Uniform Pengakap terus berkembang sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1908.
Selaras dengan kepengakapan moden, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) memperkenalkan pakaian seragam baharu dengan warna emerald sea, menandakan fasa pembaharuan dalam imej, identiti dan daya tarikan pergerakan Pengakap.
Pengenalan Baju Uniform Pengakap Baru
Uniform Pengakap yang baharu menyaksikan perubahan ketara daripada warna kelabu kepada warna emerald sea, digandingkan dengan seluar berwarna aspen green.
Penukaran warna ini memberikan penampilan yang lebih moden, menyegarkan dan kemas, selain menampilkan reka bentuk yang lebih efektif serta menarik untuk ahli Pengakap.
Menurut Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin, pakaian seragam Pengakap yang terdiri daripada baju berwarna emerald sea dan seluar aspen green disifatkan lebih menarik dan praktikal dengan reka bentuk baharu yang lebih berkesan.
Keputusan menukar uniform Pengakap ini merupakan langkah efisien bagi memastikan pergerakan kepengakapan negara sentiasa relevan, dinamik dan mampu menyokong pembangunan golongan muda.
Evolusi Pakaian Seragam Pengakap Sejak 1908
Pergerakan Pengakap di Malaysia telah diasaskan sejak tahun 1908 dan melalui pelbagai fasa evolusi bagi memastikan ia terus kekal relevan.
Menurut PPM, selepas 63 tahun tidak tampil dengan pakaian seragam baharu, pertukaran ini menandakan satu pembaharuan besar dalam sejarah uniform Pengakap di negara ini.
Uniform baharu ini dikenali sebagai Pakaian Seragam Pengakap No. 3, dengan warna yang lebih segar, moden dan “macho”.
Ia bukan sahaja memberi wajah baharu kepada imej Pengakap, malah menjadi simbol penyegaran jenama pergerakan kepengakapan selaras dengan perkembangan dunia kepengakapan moden.
Tujuan Penukaran Uniform Pengakap
Selain aspek penampilan, penukaran uniform Pengakap ini juga bertujuan untuk:
- Menjaga imej dan integriti pergerakan Pengakap
- Membendung penjualan haram pakaian seragam Pengakap yang semakin berleluasa
- Memastikan keseragaman warna dan kualiti pakaian seragam
Penggunaan warna kelabu sebelum ini didapati menimbulkan masalah dari segi mendapatkan tona yang konsisten. Oleh itu, pemilihan warna emerald sea dilihat sebagai penyelesaian yang lebih praktikal dan seragam untuk semua ahli.
Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Pengakap No. 3 telah dirasmikan di ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur, sebagai simbol bermulanya fasa baharu pergerakan ini.
Tarikh Pelaksanaan Mulai 1 Januari 2026
Penguatkuasaan pelaksanaan pemakaian Pakaian Seragam Pengakap No. 3 baharu oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.


Tatacara Pemakaian Uniform Pengakap Baharu














RUJUK BUKU TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM NO.3
Harga & Pembelian
Anggaran harga set uniform Pengakap untuk murid dan guru adalah seperti berikut:
1. Pengakap Kanak-Kanak (Murid)
Jumlah Keseluruhan: RM197.50 (Set Uniform + T-Shirt)
- T-Shirt Rasmi Pengakap: RM30.00
- Baju Uniform (L): RM45.50
- Seluar Panjang: RM39.00
- Beret: RM25.00
- Lencana Topi (Besi): RM4.00
- Skaf Pengakap: RM11.00
- Wogel Rasmi: RM3.00
- Tali Pinggang (Nylon): RM22.00
- Tag Nama: RM2.50
- Lencana Negeri/Daerah/No. Kumpulan: RM9.00 (3 lencana)
- Lencana (Keahlian/Malaysia/WOSM): RM6.50 (3 lencana)
2. Pemimpin Pengakap (Guru)
Jumlah Keseluruhan: RM257.00 (Set Uniform + T-Shirt)
- T-Shirt Rasmi Pemimpin: RM40.00
- Baju Pemimpin (L/P): RM55.50
- Seluar Panjang: RM39.00
- Beret: RM25.00
- Lencana Topi (Gold Wire): RM25.00
- Skaf Pengakap: RM11.00
- Tali Pinggang (Kulit): RM45.00
- Tag Nama: RM2.50
- Lencana Pangkat Bahu: RM5.00
- Lencana Negeri/Daerah/No. Kumpulan: RM9.00 (3 lencana)
Untuk mendapatkan katalog harga dan pembelian, rujuk pautan di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan informasi terkini dan maklumat lanjut tentang Pengakap Malaysia, anda boleh rujuk pada laman rasmi mereka di pautan berikut:
- Portal Pengakap Malaysia
- Facebook Pengakap Malaysia
- Email: [email protected]
- No. Talian : 03-2078 0836
Soalan Lazim – Uniform Pengakap
Ia merujuk kepada pakaian seragam versi baharu yang diperkenalkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) sebagai penambahbaikan dari segi reka bentuk, warna dan kesesuaian dengan keperluan semasa.
Pemakaian Pakaian Seragam Pengakap No. 3 baharu akan mula dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2026.
Penukaran warna dilakukan bagi mengatasi isu keseragaman warna sebelum ini serta memberikan penampilan yang lebih kemas, moden dan praktikal.
Uniform berfungsi sebagai simbol penyatuan, disiplin dan identiti yang mencerminkan nilai serta semangat pergerakan Pengakap.
Baju uniform kini menggunakan warna emerald sea, manakala seluar menggunakan warna aspen green.
Ya, perubahan warna ini melibatkan pemakaian Pakaian Seragam Pengakap No. 3 untuk semua ahli, mengikut tempoh pelaksanaan yang ditetapkan.
Baca juga:




