Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM): Sejarah, Logo, Lagu

Selain Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pergerakan Puteri Islam Malaysia atau singkatannya PPIM merupakn satu lagi pilihan unit badan beruniform yang ditawarkan di sekolah rendah.

Malah, PPIM juga biasanya wujud di kebanyakan sekolah menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia yang mana keanggotaannya terbuka kepada para pelajar yang beragama Islam.

Sesuai dengan namanya, aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.

Sejarah Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh
YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum
hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang
bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku
Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang,
Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.

PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa.

Laman web rasmi PPIM boleh dilayari di alamat https://darulputeri.com/

Bendera PPIM

bendera Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) mempunyai benderanya yang tersendiri sebagai identiti yang membandingkannya dengan badan beruniform yang lain.

Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan
ditengah-tengah terdapat lencana pergerakan.

Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera dan penggunaan bendera ini adalah untuk tujuan berikut:

  • Setiap upacara rasmi
  • Tatacara Perjumpaan

Artikel berkaitan: Pengakap Sekolah: Sejarah, Uniform, Logo, Lagu, Lencana

Keanggotaan PPIM

Keahlian Pergerakan Puteri Islam Malaysia terbuka kepada kaum wanita di semua
peringkat:

  • Suri rumah tanpa had umur
  • Wanita yang bekerja samada di sektor awam atau swasta
  • Gadis-gadis atau remaja lepasan sekolah
  • Pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta
  • Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah dan Rendah berusia 10 tahun ke atas

Lencana PPIM

Gambar di atas menunjukkan lencana yang perlu dipakai oleh setiap ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

Pakaian uniform PPIM

Berikut merupakan pakaian uniform yang wajib dipakai oleh setiap ahli PPIM

Lagu PPIM

Berikut merupakan lirik lagu Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Bantu kami share artikel ini: