Semakan Ujian MEdSI, Contoh Soalan, Tips, Panduan Temuduga

Ujian MEdSI merupakan singkatan bagi Malaysian Educators Selection Inventory.

Secara ringkasnya, MEdSI merupakan ujian kemasukan bagi program Pengajian Pendidikan Lepasatan STPM dan Setaraf ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Tujuan ujian ini adalah untuk mengenalpasti beberapa ciri pada calon antaranya:

  1. Personaliti
  2. Minat kerjaya
  3. Nilai Integriti
  4. Kecerdasan Emosi

Soalan dalam ujian ini bukanlah mengenai betul atau salah, tetapi berbentuk psikometrik dan digubal oleh sekumpulan pakar yang menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI.

Tarikh Semakan Ujian MEdSI Sesi 2023 / 2024

SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEdSI

PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN

LEPASAN STPM/SETARAF | SESI AKADEMIK 2023/2024

BERMULA 25 MEI 2023 (KHAMIS) | 5.00 PETANG

UJIAN MEdSI BERMULA PADA : 31 MEI 2023 hingga 11 JUN 2023

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-

Artikel berkaitan: Contoh Soalan MUET dan Format Terkini 2022

SEMAKAN BOLEH DIBUAT DI PORTAL RASMI : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/

SEMAKAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TERMASUK CALON YANG MEMOHON PROGRAM PENDIDIKAN DI UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UniSZA, UNIMAS, UPSI, UiTM, UMS, UIAM, UTHM & USIM

**CALON PERLU MENGIKUTI TARIKH DAN MASA YANG TELAH DITETAPKAN

Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi

  • TikTok : @bkpaupu
  • Facebook : kemasukan bkpa jpt
  • Telegram : UPUONLINE CHANNEL
  • Instagram : @kemasukanbkpa
  • YouTube : bkpaUPU

Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan UPUOnline, boleh hubungi melalui:-

Tips Menjawab Soalan Dan Temuduga

Menariknya, pihak Unit Promosi dan Kemasukan, Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI ada menghassilkan inografik di bawah berkenaan tips untuk menjawab ujian MEdSI.

Ketika sesi temuduga, pastikan anda kekal tenang menjawab soalan dan ini akan menampakkan anda seorang calon yang berkeyakinan tinggi.

Sentiasa jadi diri sendiri dengan bersikap jujur menjawap setiap soalan yang diberikan.

Ambil masa berfikir selama beberap saat sebelum menjawab soalan yang diberikan kerana tidak ada gunanya anda menjawap jawapan dengan pantas tapi jawapan yang diberikan merapu-rapu.

medsi

Format Ujian MEdSI

Ujian MEdSI ini merangkumi 300 soalan yang terbahagi kepada 4 bahagian.

4 bahagin tersebut adalah:

  1. Bahagian Personaliti – 110 item
  2. Bahagian Kerjaya –  60 item
  3. Bahagian Integriti – 70 item
  4. Bahagian Emosi – 60 item

Sila jawab semua soalan dalam tempoh masa yang diberikan.

Contoh Soalan

1. Bahagian Personaliti

Saya kurang senang hati jika ada prestasi orang lebih baik daripada saya

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV Sangat setuju

Saya segan ucap tahniah kepada rakan sejawat yang mencapai prestasi cemerlang

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

2. Bahagian Kerjaya

Tidak suka majikan, tetap mematuhi arahannya

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

Kerja ada sesuatu sistem yang teratur

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

3. Bahagian Integriti

Jika ada kehendak, kerja rumit pun boleh selesai

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

Jasa baik orang haruslah sentiasa diingati

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

4.  Kecerdasan Emosi

Apa orang menentang saya, saya akan menunjuk masam muka

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

Kecerdasan emosi adalah penting untuk menjalin hubungan baik

I = Sangat tidak setuju
II = Tidak setuju
III = Setuju
IV = Sangat setuju

Maklumat Lanjut

Sebarang aduan atau permasalahan sistem semakan ujian MEdSI boleh hubungi urusetia MEdSI seperti berikut:

Urusetia Permohonan Ijazah
Unit Promosi dan Kemasukan,
Bahagian Hal Ehwal Akademik,
Kompleks Akademik, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak

No. Hotline : 013-4153016
No. Tel : 015-4879 7982/7872
Email : [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!