Semakan Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) boleh disemak bermula 25 November 2025 (Selasa), 12 tengah hari di pautan rasmi sekolah masing-masing.
UKT ialah saringan penting untuk kemasukan ke Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di SMKA.
Bagi sesi 2025, calon Tingkatan 1 dan 4 telah menduduki ujian ini dan kini perlu membuat semakan temuduga melalui pautan rasmi yang disediakan oleh sekolah masing-masing.
Artikel ini memberi ringkasan maklumat asas UKT serta cara menyemak panggilan temuduga.
Apa itu Ujian Kelayakan Tahfiz
Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) ialah satu ujian saringan rasmi yang dijalankan bagi kemasukan ke Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
Program TMUA merupakan laluan pendidikan berteraskan hafazan al-Quran yang menggabungkan kurikulum akademik arus perdana dengan latihan tahfiz secara intensif.
UKT ini direka khusus untuk menilai tahap kelayakan, kemampuan hafazan, bacaan al-Quran, tajwid serta potensi pelajar sebelum mereka diterima masuk ke program berprestij tersebut.
Ia bertujuan memastikan hanya pelajar yang benar-benar bersedia dari segi kemahiran asas dan minat yang mendalam terhadap hafazan dipilih untuk mengikuti program yang lebih mencabar.
Siapa Yang Perlu Menduduki UKT?
UKT dilaksanakan untuk kemasukan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, iaitu dua peringkat kritikal bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian tahfiz dalam sistem sekolah menengah.
Format Penilaian UKT
Berikut adalah format penilaian untuk Ujian Kelayakan Tahfiz bagi Tingkatan 1 dan Tingkata 4:
- Hafazan Al-Quran (30 minit)
- Tilawah Al-Quran (5 minit)
- Tahriri (Salin balik petikan al-quran) (5 minit)
- Akan diberikan mushaf dan arahan akan diberikan
- Ayat utk hafazan, tilawah dan tahriri berlainan
- Dinilai dari segi kelancaran dan tajwid
- Temuduga lisan akan diadakan untuk menilai adab dan sahsiah pelajar, menentukan minat dan komitmen pelajar terhadap hafazan selain menilai asas bacaan al-quran dan hafazan semasa sesi tasmik (15 minit)
Tarikh Penting UKT
Tarikh untuk semakan panggilan calon yang layak untuk menduduki UKT dijangka akan diumumkan pada 25 November 2025 (Selasa), 12 tengah hari.
Manakala tarikh ujian UKT dijalankan adalah berbeza-beza setiap sekolah. Anda boleh buat semakan di portal rasmi sekolah masing-masing.
Berikut adalah beberapa info tarikh yang kami perolehi dari pengumuman rasmi sekolah terlibat:
1. SMKA Putrajaya
- Semakan Calon Layak Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 25 November 2025
- Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 3 & 4 Disember 2025
- Pengumuman Semakan Tawaran : 26 Disember 2025
- Pendaftaran Sekolah : 13 Januari 2026
2. SMKA Maahad Muar
- Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 9 & 10 Disember 2025
3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar
- Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 2 – 4 Disember 2025
- 8:00 pagi
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang
- Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 1 – 3 Disember 2025
- 7.30 pagi – 2 petang
5. SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
- Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 5 & 6 Disember 2025
- Jumaat (7.15 pagi – 5.00 petang)
- Sabtu (7.15 pagi – 12.00 tghari)
6. SMKA Tok Bachok
- Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) : 6 & 7 Disember 2025

Cara Semakan Panggilan Ujian Kelayakan Tahfiz SMKA TMUA
Dimaklumkan berikut adalah pautan semakan Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang melaksanakan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)ambilan 2026:
- SMKA Maahad Muar: https://bit.ly/SemakanUjianKelayakanTahfizSMKAMaahadMuar2026
- SMKA Kedah: https://bit.ly/SemakanUjianKelayakanTahfizSMKAKedah2026
- SMKA Tok Bachok: https://bit.ly/SemakanUjianKelayakanTahfizSMKATokBachok2026
- SMKA Kerian: https://bit.ly/SemakanUjianKelayakanTahfizSMKAKerian2026
- SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail: https://bit.ly/SemakanUjianKelayakanTahfizSMKADatoHajiAbu…
- SMKA Syeikh Abdullah Fahim: https://bit.ly/SemakanUjianKelayakanTahfizSMKASyeikhAbdul…
- SMKA Arau: https://bit.ly/SemakanUjianKelayakanTahfizSMKAArau2026
- SMKA Kuala Lumpur: https://bit.ly/SemakanUjianKelayakanTahfizSMAKualaLumpur2026
- SMKA Putrajaya: https://bit.ly/SemakanUjianKelayakanTahfizSMKAPutrajaya2026
- SMKA Kota Kinabalu: https://bit.ly/SemakanUjianKelayakanTahfizSMKAKotaKinabal…
- SMKA Sheikh Hj Othman Abd Wahab: https://bit.ly/SemakanUjianKelayakanTahfizSMKASheikhHjOth…
Harap maklum. Terima kasih.
Persediaan Untuk Calon Ujian Kelayakan Tahfiz (UKT) SMKA TMUA
Barang yang Perlu Dibawa
- Kad pengenalan asal / MyKid asal / surat beranak asal (salah satu sahaja)
- Surat temuduga (yang tertera nama calon dan muka hadapan sahaja)
- Sijil Penyertaan kokurikulum (asal) yang tertinggi sahaja (sekolah / daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa)
- Al-Quran biasa (biasa atau terjemahan)
- Buku Tahriri (untuk Tingkatan 4)
- Buku Rekod Hafazan Al-Quran (untuk Tingkatan 4)
- Alat tulis (pen hitam atau biru)
- Kertas yang bertulis nombor telefon ibu bapa (untuk urusan ambil anak setelah selesai ujian)
Pakaian Calon
- Seragam sekolah
- Sekiranya tiada, pakai baju kurung atau baju melayu
Senarai SMKA Aliran Agama di Malaysia
Berikut adalah senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia yang dibahagikan mengikut negeri:
Johor
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Mohd Yassin
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pagoh
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat
Kedah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jerlun
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan
Kelantan
- Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Lati
- Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil-Banat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah
Melaka
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Perak
Negeri Sembilan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said
Pahang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lipis
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
Perak
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah
Perlis
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah
Pulau Pinang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (L) Al-Mashoor
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad
Sabah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Keningau
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kimanis
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali Ranau
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Juhar
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Sakaran
Sarawak
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Miri)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Igan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limbang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sibu (S)
Selangor
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Rahah
Terengganu
- Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Durian Guling
- Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Abang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah
Senarai SMKA Aliran Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
Berikut adalah senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang melaksanakan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Malaysia:
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar (JOHOR)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (KEDAH)
- Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tok Bachok (KELANTAN)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (NEGERI SEMBILAN)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian (PERAK)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (PERLIS)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Syeikh Abdullah Fahim (PULAU PINANG)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (SABAH)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SARAWAK)
- SMA Kuala Lumpur (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya (WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA)
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut semakan ujian SMKA TMUA, anda boleh layari pautan ini:
- Portal Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) : https://www.moe.gov.my/
- Facebook Bahagian Pendidikan Islam KPM : https://www.facebook.com/fbbpikpm
Soalan Lazim Ujian Kelayakan Tahfiz
UKT ialah ujian saringan untuk memilih pelajar yang layak memasuki Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Ia menilai kebolehan asas pelajar dalam bacaan al-Quran, hafazan dan pemahaman tajwid.
UKT ditawarkan khusus untuk kemasukan pelajar:
– Tingkatan 1
– Tingkatan 4
Tujuan UKT ialah untuk:
– Menilai kelayakan pelajar menyertai program tahfiz intensif.
– Memastikan pelajar bersedia dari segi kemampuan hafazan & asas al-Quran.
– Menepati standard TMUA yang menekankan hafazan 30 juzuk, kemahiran akademik dan pembangunan sahsiah.
TMUA ialah program khas di SMKA yang menggabungkan:
– Tahfiz 30 juzuk,
– Kurikulum akademik arus perdana, dan
– Pembentukan karakter berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
Ia diwujudkan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 sebagai langkah melahirkan generasi profesional yang hafiz, berfikiran kritis dan berakhlak tinggi.
TMUA bertujuan melahirkan pelajar yang:
– Hafaz 30 juzuk al-Quran.
– Berilmu dan berkemahiran tinggi.
– Berkepimpinan dan berwibawa.
– Berfikiran aras tinggi, kreatif dan inovatif.
– Mampu menjadi profesional Muslim yang berpegangan agama kukuh.
Pendekatan TMUA terbahagi kepada tiga:
Quranik – Hafazan & pemahaman al-Quran menggunakan pendekatan BIFFAS.
Ensiklopedik – Penguasaan pelbagai disiplin ilmu & bahasa.
Ijtihadik – Keupayaan menyelesaikan masalah secara kreatif & kritikal.
TMUA menawarkan empat kategori subjek:
Mata Pelajaran Teras – BM, BI, Sejarah, PI, Matematik, Sains
Mata Pelajaran Wajib – Geografi, ASK/RBT, PSV, PJPK
Subjek Tambahan – Bahasa Arab & bahasa antarabangsa tambahan
Subjek Tahfiz – Hifz al-Quran & Maharat al-Quran
Tarikh UKT ditetapkan oleh KPM dan sekolah masing-masing. Untuk sesi 2025/2026, peperiksaan telah berlangsung lebih awal tahun ini.
Pelajar perlu menyemak melalui pautan rasmi yang disediakan oleh sekolah masing-masing. SMKA biasanya memuat naik pautan semakan di laman web atau media sosial rasmi sekolah.
Ya, pelajar boleh memohon semula jika berada dalam kumpulan umur Tingkatan 1 atau 4 pada tahun berikutnya. Namun TMUA sangat kompetitif dan tempat adalah terhad.
Baca juga:




