Borang Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) – Nilai Tahap Kesihatan Mental

Ujian Saringan Minda Sihat (DASS) – Nilai Tahap Kesihatan Mental Anda

Ramai yang tidak tahu mereka boleh menyemak tahap kesihatan mental dengan melakukan ujian minda sihat terlebih dahulu.

Ramai yang memandang rendah kepentingan menjaga kesihatan mental mereka sehingga ada yang mengalami depresi.

Perkara ini boleh dielakkan sekiranya kita tahu lebih awal mengetahui simptom-simptomnya dan mendapatkan bantuan pihak yang berkenaan.

Stress pada tahap yang sederhana sebenarnya bagus kerana ia akakn meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang.

Namun, sekiranya stress secara berlebihan pula akan mengakibatkan depresi dan kemurungan yang mungkin menyebabkan individu tersebut melakukan sesuatu perkara yang tidak elok.

Ujian DASS

Ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS) merupakan satu ujian sebagai panduan untuk mengenalpasti simptom dan sebagai indikator awal sama ada anda perlukan rawatan kesihatan mental atau tidak.

Ujian DASS ini disediakan oleh Kementerian Public Health Malaysia.

Namun, perlu diketahui bahawa DASS merupakan bukan diagnosis.

Dengan ujian saringan ini, anda boleh mengetahui status kesihatan mental anda sama ada stree, risau atau depresi.

Ianya masih diperingkat saringan dan dengan itu, pengesahan diagnosa oleh pegawai perubatan masih diperlukan.

Pautan Ujian Online

ujian minda sihat

Ujian minda sihat DASS ini boleh dilakukan secara dalam talian sahaja daripada salah satu pautan di bawah:

  1. https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdKpf75KSiGPaKFwWu8_212SKA0T48XOorXcz5KSWb9La-61A/viewform – Diadaptasi oleh Unit Psikologi Kaunseling, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
  2. https://hlabuan.moh.gov.my/edass4u/ – Unit Psikiatri Hospital Labuan
  3. https://jpan.sabah.gov.my/perumahan/117-ujian-dass – Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
  4.  Dass oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor (diberikan rujukan ke klinik jika perlu) – http://appsjknj.moh.gov.my/qrdass/

Lengkapkan kesemua soalan dan jangan luangkan terlalu banyak masa untuk memikirkan jawapan anda kerana tiada soalan betul atau salah dalam ujian DASS ini.

Sila jawab dengan jujur berdasarkan emosi semasa anda agar keputusannya menggambarkan situasi semasa diri anda.

Baca juga: Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Keputusan Ujian DASS

Keputusan ujian saringan minda sihat ini akan diberikan sebaik sahaja anda melengkapkan kesemua soalan yang diberikan.

Sekiranya keputusan ujian ini adalah tidak normal, anda boleh muat turun atau cetak keputusan ujian ini dan bawa ke mana-mana Klinik Kesihatan (KK) berdekatan anda untuk diagnosa lanjut oleh pegawai perubatan.

Tolong buang perasaan malu untuk dapatkan rawatan kerana tindakan anda akan menyelamatkan nyawa anda dan memastikan keadaan emosi anda terjaga.

Baca juga: Semakan Ujian MEdSI, Contoh Soalan, Tips dan Panduan Temuduga

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!