Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Di MySejahtera

PROSEDUR PERMOHONAN TEMUJANJI UJIAN SARINGAN PRA PERKAHWINAN / HIV

Sekarang ni dah mudah sebab boleh buat booking temujanji HIV test di Klinik Kesihatan secara online sahaja melalui aplikasi MySejahtera.

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang ujian praperkahwinan HIV dan cara membuat temujanji.

Apakah Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan?

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma.

Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain.

Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

Prosedur Ujian

PROSEDUR PERLAKSANAAN UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN.

  • Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta  melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.
  • Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik
  • Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan  ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.


Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
  • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
  • Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3 – 6 bulan.


Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian  pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
  • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
  • Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.

Cara Buat Temujanji Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan Melalui MySejahtera

Bermula 1 Januari 2023, kesemua perkhidmatan klinik kesihatan di bawah KKM boleh ditempah sebagai janji temu melalui aplikasi MySejahtera

Perkhidmatan kesihatan yang boleh ditempah melalui fungsi ini adalah seperti yang berikut :

  • Rawatan Pesakit Luar
  • Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
  • Saringan Kesihatan PeKa B40
  • Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
  • Saringan Pra-Perkahwinan
  • Khidmat Berhenti Merokok
  • Perkhidmatan Perancang Keluarga
  • Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll)

Sila rujuk langkah-langkah membuat temujanji saringan pra perkahwinan / HIV online di MySejahtera

Untuk membuat tempahan slot temujanji klinik kesihatan, sila ikuti langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi (Pilih Android, iOS atau Huawei). Setelah daftar, buka aplikasi MySejahtera dan login
  2. Pergi ke menu ‘Appointment’ / ‘Temujanji’
  3. Pilih individu yang ingin hadir ke klinik.
  4. Pilih perkhidmatan yang ditawarkan.
  5. Pilih lokasi Klinik Kesihatan.
  6. Tetapkan tarikh janji temu selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih.
  7. Isikan butiran diri anda selengkapnya mengikut ruang yang disediakan.
  8. Sila sahkan maklumat sebelum tekan butang ‘Hantar’.
  9. Pastikan hadir mengikut waktu janji temu yang ditetapkan.
Paparan utama MySejahtera. Klik menu ‘Appointment’ seperti yang ditandakan
Pilih nama individu yang ingin membuat temujanji
temujanji klinik kesihatan mysejahtera
Pilih perkhidmatan yang ditawarkan
temujanji klinik kesihatan mysejahtera
Cari lokasi klinik yang ingin dikunjungi
temujanji klinik kesihatan mysejahtera
Pilih slot tarikh & waktu temujanji yang tertera
temujanji klinik kesihatan mysejahtera
Klik butang ‘Confirm’ selepas anda membuat semakan tarikh dan waktu temujanji Klinik Kesihatan KKM

Anda akan menerima notifikasi temujanji anda.

RUJUK LANGKAH-LANGKAH MELALUI VIDEO KKM DI BAWAH UNTUK LEBIH JELAS.

Sumber: Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut dan soalan lazim, sila rujuk pautan berikut: https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/janji-temu/soalan-lazim

Semoga membantu!

Baca juga: SPPIM: Sistem Pendaftaran & Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!