Cara Tukar Status Akaun Tabung Haji Kanak-kanak Ke Akaun Dewasa TH

Tukar Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa, Elak Akaun Kanak-kanak Dibekukan

Adakah anda telah melakukan pertukaran status akaun kanak-kanak ke akaun dewasa untuk akaun anak yang telah mencapai umur 18 tahun?

Jika belum, lakukan sekarang di pejabat cawangan TH berhampiran sebelum 1 Mei 2022.

TH menyarankan kepada para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.

Orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas perlu membuat penukaran status agar akaun tidak dibekukan dan tidak timbul kesulitan di masa akan datang.

TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.

Akaun Akan Dibekukan Mulai 1 Mei 2022

Bermula 1 Mei 2022, pemegang Akaun Kanak-kanak yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing dengan sendirinya.

Akaun tersebut akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran.

Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

Walau bagaimanapun, akaun tersebut masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuklah di platform JomPay dan THiJARI.

Selain itu, status link akaun di antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan.

Baca juga:

Cara Tukar Akaun Tabung Haji Kanak-Kanak ke Akaun Dewasa

Untuk tukar akaun Tabung Haji Kanak-kanak ke Akaun Dewasa, sila datang bersama anak tersebut ke cawangan TH yang berdekatan bagi membuat penukaran status.

Rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut akan dikemaskini.

Semua kaunter TH dibuka setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Waktu operasi Isnin sehingga Khamis adalah dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang dan Jumaat bermula jam 9.30 pagi hingga 12.15 petang.

Selain itu, adalah penting supaya para pendeposit memastikan akaun TH masing-masing dan dalam jagaan kekal berstatus aktif, untuk terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, zakat ditunaikan, patuh syariah, dikecualikan cukai pendapatan dan boleh juga turut serta dalam pelbagai kempen yang dijalankan TH.

Pendeposit hanya perlu melakukan hanya satu transaksi simpanan atau pengeluaran bagi memastikan akaun TH anda kekal berstatus aktif.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH, orang ramai boleh merujuk di laman web rasmi, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini https://www.facebook.com/TabungHaji/photos/a.467357129992157/5315856631808825/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!