Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan sokongan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah membuka tawaran permohonan Geran Usahawan Putrajaya yang boleh dipohon menerusi borang permohonan di pautan https://ppj.my/GeranPembangunanUsahawan2026.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai geran ini.

Mengenai Geran Usahawan Putrajaya
Geran Usahawan Putrajaya merupakan bantuan kepada usahawan sebagai salah satu inisiatif membantu usahawan baharu di Putrajaya.
Usahawan yang terpilih dan layak akan menerima bantuan dengan had nilai maksima sebanyak RM10,000 (bukan tunai).
Tujuan geran usahawan ini diwujudkan adalah untuk:
- Pembelian peralatan dan kelengkapan perniagaan;
- Penyediaan keperluan operasi asas perniagaan;
- Pembangunan bahan promosi, pemasaran digital dan penjenamaan atau sokongan digital.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka sehingga 20 November 2026, jam 12.00 tengahari.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah maksimum geran sebanyak RM10,000.00 bagi setiap penerima (bukan dalam bentuk wang tunai), tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj).
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon yang menetap di Putrajaya atau memenuhi syarat hubungan perniagaan dengan Putrajaya yang ditetapkan oleh PPj.
- Usahawan baharu atau perniagaan yang berada pada peringkat permulaan.
- Pemohon yang mempunyai rancangan perniagaan dan tujuan penggunaan geran yang jelas.
- Pemohon yang tidak menerima bantuan bertindih dengan bantuan kerajaan lain bagi tujuan perbelanjaan yang sama, tertakluk kepada syarat program.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila muat turun borang permohonan di pautan https://ppj.my/GeranPembangunanUsahawan2026.
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon juga perlu menyediakan dokumen yang diperlukan iaitu:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Bukti alamat/pemastautinan/bil utiliti
- Dokumen SSM
- Lesen perniagaan
- Sebut harga/invois pro forma bagi item yang dipohon
- Gambar perniagaan atau bukti aktiviti perniagaan
- Ringkasan rancangan perniagaan
- Pengisytiharan bantuan lain bagi tujuan perbelanjaan yang sama
- Salinan Penyata Kewangan/ Bank 3 bulan terkini (Ogos, September, dan Oktober 2026)
Soalan Lazim
Geran Usahawan Putrajaya merupakan bantuan kepada usahawan sebagai salah satu inisiatif membantu usahawan baharu di Putrajaya.
Had maksimum geran yang akan diberikan adalah sebanyak RM10,000.00
Tarikh permohonan ditutup pada 20 November 2026, jam 12.00 tengahari.
– Warganegara Malaysia
– Pemohon yang menetap di Putrajaya atau memenuhi syarat hubungan perniagaan dengan Putrajaya yang ditetapkan oleh PPj.
– Usahawan baharu atau perniagaan yang berada pada peringkat permulaan.
– Pemohon yang mempunyai rancangan perniagaan dan tujuan penggunaan geran yang jelas.
– Pemohon yang tidak menerima bantuan bertindih dengan bantuan kerajaan lain bagi tujuan perbelanjaan yang sama, tertakluk kepada syarat program.
Geran ini boleh dipohon menerusi pautan https://ppj.my/GeranPembangunanUsahawan2026.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan dan info lanjut mengenai Geran Usahawan Putrajaya, sila hubungi:
Bahagian Komersial dan Pelesenan, Aras 5,
Blok B, Kompleks Perbadanan Putrajaya,
No.24, Jalan Persiaran Perdana,
62875 Presint 3, PUTRAJAYA.
- 03-8887 7231
- 03-8887 7657
- 03-8887 7271
Baca juga: DANA Pantas & DANA Niaga Tani: Pembiayaan Usahawan Selangor Sehingga RM10,000



