademik ini adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran program pengajian atau institusi tidak akan dilayan.
Tempoh Rayuan UPU 2026/2027 Dibuka
Permohonan rayuan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2026/2027 untuk lepasan SPM akan dibuka selama 10 hari bermula daripada tarikh hebahan keputusan.
Berikut adalah butiran penting mengenai Tarikh Rayuan UPU 2026/2027 (Lepasan SPM):
- Tarikh Buka: 22 Mei 2026 (Jam 12.00 tengah hari).
- Tarikh Tutup: 31 Mei 2026 (Jam 5.00 petang).
- Platform Rayuan: Melalui portal rasmi UPUOnline di https://upu.mohe.gov.my.
- Rayuan ke Kolej Komuniti boleh dimajukan terus ke institusi berkaitan tanpa perlu melalui UPUOnline.
Kategori Calon Yang Layak Merayu
Hanya pemohon dalam kategori berikut dibenarkan membuat rayuan melalui sistem:
- Calon yang Gagal (Tidak mendapat sebarang tawaran).
- Calon yang hanya mendapat tawaran ke peringkat Sijil (Bagi rayuan ke peringkat Diploma/Asasi).
- Pengecualian: Rayuan ke Kolej Komuniti perlu dibuat terus kepada institusi berkaitan tanpa melalui sistem UPUOnline.

NOTA:
- Tawaran tempat bagi sesi akademik 2026/2027 adalah MUKTAMAD.
- Sebarang permohonan pertukaran program pengajian UA, IPTA, & MARA PBT tidak dibenarkan.
- Pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat dalam program pengajian selepas proses pendaftaran pelajar baharu selesai.
- Hebahan Keputusan Rayuan: Keputusan rayuan dijangka akan diumumkan pada bulan Julai 2026.

Tarikh Penting Semakan UPU 2026/2027 (Lepasan SPM)
Berikut adalah jadual tarikh penting proses semakan, pengesahan, dan rayuan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2026/2027 (Lepasan SPM):
| Perkara | Tarikh Buka | Tarikh Tutup / Akhir | Saluran / Tindakan |
|---|---|---|---|
| Hebahan Keputusan Semakan | 22 Mei 2026 (12:00 Tengah Hari) | 31 Mei 2026 (5:00 Petang) | Portal UPUOnline atau aplikasi MyGov & UPUPocket. |
| Pengesahan Setuju Terima | 23 Mei 2026 | 31 Mei 2026 | Wajib dilakukan melalui laman web rasmi Universiti Awam (UA) masing-masing. |
| Pencetakan Surat Tawaran | 23 Mei 2026 | Tertakluk kepada UA | Muat turun di portal UA selepas pengesahan setuju terima selesai. |
| Permohonan Rayuan UPU | 22 Mei 2026 (12:00 Tengah Hari) | 31 Mei 2026 (5:00 Petang) | Terbuka kepada calon gagal/dapat peringkat Sijil sahaja melalui portal UPUOnline. |
| Pendaftaran pelajar baharu | 15 Jun 2026 | – | Tertakluk kepada surat tawaran daripada UA/Politeknik/Kolej Komuniti masing-masing. |
| Keputusan Rasmi Rayuan | Julai 2026 (Jangkaan) | – | Akan dikemaskini kelak. |
Semakan Keputusan Rayuan UPU 2026/2027
Semakan keputusan rayuan UPUOnline bagi Sesi Akademik 2026/2027 (Lepasan SPM) dijangka akan diumumkan secara rasmi pada bulan Julai 2026. Tarikh sebenar akan dikemaskini kelak.
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU BOLEH DILAKUKAN MELALUI APLIKASI UPUPOCKET ATAU DIPAUTAN BERIKUT :
- i. https://jpt.utm.my
- ii. https://jpt.uum.edu.my
- iii. https://jpt.unimas.my
- iv. https://jpt.ums.edu.my
- v. https://jpt.umt.edu.my
Institusi yang boleh dimohon adalah :
- 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- 20 Universiti Awam
- 36 Politeknik
- 106 Kolej Komuniti
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:
No tel : 03 – 8684 2363
Emel : [email protected]
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi :~
- TikTok : @bkpaupu
- Facebook : kemasukan bpkp jpt
- Telegram : UPUONLINE CHANNEL
- Instagram : @kemasukanbkpa
- YouTube : bkpaUPU

Soalan Lazim Keputusan UPUOnline 2026/2027
Keputusan UPUOnline lepasan SPM untuk sesi akademik 2026/2027 boleh disemak bermula 22 Mei 2026 (Jumaat) 12 t/hari sehingga 31 Mei 2026 (Ahad), 5 petang.
Semakan boleh dilakukan melalui UPUOnline (upu.mohe.gov.my), aplikasi UPUPOCKET,aplikasi MyGov.
Gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” di halaman login UPUOnline. Reset kata laluan menggunakan maklumat peribadi yang didaftarkan semasa permohonan.
UPUPOCKET ialah aplikasi mudah alih yang membolehkan pemohon membuat semakan, pengiraan merit, dan memantau status kemas kini secara lebih fleksibel.
Hanya pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan asal UPU layak membuat rayuan dalam tempoh ditetapkan.
Rayuan ke Kolej Komuniti atau MARA BPT perlu dibuat terus ke institusi berkenaan dan bukan melalui portal UPUOnline.
Calon perlu membuat pengesahan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan (4 oktober sehingga 7 oktober 2025) dan cetak surat tawaran untuk rujukan ketika pendaftaran institusi.
Surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh UA bermula sehari (1) hebahan keputusan. Calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi di Laman Web UA mengikut jadual yang ditetapkan.
Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam
tempoh sembilan 9 hari selepas hebahan keputusan perdana. Calon yang tidak membuat pengesahan terima atau tolak selepas tempoh yang ditetapkan akan dianggap sebagai menolak tawaran.
Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT atau calon yang mendapat tawaran program pengajian Sijil di Kolej Komuniti yang boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan permohonan kemasukan diumumkan
Calon dibenarkan mengemukakan empat (4) pilihan program pengajian semas permohonan rayuan dengan program pengajian bertemuduga dan/ atau ujian hanya berada di Pilihan 1 dan 2 sahaja.
Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah pilihan program pengajian yang layak syarat am dan syarat khas program pengajian sahaja serta masih ada kekosongan selepas setuju terima tawaran.
Pemohon boleh menyemak melalui portal rasmi UPUOnline (https://upu.mohe.gov.my) atau aplikasi UPUPOCKET dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Ya, pemohon boleh susun semula pilihan program mengikut minat di ruang yang disediakan semasa proses rayuan.
Slip boleh dicetak dan dimuat turun sebagai bukti permohonan atau rayuan telah dibuat.




