Senarai Harga Postage J&T Terkini Dan Semakan No Tracking

SEMAKAN NO TRACKING J&T DAN HARGA POSTAGE

J&T Express adalah salah sebuah syarikat kurier dan penghantaran barangan yang menyediakan perkhidmatan ke seluruh Malaysia (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak).

Harga postage J&T boleh dikira agak kompetetif jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat pesaing yang lain di Malaysia seperti Pos Laju, DHL, Ninja Van dan banyak lagi.

Secara umumnya, servis yang ditawraakan oleh J&T Express agak memuaskan namun semua bergantung juga pada lokasi penghantar barang dan penerima.

Selepas bermula di Indonesia pada 2015, ia telah berkembang ke Malaysia, Vietnam pada 2017, Filipina dan Thailand pada 2018, Singapura dan Kemboja pada 2019 dan China pada 2020.

Track & Trace JnT

harga postage j&t

J&T Express (secara rasminya dikenali sebagai PT Global Jet Express) ialah sebuah syarikat logistik yang ditubuhkan dan mula beroperasi di Indonesia.

Ditubuhkan pada 2015, syarikat ini secara amnya terlibat dalam logistik dan penghantaran pakej dan J&T menggunakan gudang pengasingan automatik di Indonesia dan Singapura.

J&T Express turut mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Jenama Terbaik Indonesia pada 2018 dan 2019. Sehingga April 2021, syarikat itu dinilai oleh pelabur pada USD $8 bilion.

Pengiraan harga postage J&T

Secara umumnya, pengiraan harga postage J&T bergantung kepada lokasi, saiz atau dimensi barangan dan berat barangan yang dihantar itu.

Malah, terdapat perbezaan bagi harga postage mengikut jenis barangan sama ada jenis baranga tersebut berbentuk dokumen atau bungkusan.

Untuk pengiraan mudah, anda boleh menggunakan kalkultor pengiraan yang disediakan oleh pihak J&T Express sendiri pada pautan J&T Shipping Rate.

Pada halaman tersebut, anda hanya perlu memasukkan butiran-butiran berikut:

  1. My locations – Poskod penghantar barangan
  2. Destination – Poskod penerima barangan
  3. Weight (kg) – Berat barangan yang dihantar

Kemudian, klik pada butang Calculate dan halaman tersebut akan memberikan anggaran harga yang perlu dibayar oleh penghantar barangan.

Semakan tracking no J&T Express

Bagi memudahkan pelanggan mereka (penghantara dan penerima barangan), pihak J&T juga menyediakan perkhidmatan menjejak barangan yang dihantar berpandukan kepada tracking number yang diberikan kepada penghantar barangan tersebut.

Untuk menyemak barangan dengan tracking number, ikut langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman J&T Track & Trace
  2. Masukkan nombor tracking pada borang yang disediakan. Anda boleh memasukkan sehingga 10 nombor tetapi setiap nombor perlulah dijarakkan dengan tanda koma.
  3. Klik pada butang GO
  4. Hasil keputusan akan menunjukkan lokasi semasa barangan atau dokumen yang dihantar

Khidmat pelanggan J&T Express

Dalam sesetengah keadaan yang jarang berlaku, terdapat kemungkinan barang yang dihantar hilang, disimpan terlalu dan pelbagai masalah lain yang menyebabkan proses penghantaran menjadi lambat.

Sekiranya terdapat sebarang masalah dengan barangan atau dokumen yang dihantar, anda boleh menelefon pihak J&T Express untuk mengutarakan sebarang persoalan atau kemusykilan dengan menghubungi nombor dibawah:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!