PERMOHONAN KEMASUKAN KE PUSAT BAHASA JEPUN MARA SESI JANUARI 2026
Individu yang berminat untuk mengambil kursus Bahasa Jepun, Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA menawarkan kemasukan bagi sesi Januari 2026.
Berikut adalah maklumat mengenai kemasukan ke pusat ini.
Pengenalan Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA
Pusat Bahasa Jepun MARA merupakan program kerjasama antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Organisation for Industrial, Spiritual, Cultural and Advancement (OISCA).
Pusat ini menawarkan kursus Bahasa Jepun untuk asas dan lanjutan di MJII, Beranang, Selangor DE.
Individu yang melanjutkan pengajian di pusat ini berpeluang untuk menjalani Latihan Industri di Jepun selama 3 tahun.
Permohonan kemasukan telah dibuka bagi pengajian sesi Januari 2026 sehingga Februari 2026 (2 bulan).

Tarikh Pengambilan
Terdapat 5 kali pengambilan setahun iaitu:
- Januari
- Mac
- Jun
- Ogos
- Oktober
Kemudahan Yang Disediakan
Kemudahan yang disediakan bagi individu yang melanjutkan pengajian di pusat ini adalah:
- Elaun Sara Hidup Bulanan
- Asrama disediakan
- Yuran pengajian ditanggung MARA
- Peluang latihan industri di Jepun
Bidang Yang Diperlukan
Bidang yang diperlukan untuk kemasukan Januari 2026 ini adalah:
- Penyamanan Udara dan Penyejukan
- Bangunan/Pembinaan
- Perpaipan
- Baikpulih Badan Kenderaan

Tarikh Permohonan
Permohonan kemasukan bagi sesi Januari ini dibuka sehingga 29 November 2025.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan untuk kemasukan ke pusat ini ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 20-29 tahun.
- Sihat Tubuh Badan.
- Bujang
- Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) (Khusus dalam TVET)
NOTA: IPMA iaitu Institusi Pendidikan MARA merupakan institusi-institusi pendidikan & latihan yang menawarkan pengajian berasaskan kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja profesional yang mampu berdikari memenuhi peluang pekerjaan kerajaan mahupun swasta.

Tatacara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang online di pautan https://forms.gle/AURTo4KvVACuJrQ7A
Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan tersebut.
Proses Program Perantisan
Ramai yang masih tidak faham bagaimana proses Program Perantisan MARA-OISCA Ke Jepun ini berjalan.
Ada yang beranggapan bila diterima masuk ke Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA bermakna telah ditawarkan untuk ke Jepun tetapi sebenarnya pelajar hanya ditawarkan untuk belajar Bahasa Jepun sebagai bahasa kedua sahaja.
Selepas 2 bulan kursus dan LULUS temuduga bersama syarikat barulah pelajar diberi surat tawaran ke Jepun.
Di bawah adalah info grafik berkenaan proses yang perlu dilalui oleh pelajar sebelum ditawarkan untuk menjalani Latihan Industri di Jepun.

Perbezaan MJII, Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA dan UniKL-JUP
Ramai yang salah faham dan tidak tahu bahawa di dalam kampus MJII Beranang terdapat 3 entiti berbeza iaitu MJII, Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA dan UNIKL-JUP.
Di sini kami kongsikan huraian oleh Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA tentang 3 entiti ini.
1 ) MARA-Japan Industrial Institute (MJII) menawarkan Diploma Kejuruteraan Elektronik kepada pelajar lepasan SPM yang berminat. Terdapat 5 bidang elektronik yang ditawarkan di MJII Beranang iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik (Mikroelektronik), Diploma Kejuruteraan Elektronik (Robotik dan Automasi), Diploma Kejuruteraan Elektronik (Pengukuran Elektronik dan Kawalan), Diploma Kejuruteraan Elektronik (Transmisi Data dan Rangkaian), dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Sistem Terbenam). Pengajian selama 3 tahun.
2) Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA (PBJMO) pula menawarkan Kursus Asas dan Kursus Lanjutan Bahasa Jepun kepada lepasan IPMA yang berminat untuk mengambil bahasa Jepun sebagai bahasa kedua selain berpeluang untuk menjalani Program Perantisan di Jepun. Pelajar yang ditawarkan ke Jepun akan menjalani latihan industri di syarikat Jepun selama 3 tahun di bawah OISCA International dan MARA.
3) UniKL-Japan Universities Program (UNIKL-JUP) ditawarkan kepada pelajar cemerlang SPM yang berminat untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda di Jepun dibawah UNIKL. Terdapat 2 program yang ditawarkan iaitu Diploma In Mechanical Engineering dan Diploma In Electrical Engineering. Pelajar akan mengikuti 3 tahun diploma di kampus UniKL-MFI/MJII seterusnya mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di universiti di Jepun selama 2 tahun.
Tiga (3) entiti ini adalah lebih ke arah negara Jepun. Cuma masuk UNIKL-JUP perlu buat pinjaman manakala masuk MJII dan MARA-OISCA tak perlu buat pinjaman kerana semua ditanggung oleh MARA seperti yuran pengajian, elaun sara hidup dan asrama/penginapan disediakan.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ)
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kemasukan ke pusat ini, sila hubungi Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA di talian 03-87249344 / 03-26134359 atau 011-63269336 (Raziq).
Pusat Bahasa Jepun MARA merupakan program kerjasama antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Organisation for Industrial, Spiritual, Cultural and Advancement (OISCA).
Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA menawarkan Kursus Asas dan Kursus Lanjutan Bahasa Jepun kepada lepasan IPMA yang berminat untuk mengambil bahasa Jepun sebagai bahasa kedua selain berpeluang untuk menjalani Program Perantisan di Jepun. Pelajar yang ditawarkan ke Jepun akan menjalani latihan industri di syarikat Jepun selama 3 tahun di bawah OISCA International dan MARA.
Individu yang melanjutkan pengajian di pusat ini berpeluang untuk menjalani Latihan Industri di Jepun selama 3 tahun.
Warganegara Malaysia.
Berumur 20-29 tahun.
Sihat Tubuh Badan.
Bujang
Lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMA) (Khusus dalam TVET)
IPMA ialah singkatan bagi Institusi Pendidikan MARA yang meliputi institusi-institusi pendidikan & latihan yang menawarkan pengajian berasaskan kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja profesional yang mampu berdikari memenuhi peluang pekerjaan kerajaan mahupun swasta. Contohnya MRSM, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Poly-Tech MARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), GIATMARA, Kolej Profesional MARA, KUPTM, MJII, GMI dan Kolej MARA.




