Cara Aktifkan Semula Akaun Tabung Haji Yang Dorman (Lebih 7 Tahun)

Pendeposit Tabung Haji (TH) yang tidak melakukan sebarang transaksi melebihi 7 tahun akan dikategorikan sebagai tidak aktif atau berstatus dorman.

Walaubagaimanapun, simpanan yang terdapat di dalam akaun dorman masih boleh dituntut dan dibayar kepada pendeposit apabila akaun mereka diaktifkan semula.

Di sini kami kongsikan cara mengaktifkan akaun Tabung Haji anda yang telah dorman.

Maksud Akaun Tabung Haji Dorman / ‘Tidak Aktif’

Jika akaun simpanan Tabung Haji anda tidak aktif melebihi tempoh 7 tahun, akaun anda akan menjadi akaun dorman.

Namun begitu, sekiranya pendeposit ada membuat pendaftaran haji akaun tersebut akan kekal aktif walaupun tiada sebarang transaksi dilakukan melebihi tujuh (7) tahun.

Semakan status akaun boleh dibuat melalui Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03 62071919 atau hadir terus ke Cawangan TH.

Cara Aktifkan Semula Akaun Tabung Haji Yang Telah Dorman

Adalah penting bagi akaun pendeposit TH berstatus aktif supaya mereka terus menikmati manfaat menyimpan di TH seperti, simpanan dijamin kerajaan, mendapat agihan keuntungan, zakat dibayar, patuh syariah, dikecualikan cukai dan berpeluang menyertai kempen simpan, daftar dan menang.

Jika anda ingin mengaktifkan semula akaun Tabung Haji anda, sila rujuk langkah berikut:

tabung haji tidak aktif
  1. Hadir ke mana-mana pejabat cawangan TH.
  2. Bawa bersama kad pengenalan anda.
  3. Pendeposit perlu membuka akaun baru.
  4. Wang simpanan dari akaun tidak aktif akan dipindahkan ke akaun baru.

Bagaimana Mengelakkan Akaun Tabung Haji Daripada Tidak Aktif?

Anda boleh mengelakkan akaun berstatus ‘tidak aktif’ atau dorman ini dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi atau pengeluaran wang dalam tempoh 7 tahun berturut-turut.

Transaksi boleh dilakukan melalui saluran berikut:

  1. Kaunter Tabung Haji
  2. Uniteller
  3. Mesin ATM / CDM
  4. Perbankan internet / THiJARI
tabung haji tidak aktif

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila layari laman web rasmi Tabung Haji (https://www.tabunghaji.gov.my/) atau telefon
03-6207 1919 atau tanyakan soalan melalui saluran berikut:

Media sosial Tabung Haji

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!