Cara Tukar Nama TNB kepada Penyewa Secara Online

tukar nama tnb
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Cara tukar nama TNB kepada nama penyewa secara online mudah sahaja. Proses pertukaran nama bil TNB kepada nama penyewa (Change of Tenancy) ini boleh dilakukan secara online melalui portal myTNB, gunakan ciri myHome dalam aplikasi myTNB atau hadir ke cawangan TNB berhampiran.

Proses ini sangat penting untuk memastikan penyewa bertanggungjawab sepenuhnya atas penggunaan elektrik mereka dan melindungi pemilik rumah daripada risiko tunggakan bil.

Berikut adalah panduan lengkap, syarat dokumen, kos deposit, dan cara tukar nama penyewa bil TNB untuk rujukan semua.

Apa itu Pertukaran Nama Akaun TNB?

Pertukaran nama Akaun TNB merujuk kepada proses pembukaan akaun baru oleh pelanggan yang berpindah masuk ke premis yang sudah mempunyai pemasangan bekalan elektrik sedia ada.

Proses ini membolehkan pemilik baharu atau penyewa mendaftarkan nama mereka sendiri bagi akaun elektrik, sekaligus memastikan tanggungjawab pembayaran bil elektrik di bawah nama yang sah.

Langkah ini penting kerana ia membantu mengelakkan risiko dibebani tunggakan bil elektrik oleh pemilik atau penyewa terdahulu.

Dengan melakukan pertukaran nama, akaun elektrik akan diperbaharui dengan maklumat pelanggan baharu, sekaligus memudahkan pengurusan bil dan pembayaran secara rasmi oleh penghuni semasa.

Cara Tukar Nama Penyewa Bil TNB

Berikut adalah cara tukar nama penyewa bil TNB yang perlu anda lakukan:

  1. Layari laman rasmi Portal myTNB.
  2. Log masuk ke akaun anda atau daftar akaun baharu sebagai penyewa.
  3. Klik pada menu “Apply” dan pilih “Change of Tenancy (COT)”.
  4. Masukkan alamat premis atau nombor akaun TNB sedia ada.
  5. Isi maklumat peribadi penyewa dan muat naik dokumen (IC dan Perjanjian Sewa).
  6. Semak maklumat dan klik “Submit”.
  7. Bayar Wang Deposit dan RM10 Duti Setem secara online (FPX/Kad Kredit) selepas mendapat kelulusan emel dari TNB.
Dokumen yang Perlu Dimuatnaik
  • Kad Pengenalan
  • Surat Perjanjian Jual Beli atau Menyewa
Bayaran oleh Pemohon
  • Deposit dua bulan bekalan elektrik bergantung kepada jenis premis (tunai atau cek)
  • Duti setem RM10
  • Yuran pemprosesan (RM3.00 untuk voltan rendah atau untuk voltan sederhana dan voltan tinggi)

[Video] Cara untuk Menukar Nama di Bil TNB

Kelebihan Tukar Nama

Pertukaran nama bil TNB kepada nama penyewa (Change of Tenancy) memberi keuntungan dan perlindungan kepada kedua-dua pihak.

Kelebihan Kepada Pemilik Rumah (Owner):

  • Bebas Risiko Tunggakan: Pemilik tidak perlu membayar hutang bil jika penyewa lari.
  • Nama Bersih: Rekod kredit pemilik (seperti CCRIS) terpelihara daripada senarai hitam TNB.
  • Dapat Refund Deposit: Wang deposit lama akan dipulangkan terus ke akaun bank pemilik.
  • Sewa Lebih Tenang: Urusan utiliti dilepaskan sepenuhnya kepada penghuni premis.

Kelebihan Kepada Penyewa (Tenant):

  • Bukti Mastautin Sah: Bil elektrik atas nama sendiri boleh digunakan sebagai bukti alamat rasmi untuk urusan bank atau sekolah anak.
  • Akses Penuh myTNB: Penyewa boleh memantau trend penggunaan elektrik harian secara terus melalui aplikasi.
  • Urusan Rebat Mudah: Layak memohon bantuan atau rebat elektrik kerajaan (jika ada) atas nama sendiri.
  • Hak Pengurusan Akaun: Penyewa boleh berurusan terus dengan TNB jika berlaku masalah teknikal atau pemotongan.

Cara Pantau Bil Letrik Rumah Sewa

Setelah pertukaran nama dilakukan, pemilik premis boleh dapatkan noMbor akaun elektrik penyewa untuk memantau penggunaan bulanan dan rekod pembayaran melalui portal/aplikasi myTNB.

1. Melalui Aplikasi myTNB (Pemilik Rumah)

Walaupun nama akaun bil telah ditukar kepada penyewa, pemilik asal boleh menambah akaun tersebut ke dalam aplikasi telefon pintar mereka:

  • Muat Turun: Buka aplikasi myTNB di iOS atau Android.
  • Tambah Akaun: Klik ikon “+” atau “Add Account”.
  • Pilih Peranan: Pilih status anda sebagai “Owner” (Pemilik).
  • Masukkan Nombor Akaun: Masukkan nombor akaun bil TNB rumah sewa tersebut.
  • Pantau: Anda kini boleh melihat jumlah bil bulanan, status pembayaran (sama ada sudah dibayar atau belum), dan sejarah tunggakan pada bila-bila masa.

2. Mengaktifkan Notifikasi Emel (myTNB Portal)

Anda boleh menetapkan sistem supaya salinan bil digital (e-Bil) dihantar terus ke emel anda setiap bulan:

  • Log masuk ke Portal myTNB melalui komputer.
  • Pergi ke bahagian “Manage Accounts” dan pilih akaun rumah sewa anda.
  • Aktifkan langganan e-Bill.
  • Masukkan alamat emel anda. Anda akan menerima bil PDF serentak pada waktu penyewa menerimanya.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan pertukaran nama akaun TNB, anda boleh rujuk pada pautan berikut:

  • Hubungi One Stop Engagement Centre TNB di 1300-88-5454
  • E-mel ke [email protected]
  • Layari www.tnb.com.my dan klik Hubungi Kami > Khidmat Pelanggan > Hantar Maklum Balas
  • Layari www.tnb.com.my dan klik Ikuti Kami > Berbual Dengan Kami
  • Kunjungi Pusat Khidmat Pelanggan TNB
  • Senarai Kedai Tenaga

[FAQ] Bekalan Elektrik Antara Pemilik dan Penyewa

Cara Tukar Nama Penyewa Bil TNB
Cara Tukar Nama Penyewa Bil TNB
Cara Tukar Nama Penyewa Bil TNB
Cara Tukar Nama Penyewa Bil TNB

Soalan Lazim (FAQ)

1. Sesetengah pemilik rumah terpaksa menanggung bil yang tinggi apabila penyewa berpindah keluar. Bagaimanakah anda boleh melindungi diri sebagai seorang tuan rumah?

Terdapat dua cara:

1. Sebelum penyewa masuk, anda boleh membuat Pertukaran Nama Akaun (Change of Tenancy) dan menjadikan penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akaun tersebut. Namun begitu, ini juga bermakna anda akan kehilangan hak untuk membuat pemotongan bekalan sekiranya penyewa gagal menjelaskan bil elektrik bulanan.

2. Daftar dengan e-Services supaya anda boleh memantau penggunaan serta pembayaran bil elektrik bulanan oleh penyewa.

2. Bolehkah pemilik premis yang bukan Pengguna Berdaftar memohon untuk memotong bekalan dan menamatkan kontrak premis yang masih diduduki oleh Penyewa?

Tidak boleh. Pemilik premis tidak berhak mengarahkan pemotongan bekalan elektrik kerana kontrak bekalan elektrik telah ditandatangani di antara TNB dan Penyewa premis.

3. Penyewa baru ingin memohon untuk bekalan elektrik, bolehkah TNB menuntut baki amaun bil elektrik yang belum diselesaikan oleh Penyewa lama?

TNB tidak boleh menuntut jumlah bil yang tertunggak atau sebarang amaun yang disebabkan penggunaan elektrik oleh Penyewa lama daripada Penyewa baru.

4. Adakah pemilik premis bertanggungjawab terhadap tunggakan bil elektrik yang belum selesai?

Tidak. Penyewa yang telah meninggalkan premis tersebut perlu menyelesaikan sebarang amaun yang disebabkan penggunaan elektrik.

5. Penyewa yang bukan Pengguna Berdaftar telah meninggalkan premis dengan tunggakan bil elektrik yang masih belum diselesaikan oleh beliau. Adakah Pemilik premis selaku Pengguna Berdaftar bertanggungjawab terhadap tunggakan bil elektrik yang belum diselesaikan?

Ya, Pemilik premis sebagai Pengguna Berdaftar adalah bertanggungjawab ke atas tunggakan tersebut dan mungkin berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh TNB.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut