Cara Pos Barang Ninja Van & Harga Postage Mengikut Berat

Bagi penjual, anda boleh menyemak harga postage Ninja Van berpandukan panduan yang disediakan oleh pihak Ninja Van dalam laman web mereka.

Di Malaysia, terdapat banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan kurier barangan ke seluruh Malaysia dan antara yang semakin popular adalah Ninja Van.

Latar belakang Ninja Van

kadar postage ninja van

Ninja Van adalah syarikat logistik yang diasaskan di Singapura. Ditubuhkan pada tahun 2014, syarikat ini terlibat dalam logistik dan penghantaran pakej terakhir.

Ninja Van mempunyai gudang penyortiran di negara-negara ASEAN termasuk Singapura, Indonesia, Malaysia dan Vietnam.

Syarikat ini cepat meningkat naik kerana pihak Ninja Van banyak menjalinkan kerjasamam strategik dengan beberapa firma e-dagang ASEAN termasuk Lazada Alibaba Group, Tokopedia Indonesia dan Shopee Sea Ltd.

Penghantaran dengan “Ninja Pack”

Cara paling mudah adalah menggunakan Ninja Pack dimana penjual boleh membeli bungkusan bersaiz tertentu dan caj yang dikenakan adalah kadar rata tanpa mengira berat barangan yang dihantar asalkan muat dalam bungkusan Ninja Pack.

Kelebihan menggunakan Ninja Pack

  • Boleh beli Ninja Pack secara online atau di lokasi Ninja Points terdekat di seluruh negara
  • Bungkus Ninja Pack anda dan daftar penghantaran baranga anda secara online
  • “Drop off” sahaja Ninja Pack anda di Ninja Points yang berdekatan
  • Mula menjejaki Pek Ninja anda dengan ID Penjejakan yang dicetak dalam masa 24 jam selepas menghantarnya

Kadar caj semasa Ninja Pack

Kadar postage mengikut berat

Selain daripada pakej Ninja Pack yang menghadkan saiz barangan yang dihantar, anda juga boleh menghantar barangan ke seluruh Malaysia dengan menggunakan membayar postage penghantaran berdasarkan berat barangan yang dihantar.

Penghantaran dalam Semenanjung Malaysia

Berikut merupakan kadar semasa yang dikenakan oleh pihak Ninja Van bagi setiap kiloogram yang dihantar:

Penghantaran dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak

Berikut merupakan kadar semasa yang dikenakan oleh pihak Ninja Van bagi setiap kiloogram yang dihantar:

Penghantaran darri Sabah dan Sarawak

Semakan dari lama Ninja Van Malaysia tidak memberikan butiran kadar postage untuk penghantaran antara kwasan-kawasan berikut:

  • Dari Sarawak/Sabah ke Semenanjung Malaysia
  • Dari Sarawak ke Sarawak/Sabah
  • Dari Sabah ke Sabah/Sarawak

Walau bagaimanapun, sekiranya anda hendak mengetahui lebih lanjut mengenai kadar penghantar antara kawasan yang dinyatakan di atas, boleh hubungi pihak Ninja Van di [email protected] atau hbungi di talian +60 111 722 5600.

Selain itu, untuk maklumat lanjut harga postage Ninja Van, boleh layari halaman Price Estimage.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!