Skim ToU TNB – Maksud, Waktu Puncak, Syarat & Cara Mohon

skim tou tnb
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah termasuk pengusaha perniagaan mikro dengan pepasangan meter pintar kini boleh melanggan skim Time-Of-Use (ToU).

Pelaksanaan ini dilancarkan susulan pembaharuan struktur tarif negara yang turut mengekalkan perlindungan kepada golongan B40.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda secara lanjut berkenaan dengan Skim ToU TNB dan cara untuk memohon.

Apa itu Skim Tarif Penggunaan Masa atau ‘Time of Use’ (ToU)?

ToU merupakan skim yang memperkasakan pengguna untuk mengawal bil dan penggunaan elektrik bagi menikmati kadar lebih rendah semasa waktu luar puncak.

Skim ToU memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk menguruskan penggunaan elektrik harian.

Ia membolehkan pengguna untuk menikmati kadar tarif berbeza pada waktu berbeza sepanjang hari.

skim tou
Sumber : Facebook Jabatan Penerangan Malaysia

Sebagai contoh, kadar tarif semasa Luar-Puncak adalah lebih rendah berbanding waktu Puncak.

Jadi, pengguna yang menggunakan tenaga tinggi dalam tempoh luar puncak iaitu antara pukul 10 malam sehingga 2 petang boleh memilih untuk menyertai skim ini bagi menikmati kadar tarif yang lebih rendah.

Pada masa yang sama, kadar luar puncak turut diperluaskan kepada hari Sabtu dan Ahad. Ini berbeza dengan struktur terdahulu yang mengenakan kadar seragam setiap hari.

skim tou
Sumber : Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Skim ini sekaligus memberi peluang kepada pengguna untuk merancang penggunaan elektrik mengikut kadar masa tertentu.

Dengan erti kata lain, pengguna kini boleh menjadualkan aktiviti penggunaan tenaga tinggi seperti mencuci, memasak atau operasi perniagaan kecil-kecilan pada waktu luar puncak untuk nikmati kadar yang lebih rendah.

Skim ini diperluaskan kepada semua pengguna bermula 1 Julai 2025.

skim tou

Tempoh Skim ToU Baharu (Waktu Luar Puncak & Waktu Puncak)

Waktu Luar PuncakWaktu Puncak
Isnin-Jumaat : 10.00 malam – 2.00 petang
Sabtu-Ahad : Sepanjang hari
Isnin-Jumaat : 2.00 petang-10.00 malam
Kadar tarif lebih rendahKadar tarif lebih tinggi

Manfaat Skim ToU

Dengan mendaftar di bawah skim ini, pengguna dapat mengurangkan bil elektrik bulanan apabila menggunakan tenaga ketika waktu luar puncak.

Pengguna perlulah log masuk ke laman web Tenaga Nasional Berhad dan menghantar permohonan secara dalam talian atau secara manual melalui TNB Kedai Tenaga.

skim tou tnb

Syarat Memohon Skim ToU

Skim Time of Use (ToU) memerlukan langganan terlebih dahulu. Ia merupakan skim pilihan (optional) dan tidak akan diaktifkan secara automatik. Untuk melanggan ToU, anda perlu memenuhi syarat berikut:

  1. Premis anda telah dipasang dengan Smart Meter atau meter Current Transformer (CT)/Remote Meter Reading (RMR)
  2. Bermula 1 Julai 2025, pelanggan Domestik dan Voltan Rendah Bukan Domestik boleh memohon skim ToU melalui portal myTNB

Untuk menikmati penjimatan pada waktu luar puncak, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di Kedai Tenaga yang berdekatan.

*Pengecualian: Bagi pelanggan sedia ada di bawah Tarif ToU C2, E2, F2, H2, C4, & E3, peralihan ke skim ToU baharu akan dilakukan secara automatik.

Cara Memohon Skim ToU

Ada beberapa cara untuk memohon:

  1. Hantar permohonan ke emel [email protected]
  2. Pergi Kedai Tenaga
  3. Permohonan juga boleh dibuat secara online di dalam portal myTNB mulai 1 Ogos 2025.

Pelanggan dinasihatkan untuk memantau corak penggunaan bulanan sebelum mendaftar dengan skim ToU.

Borang Permohonan ToU boleh didapati di pautan berikut : https://www.tnb.com.my/assets/files/Borang_Permohonan_Bekalan_Elektrik_2021.pdf

Cara Bertukar ke Tarif ToU Melalui myTNB

Berikut ialah cara bertukar ke Tarif Time-of-Use (ToU) melalui aplikasi myTNB:

1. Klik ikon “Time-of-Use (ToU)”
Log masuk ke aplikasi myTNB, kemudian pada halaman utama pilih ikon Time of Use (ditanda sebagai ciri baharu).

2. Pilih akaun untuk pertukaran tarif
Pilih akaun elektrik yang ingin digunakan untuk membuat permohonan pertukaran ke skim ToU, kemudian tekan “Teruskan”.

3. Klik “Mula” di laman seterusnya
Baca maklumat berkaitan Skim Masa Penggunaan (ToU), termasuk penerangan kadar dan tempoh proses, kemudian tekan butang “Mula” untuk meneruskan.

4. Semak butiran dan tekan “Hantar”
Pastikan semua maklumat peribadi dan akaun adalah tepat, pilih kaedah untuk dihubungi, setuju dengan terma dan syarat, kemudian tekan “Hantar”.

5. Permohonan berjaya dihantar
Paparan pengesahan akan dipaparkan bersama nombor rujukan permohonan. Permohonan akan disemak oleh pihak TNB.

6. Semak status permohonan
Anda boleh menekan butang “Semak Status” dalam aplikasi myTNB untuk menyemak perkembangan permohonan dari semasa ke semasa.

Maklumat Penting yang Perlu Diketahui

  • Ciri pertukaran ToU ini hanya terbuka kepada pemilik akaun berdaftar.
  • Bagi pelanggan yang telah mempunyai meter pintar dan diaktifkan, pertukaran tarif akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja.
  • Bagi pelanggan yang belum mempunyai meter pintar atau meter belum diaktifkan, keseluruhan proses termasuk pemasangan dan pengaktifan meter boleh mengambil masa sehingga 2 bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tarif ToU, layari www.mytnb.com.my/tariff

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh hubungi TNB Careline menerusi platform berikut :

Isnin-Jumaat: 8.00 pagi – 7.00 malam

Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 8.00 pagi – 5.00 petang

Soalan Lazim – Skim ToU

1. Apakah itu Skim Masa Penggunaan (ToU)?

Skim Masa Penggunaan (ToU) ialah skim yang memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk mengubah corak penggunaan elektrik dan memanfaatkan kadar tarif yang lebih rendah pada Waktu Luar Puncak bagi menikmati penjimatan pada bil bulanan mereka.
Kadar elektrik adalah lebih tinggi pada Waktu Puncak kerana permintaan yang tinggi, manakala kadar lebih rendah dikenakan pada Waktu Luar Puncak bagi menggalakkan penggunaan semasa permintaan rendah.

2. Bilakah waktu puncak dan luar puncak yang dimaksudkan?

Skim ToU mempunyai 2 zon masa (Waktu Puncak dan Waktu Luar Puncak):

1. Isnin hingga Jumaat:
Waktu Puncak: 2:00 petang hingga 10:00 malam
Waktu Luar Puncak: 10:00 malam hingga 2:00 petang

2. Sabtu, Ahad dan Cuti Umum*:
Waktu Luar Puncak adalah sepanjang hari (24 jam)

*Nota: Cuti Umum adalah 15 hari berikut:

1. Tahun Baharu
2. Hari pertama Tahun Baharu Cina
3. Hari kedua Tahun Baharu Cina
4. Hari pertama Hari Raya Aidilfitri
5. Hari kedua Hari Raya Aidilfitri
6. Hari Pekerja
7. Hari Wesak
8. Hari Keputeraan YDP Agong
9. Hari Raya Aidiladha
10. Awal Muharram
11. Hari Kemerdekaan
12. Hari Malaysia
13. Maulidur Rasul
14. Hari Deepavali
15. Hari Krismas

3. Kenapa saya perlu pertimbangkan skim ToU?

Skim ToU menawarkan kadar tarif yang berbeza mengikut waktu penggunaan elektrik iaitu lebih rendah pada waktu luar puncak, dan lebih tinggi pada waktu puncak. Ia memberikan manfaat kepada pelanggan yang menggunakan kurang elektrik pada waktu puncak, manakala sesetengah pelanggan mungkin mendapati tarif Am lebih berbaloi.

Sama seperti menukar pelan mudah alih, pertukaran ke skim ToU melibatkan kemas kini kepada terma kontrak bekalan elektrik. Ini bagi memastikan pelanggan benar-benar memahami cara skim ToU berfungsi dan bersetuju dengan kadar tarif baharu yang dikenakan.

Oleh itu, pelanggan perlu mengemaskini borang untuk menukar kontrak tarif sekiranya ingin beralih daripada Tarif Am kepada Tarif ToU – walaupun meter pintar telah diaktifkan di premis.

Sebelum membuat keputusan, TNB menyediakan Kalkulator Bil untuk membantu anda menganggarkan bil bulanan anda di bawah kedua-dua struktur tarif. Ini akan membantu anda membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan corak penggunaan sebenar di rumah.

Gunakan Kalkulator Bil
Lihat Infografik Perbandingan Tarik ToU

4. Jika saya pelanggan ToU sedia ada, adakah saya perlu bertukar ke ToU yang baharu?

1. Bagi pelanggan sedia ada di bawah Tarif ToU C2, E2, F2, H2, C4 dan E3, pertukaran kepada Skim ToU yang baharu akan dilakukan secara automatik.

2. Skim Enhanced Time-of Use (E-ToU), Off Peak Tariff Rider (OPTR) dan Sunday Tariff Rider (STR) ditamatkan dan pelanggan sedia ada akan dicaj dengan tarif ToU berdasarkan tahap voltan.

5. Apakah kriteria untuk membuat penukaran ke Tarif ToU?

Semua pelanggan TNB yang berdaftar layak untuk menukar kepada Tarif ToU.

6. Bolehkah penyewa rumah memilih Skim ToU sendiri?

Ya, penyewa rumah boleh memilih Skim ToU jika mereka adalah pemegang akaun berdaftar untuk akaun bil elektrik tersebut.

Sekiranya akaun elektrik didaftarkan atas nama pemilik rumah, penyewa disarankan untuk berbincang dengan pemegang akaun terlebih dahulu bagi menilai sama ada Skim ToU sesuai digunakan untuk premis tersebut.

Kedua-dua pihak boleh berbincang dan membuat keputusan langkah seterusnya – sama ada untuk membuat penukaran tarif atas nama pemegang akaun berdaftar, atau menukar pendaftaran nama akaun terlebih dahulu kepada nama penyewa sebelum membuat penukaran tarif atas nama pemegang akaun yang baharu.

7. Bagaimanakah pelanggan boleh membuat penukaran dari Tarif Am kepada Tarif ToU?

Pelanggan berdaftar boleh menukar kontrak tarif kepada Tarif ToU melalui saluran berikut:
Portal myTNB – “Bertukar Sekarang”
Kunjungi Kedai Tenaga yang terdekat
Emel ke [email protected]
Aplikasi myTNB 

8. Dokumen apakah yang diperlukan bagi tujuan penukaran ke Tarif ToU?

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh pelanggan bagi tujuan penukaran ke Tarif ToU:
i. Borang Pertukaran Kontrak Tarif Elektrik (Hanya untuk permohonan melalui emel dan Kedai Tenaga)

Nota:
Pelanggan Berdaftar perlu memilih Pilihan Penghantaran Bil secara Emel dan Jenis Permohonan Penukaran Tarif dengan menuliskan Tarif ToU.

ii. Salinan Dokumen Pengenalan Pelanggan Berdaftar/Wakil Syarikat atau Organisasi (Kad Pengenalan/Kad Polis/Tentera atau Pasport)
iii. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/Organisasi (jika berkenaan)
iv. Surat Wakil Kuasa/Pengesahan Permohonan bagi Syarikat/Organisasi (jika berkenaan)

9. Adakah pelanggan dikenakan caj bagi penukaranke Tarif ToU?

Ya. Pelanggan akan dikenakan caj Duti Setem berjumlah RM10 yang akan dipaparkan pada bil bulan berikutnya bagi tujuan kontrak bekalan dengan skim tarif yang baharu.

Cukai Perkhidmatan sebanyak 8% akan dikenakan pada bil apabila bilangan hari pengebilan kurang daripada 28 hari bagi sebarang pertukaran tarif. Ini turut merangkumi pertukaran kepada ToU memandangkan tarif baharu akan berkuat kuasa serta-merta selepas selesai proses yang diperlukan.

10. Selepas penukaran tarif dibuat, bilakah Tarif ToU akan berkuat kuasa?

– Pelaksanaan skim Time of Use (ToU) memerlukan pemasangan meter pintar yang telah diaktifkan di premis pelanggan.
– Bagi pelanggan yang telah mempunyai meter pintar yang diaktifkan, pertukaran kontrak tarif akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
– Bagi pelanggan yang belum mempunyai meter pintar atau meter belum diaktifkan, keseluruhan proses termasuk pemasangan dan pengaktifan meter boleh mengambil masa sehingga 2 bulan.

Nota: Tempoh ini tertakluk kepada ketersediaan rangkaian telekomunikasi di lokasi premis.

11. Adakah pelanggan boleh bertukar semula ke Tarif Am selepas membuat penukaran ke Tarif ToU?

Ya. Selepas membuat penukaran ke Tarif ToU, pelanggan boleh bertukar kembali ke Tarif Am. Walau bagaimanapun, pelanggan disarankan untuk menunggu selepas sekurang-kurangnya 1 bulan kitaran bil bagi mengetahui penjimatan dengan Tarif ToU. Caj Duti Setem berjumlah RM10 akan dikenakan bagi tujuan penukaran semula ke Tarif Am

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut