Persatuan Pandu Puteri: Sejarah, Bendera, Lagu, Lencana

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Girl Guides Association Malaysia merupakan salah satu badan beruniform yang boleh disertai oleh para pelajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Persatuan ini merupakan alternatif bagi badan beruniform yang lain seperti Pengakap, Kadet Remaja Sekolah / Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan banyak lagi.

Dari segi silibus, Persatuan Pandu Puteri mungkin alternatif kepada Pengakap di mana setiap ahlinya akan diajar dengan aktiviti perkhemahan, ikatan dan simpulan, perbarisan dan pelbagai aktiviti luaran lain.

Berikut merupakan taraf keanggotaan PPPM:

  • Pandu Puteri Tunas: 9 – 12 tahun
  • Pandu Puteri Remaja: 13 – 15 tahun
  • Pandu Puteri Renjer: 16 – 17 tahun
  • Kadet: IPG
  • Klover: 18 – 30 tahun
  • Guild: 30 tahun ke atas

Sejarah penubuhan Persatuan Pandu Puteri Dunia

Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi kepanduan untuk gadis dan pemudi.

World Association of Girl Guides and Girl Scouts adalah badan penyelia antarabangsa kepada pergerakan kepanduan atau kepengakapan kaum perempuan.

Pertubuhan Pandu Puteri ditubuhkan sebagai versi wanita kepada pengakap Lord Robert Baden-Powell, pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya Agnes Baden-Powell.

Artikel berkaitan: Pengakap Sekolah: Sejarah, Uniform, Logo, Lagu, Lencana

Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM)

Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956.

Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.

Di peringkat kebangsaan, PPPM merupakan ahli gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).

Laman web rasmi PPPM boleh dilayari di alamat https://www.panduputeri.org.my/

Cogan Kata PPPM

Cogan kata rasmi bagi Persatuan Pandu Puteri adalah “Selalu Sedia”

Bendera PPPM

bendera pandu puteri malaysia

Gambar di atas merupakan bendera rasmi yang digunakan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) yang melambangkan identitinya.

Berikut merupakan maksud setiap simbol/imej/warna yang digunakan dalam bendera tersebut.

  • Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri.
  • Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia.
  • Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

Lencana PPPM

lencana pandu puteri malaysia

Pakaian uniform PPPM

Berikut merupakan kod pemakaian rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM):

1. Pakaian Pandu Puteri Tunas (9 – 12 tahun)

pakaian uniform persatuan pandu puteri

2. Pakaian Pandu Puteri Remaja (13 – 15 tahun)

3. Pakaian Pandu Puteri Renjer (16 – 17 tahun)

Lagu PPPM

Berikut adalah lirik lagi Persatuan Pandu Puteri:

Arah kita jelas ke depan,
Bendera berkibar;
Tidak berlipat di dunia
Harapan abadi;
Bersatu untuk kebenaran,
Persahabatan kukuh;
Selagi dunia masih ada
Akan nyanyi lagu ini.

Yang cintakan kebenaran,
Menetapkan janji;
Dengan rela berjasa,
setia abadi;
Kebebasan kita tepati,
Bersedia sama;
Untuk semua miskin kaya,
kita beri, yang terdaya.

Bantu kami share artikel ini: