Touch n Go (TNG) telah memperkenalkan TNG SOS Balance bagi memudahkan urusan orang ramai apabila baki eWallet TNG anda hampir habis untuk membuat pembayaran tol.
Ini bagi membolehkan pengguna tidak tersangkut di plaza tol akibat kekurangan baki eWallet TNG mereka untuk membuat pembayaran.
Mengenai TNG SOS Balance
TNG SOS Balance merupakan ciri eksklusif yang direka khas untuk pengguna setia TNG eWallet.
Buat masa sekarang, ciri ini hanya tersedia untuk pembayaran tol sahaja dan lebih banyak perkhidmatan boleh digunakan untuk masa akan datang.
Ini bagi memastikan pengguna tidak tersekat pada saat-saat genting akibat baki eWallet tidak mencukupi dengan menampung pembayaran tol tersebut.
Perkhidmatan ini berfungsi di plaza tol yang menyokong Touch ‘n Go RFID atau PayDirect dan ianya diaktifkan secara automatik apabila baki eWallet pengguna rendah bagi memastikan pembayaran tol yang lanca
Mereka hanya perlu tambah nilai eWallet dalam tempoh 24 jam dan baki SOS Balance yang tertunggak akan ditolak secara automatik.
Pengguna diberi tempoh 24 jam untuk menjelaskan sebarang jumlah SOS Balance yang tertunggak bagi terus menikmati ciri ini.
Ciri TNG SOS Balance
Terdapat 3 ciri utama perkhidmatan ini iaitu:
- Percuma
- Tanpa apa-apa caj atau langganan
- Tanpa pendaftaran.
Syarat Kelayakan
Perkhidmatan ini ditawarkan khas untuk pengguna paling setia TNG dan untuk meningkatkan peluang pengguna untuk layak, pastikan:
- Selesaikan semua bayaran tertunggak dengan segera
- Kerap tambah nilai eWallet
- Aktif menggunakan eWallet untuk transaksi
Senarai Lebuh Raya
Senarai lebuh raya yang boleh menggunakan perkhidmatan ini adalah:
Cara Akses
Pengguna boleh mengakses perkhidmatan ini seperti di bawah:
- Pilihan “More” di bawah “My Favourites,” kemudian taip “SOS Balance” di bar carian
- Ikon “kereta” di bahagian atas skrin utama eWallet
- Mesej tunggakan SOS Balance di skrin utama
Cara Aktifkan
Perkhidmatan ini akan diaktifkan secara automatik untuk pengguna setia TNG eWallet dan tidak perlu mendaftar.
Bagi pengguna yang layak, mereka akan menerima pemberitahuan untuk memaklumkan bahawa SOS Balance kini tersedia untuk mereka.
Pengguna juga boleh semak kelayakan dengan menekan ikon SOS Balance atau ikon kereta di bahagian atas skrin utama eWallet untuk pengesahan.
Soalan Lazim
Tidak, SOS Balance disediakan secara percuma untuk pengguna TNG eWallet yang layak. Apabila SOS Balance diaktifkan untuk menampung pembayaran, pastikan jumlah yang tertunggak dijelaskan dalam tempoh 24 jam untuk terus menikmati kemudahan ciri ini.
Tidak, tiada had selagi tag RFID kenderaan dan kad Touch ‘n Go yang dipautkan untuk potongan PayDirect didaftarkan pada akaun eWallet TNG eWallet pengguna yang layak.
Pengguna boleh menyelesaikan baki tertunggak dalam tempoh 24 jam selepas transaksi pertama diaktifkan oleh SOS Balance. Hanya tambah nilai eWallet dan jumlah tertunggak akan ditolak secara automatik dari baki eWallet. Sebagai alternatif, pengguna boleh tekan makluman pembayaran tertunda, ikon SOS Balance atau ikon kereta di skrin utama eWallet dan pengguna akan dibawakan ke halaman yang memaparkan baki tertunggak. Untuk menyelesaikan baki, tekan “Pay Now” untuk tambah nilai eWallet dan SOS Balance akan menolak jumlah secara automatik dari baki yang tersedia.
Jika pengguna tidak menyelesaikan baki tertunggak SOS Balance dalam tempoh 24 jam, ciri ini akan digantung. Walaupun semua ciri eWallet lain masih boleh digunakan, pengguna tidak dapat membayar atau membeli dalam eWallet sehingga anda tambah nilai. Apabila pengguna menambah nilai eWallet, jumlah tertunggak akan ditolak secara automatik. Setelah bayaran selesai dijelaskan, ciri SOS Balance akan kembali semula. Untuk memastikan penggunaan eWallet yang lancar, tambah nilai dan selesaikan baki tertunggak dalam tempoh 24 jam.
Jika bayaran dipotong secara salah daripada baki TNG eWallet pengguna, sila hubungi Careline di +603-2714 8888 untuk siasatan lanjut. Untuk memohon pulangan wang, sila kemukakan borang eCustomer, yang boleh didapati di sini.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai perkhidmatan ini, sila layari https://www.touchngo.com.my/consumer/ewallet-features/sos-balance/.
Baca juga: Cara Top Up Touch n Go (Kad & e-Wallet)