Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Kalau sebelum ini kita selalu dengar pasal TikTok Shop untuk jual pelbagai jenis barang, kali ini TikTok perkenalkan pula satu ciri baharu yang dinamakan TikTok Go.

Menariknya, ciri ini bukan fokus pada barang fizikal, tetapi lebih kepada tempat percutian, hotel, restoran dan aktiviti gaya hidup.

Bagi anda yang suka kongsi video makan-makan atau tempat menarik yang anda pergi hujung minggu, ini masanya untuk tukar hobi tersebut menjadi pendapatan sampingan!

Apa Itu TikTok Go?

Secara mudahnya, TikTok Go adalah program afiliasi berasaskan lokasi (Location-Based Affiliate). Fungsinya direka khas untuk membantu perniagaan tempatan seperti kafe, restoran, spa, atau tempat tarikan pelancong mendapatkan pelanggan melalui video kreatif daripada pencipta kandungan (creators).

Sebelum ini, kalau anda buat video ulasan (review) tentang hotel, kedai makan, atau tempat menarik di Tik Tok, anda mungkin tidak dibayar apa-apa.

Namun, menerusi fungsi TikTok Go, anda kini boleh memilih lokasi kedai yang menyertai program ini dan tag tersebut akan bertukar menjadi pautan khas berwarna hijau secara automatik.

Apabila penonton klik pada pautan tersebut untuk membeli kupon diskaun atau membuat tempahan, anda akan mendapat komisen!

Tik Tok Go

Syarat

Untuk memohon melalui menu TikTok Studio, anda hanya perlu memenuhi kriteria asas berikut:

  • Mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Jumlah Pengikut (Minimum 1,000 Followers) – Ini merupakan kelayakan asas untuk membuka akses ciri TikTok Go pada akaun anda.
  • Selesaikan Onboarding. Masuk ke menu TikTok Studio > TikTok Go, kemudian lengkapkan tetapan profil, pengesahan identiti (ID), dan pilihan lokasi kawasan tempat tinggal anda.

Sebaik sahaja diterima masuk, tahap pencipta (tier) anda akan dikira dan dikemas kini pada setiap bulan berdasarkan jumlah nilai transaksi atau jualan (Gross Merchandise Value / GMV) daripada pembelian baucar melalui video anda.

Semakin tinggi jualan, semakin tinggi level akaun dan lebih banyak kadar komisen eksklusif yang boleh dibuka!

      Cara Aktifkan TikTok Go

      Untuk mengaktifkan TikTok Go, anda rujuk cara-cara berikut:

      1. Buka aplikasi Tik Tok dan pergi ke halaman Profil anda.
      2. Klik ikon Menu ☰ (tiga garis) di sudut kanan atas skrin.
      3. Pilih menu TikTok Studio
      4. Skrol ke bawah sehingga anda menemui bahagian Monetization (Monetisasi). Cari dan klik pada pilihan TikTok Go.
      5. Anda akan dibawa ke halaman utama kelayakan. Jika semua syarat (1,000 followers, umur 18+, tiada pelanggaran) sudah bertanda semak hijau, klik butang Join Now (Gabung Sekarang).Baca dan tanda semak pada kotak persetujuan Terma & Syarat program.
      6. Lengkapkan Proses Onboarding.
      7. Selesai!

      Nota: Ciri Tik Tok Go ini dilancarkan secara berperingkat, jadi ia mungkin belum tersedia untuk sesetengah akaun TikTok buat masa ini. Pastikan juga akaun anda bersih daripada sebarang pelanggaran garis panduan komuniti TikTok.

      Bagaimana Boleh Buat Duit Dengan TikTok Go?

      Sebagai creator, tugasan anda sangat ringkas. Anda tidak perlu pegang stok barang, tidak perlu pos barang, dan tidak perlu layan mesej pelanggan. Tugas anda hanyalah buat video menarik dan tag lokasi!

      1. Cari Kedai & Pilih Kempen

      • Selepas akaun TikTok Go anda aktif, masuk ke menu TikTok Studio > TikTok Go.
      • Di sini, anda akan nampak senarai restoran, kafe, hotel, spa atau tarikan yang sedang menawarkan komisen.
      • Pilih kedai yang anda mahu terjah dan lihat berapa peratus komisen yang mereka tawarkan.

      2. Pergi “Healing” & Rakam Video (Review)

      • Pergi ke lokasi tersebut, makan, jalan-jalan, dan rakam video seperti biasa.
      • Pastikan video anda fokus kepada perkara yang menarik: makanan yang sedap, suasana kedai yang cantik (aesthetic), atau servis yang berbaloi.

      3. Tag Lokasi Hijau

      • Semasa proses mahu memuat naik (post) video, klik pada bahagian Location (Lokasi).
      • Cari dan pilih nama kedai rasmi tersebut. Ini akan menghasilkan tag lokasi hijau pada video anda.
      • Pihak TikTok secara automatik akan menghubungkan tag lokasi tersebut dengan baucar diskaun atau menu promosi kedai itu.

      4. Penonton Beli, komisen Masuk Masuk!

      • Apabila video anda lalu di FYP (For You Page), penonton yang tertarik akan klik tag hijau tersebut dan membeli baucar terus dari TikTok.
      • Setiap kali transaksi berjaya, komisen akan dimasukkan ke dalam akaun TikTok anda. Lebih viral video anda, lebih banyak yang klik video anda untuk membuat tempahan/pembelian, lebih masyuklah duit yang komisen yang masuk!

      Bagi anda yang memenuhi syarat, jangan tunggu lagi. Ini adalah peluang keemasan untuk menjadi terawal memanfaatkan ciri ini sebelum persaingan menjadi semakin sengit!

      Maklumat Lanjut & Soalan Lazim TikTok Go

      Untuk maklumat lanjut mengenai TikTok Go, anda boleh rujuk portal rasmi TikTok .

      Adakah pendaftaran TikTok Go ini percuma?

      Ya, 100% percuma. TikTok tidak mengenakan sebarang bayaran untuk anda sertai program ini. Anda hanya perlu memenuhi syarat kelayakan sahaja.

      Berapa banyakkah komisen yang boleh saya dapat?

      Kadar komisen bergantung sepenuhnya kepada pemilik kedai (merchant).

      Adakah penonton wajib beli baucar untuk saya dapat komisen?

      Ya. Anda hanya akan mendapat komisen sekiranya penonton klik tag hijau tersebut dan melengkapkan pembelian baucar atau membuat tempahan dalam aplikasi TikTok.

      Berapa banyak followers yang saya perlukan untuk sertai TikTok Go?

      Syarat minimum yang ditetapkan oleh TikTok buat masa ini ialah sekurang-kurangnya 1,000 followers.

      Adakah saya kena bayar yuran bulanan kalau dah sertai TikTok Go?

      Tidak perlu. Tiada sebarang komitmen kewangan, yuran bulanan, atau yuran pendaftaran dikenakan kepada pencipta kandungan. Semuanya adalah percuma.

      Penulis