TNB Online memudahkan pengguna untuk menyemak dan membayar bil elektrik mereka secara digital.
Melalui portal rasmi www.mytnb.com.my atau aplikasi mudah alih myTNB, anda boleh menguruskan akaun TNB dengan pantas dan selamat, bila-bila masa dan di mana sahaja.
Aplikasi myTNB boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple Apps Store, dan Huawei App Gallery, menjadikan semua urusan bil elektrik lebih mudah dan efisien.
Apa itu TNB Online
TNB Online ialah platform digital yang disediakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memudahkan pengguna menguruskan bil elektrik dan perkhidmatan berkaitan secara dalam talian.
Melalui TNB Online, pengguna tidak lagi perlu ke kaunter fizikal untuk membuat pembayaran, semakan bil, atau urusan akaun lain. Ia merangkumi dua platform utama iaitu myTNB Portal dan myTNB App.
Kelebihan Aplikasi myTNB
Aplikasi myTNB ialah aplikasi mudah alih yang membolehkan anda mengurus semua akaun bekalan elektrik TNB di satu tempat.
Dengan aplikasi ini, anda boleh menyemak dan membayar bil elektrik bila-bila masa, di mana sahaja, serta mengurus akaun TNB secara pantas dan mudah.
Susun atur yang mesra pengguna dan paparan baharu yang bergaya menjadikan semua transaksi lebih cepat dan lancar.
Ciri-ciri utama aplikasi myTNB:
- Pantau penggunaan tenaga elektrik – Ketahui berapa banyak tenaga elektrik yang telah digunakan.
- Semak jumlah bil keseluruhan – Lihat jumlah bil untuk semua akaun TNB anda.
- Bayar bil dengan mudah – Bayar bil bila-bila masa tanpa perlu ke kaunter.
- Hantar maklum balas cepat – Hantar sebarang maklum balas berkaitan bil dengan segera.
- Penjejakan penggunaan tenaga melalui Meter Pintar – Menjelang 2026, Meter Pintar akan diperkenalkan ke seluruh negara, membolehkan anda menjejaki penggunaan tenaga harian secara langsung melalui aplikasi.
Cara Kira Bil Elektrik [Terkini]
Sejajar dengan pengumuman Penstruturan Tarif, prinsip keadilan, ketelusan dan kesaksamaan menjadi tunjang dalam pelaksanaan struktur baharu bagi menyokong usaha dan kerajaan untuk meringankan beban rakyat Malaysia.
Tarif elektrik baharu ini akan dibahagikan kepada beberapa komponen dan dipaparkan dalam bil iaitu:
- Caj Penjanaan
- Caj Rangkaian
- Caj Peruncitan
Apa yang Berubah Dalam Struktur Baru Ini?
Struktur tarif baharu ini tidak lagi menggunakan sistem bertingkat seperti sebelum ini.
Maksudnya, walaupun sebelum ini kita membayar dari 21.8 sen/kWh (untuk penggunaan bawah 200kWh) hingga 57.1 sen/kWh (untuk penggunaan melebihi 900kWh), kini semua pengguna dikenakan kadar asas 45.40 sen/kWh.

Untuk lebih mudah faham, anda boleh rujuk contoh perbandingan bil dalam infografik di bawah:



Anda boleh buat kira-kira bil elektrik bulanan anda menggunakan kalkulator TNB ini: https://www.mytnb.com.my/residential/understand-your-bill/bill-calculator
Cara Daftar Akaun TNB Online
1. myTNB Portal

Berikut adalah cara daftar akaun TNB Online menggunakan myTNB Portal:
- Layari laman rasmi myTNB : https://www.mytnb.com.my
- Klik pada halaman Register for New Account
- Masukkan segala butiran yang diminta: Nama penuh, No kad pengenalan, nombor telefon, emel dan password
- Klik pada butang persetujuan terma dan syarat
- Klik pada butang “Create Account”
2. myTNB App

Berikut adalah cara daftar akaun TNB Online menggunakan myTNB App:
- Muat turun aplikasi myTNB melalui mana-mana pautan ini ke dalam telefon bimbit anda : Google Play Store, Apple Apps Store, dan Huawei App Gallery
- Bagi yang belum berdaftar, tekan “Register”
- Masukkan Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Telefon Bimbit, Email, dan Kata Laluan
- Bila siap isi semua, tekan “Register”
- Log masuk ke dalam akaun myTNB anda. Masukkan alamat email dan kata laluan
- Tekan “Add an Electricity Account” dan masukkan No Akaun Bil serta No. Kad Pengenalan pemilik
Cara Semak & Bayar Bil Elektrik TNB Online
1. myTNB Portal
Gunakan maklumat log masuk yang sama seperti aplikasi myTNB anda dan log masuk dengan mudah ke Portal myTNB untuk menikmati perkhidmatan yang lebih lengkap!
- Bayar bil anda melalui Express Payment (untuk pembayaran kurang daripada RM250)
- Mohon bekalan elektrik baharu, naik taraf atau turunkan taraf bekalan hanya dengan satu klik
- Tukar pemilikan bil dengan membuat permohonan Change of Tenancy secara dalam talian
2. myTNB App
Susun dan bayar semua bil TNB anda di mana sahaja dengan aplikasi baharu myTNB. Nikmati ciri yang lebih baik dan paparan baharu yang bergaya, menjadikan semua transaksi TNB anda lebih mudah dan pantas daripada sebelumnya.
- Lihat dan bayar bil
- Ketahui penggunaan tenaga anda untuk 6 bulan yang lepas
- Simpan maklumat kad kredit untuk pilihan pembayaran dalam aplikasi yang lebih cepat
Berikut adalah cara semak dan bayar bil elektrik menggunakan myTNB App:
- Tekan “Pay My Bill”.
- Maklumat bil bulanan anda akan terpapar di skrin
- Tekan “Pay”
- Masukkan jumlah yang hendak dibayar
- Masukkan cara pembayaran
- Masukkan segala butiran yang diperlukan semasa melakukan pembayaran
- Setelah selesai pembayaran, anda akan dibawa ke halaman baru yang menyatakan bahawa bayaran anda telah diterima
Muat Turun Aplikasi myTNB

Muat turun aplikasi myTNB hari ini dan uruskan semua bil elektrik anda dengan lebih mudah dan pantas!
Semak bil, bayar secara dalam talian, dan pantau penggunaan tenaga harian anda di hujung jari.
- Google Play Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mytnb.mytnb&hl=en
- Apple Apps Store : https://apps.apple.com/us/app/mytnb/id1297089591
- Huawei App Gallery : https://appgallery.huawei.com/#/app/C102383027
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan urusan TNB Online ini, anda boleh rujuk pada puatan di bawah:
PERTANYAAN UMUM:
- TNB CareLine via Facebook @TNBCareline or Call 1-300-88-5454
- Hari Bekerja: 8.00 AM – 7.00 PM
- Hujung Minggu & Cuti Umum : 8.00 AM – 5.00 PM
- Email : [email protected]
PEMBAYARAN:
Boost:
- E-mel: [email protected] atau hantar permintaan melalui aplikasi
- Webform: https://support.myboost.com.my/hc/en-us
- Facebook/Instagram: @myboostapp
- Waktu operasi: 9:00 pagi – 9:00 malam setiap hari
Touch ‘n Go eWallet
- No. Careline: +603-5022 3888
- Webform: https://tngd.my/careline-webform
- Waktu operasi: 7:00 pagi – 10:00 malam
Soalan Lazim
SOALAN LAZIM TNB ONLINE / APLIKASI MYTNB
Tidak. Hanya log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang sama.
Sila klik pautan di bawah:
– Permohonan bekalan baharu
– Pertukaran nama
– Penutupan akaun
Untuk semak bil, Daftar/Log masuk ke myTNB dan klik pada Support > Bill & Payments.
Sila masukkan semula ID Pengguna dan Kata Laluan myTNB anda dengan betul. Anda mempunyai maksimum 5 cubaan. Selepas 5 cubaan yang gagal, anda akan diarahkan secara automatik ke halaman Forgot Password untuk menetapkan semula kata laluan anda. Walaupun akses Portal myTNB anda disekat, anda masih boleh mengakses akaun anda melalui Aplikasi myTNB!
Status transaksi sama ada ‘berjaya’ atau ‘gagal’ akan dipaparkan. Untuk mengesahkan transaksi, anda boleh menyemak sejarah pembayaran akaun anda. Kami juga akan menyediakan bukti transaksi dalam talian yang boleh dicetak.
Klik butang ‘back’ pada bila-bila peringkat akan membawa anda kembali ke halaman sebelumnya. Tetapi jika anda telah menghantar transaksi dan ia disahkan, maka transaksi itu diterima dan tidak dipadamkan.
Transaksi pembayaran akan direkodkan dalam sistem kami, sama ada berjaya atau tidak. Jika tidak berjaya, anda perlu menghantar semula. Sila hantar semula hanya selepas anda tahu punca kegagalan. Contohnya, baki tidak mencukupi, dsb. Tunggu beberapa minit, kemudian cuba lagi. Anda juga boleh hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 untuk bantuan.
Sila emelkan nama dan nombor mudah alih yang anda daftarkan kepada kami di [email protected] dan kami akan membantu mendapatkan semula ID Pengguna Portal myTNB anda.
Anda boleh menetapkan semula kata laluan dengan klik ‘Forgot Password’. Anda boleh terus gunakan ID Log Masuk Portal myTNB yang sedia ada selepas menetapkan semula kata laluan.
Sila hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 untuk semak sama ada nombor mudah alih yang didaftarkan dengan kami adalah sama.
Tidak. Anda tidak boleh menggunakan ID Pengguna yang sama. Sila cipta yang baharu.
Hanya klik pautan resend untuk minta OTP baharu. OTP tersebut akan dihantar ke nombor mudah alih berdaftar anda melalui SMS.
Emel pengaktifan yang kami hantar hanya sah untuk 24 jam. Setelah tamat tempoh, anda perlu ulang proses tersebut. Namun, anda masih boleh menggunakan nombor mudah alih dan alamat emel yang sama untuk mendaftar semula. Jika anda tidak dapat mengaktifkan akaun log masuk, sila hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 untuk bantuan.
SOALAN LAZIM PEMBAYARAN BIL ELEKTRIK MELALUI E-WALLET


