Semakan Keputusan SVM (Sijil Vokasional Malaysia)

keputusan svm
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

HEBAHAN: PENGELUARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) SEMESTER 2 SESI 2/2025 (KOHORT 2025) – Dimaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 2 Sesi 2/2025 (Kohort 2025) akan dikeluarkan pada 2 April 2026 (Khamis). Sehubungan itu, calon-calon boleh membuat semakan keputusan melalui saluran rasmi yang dinyatakan melalui pautan myresultsvm.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi.

Cara Semakan Keputusan SVM 2025 & Pautan Online

Semakan Keputusan Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh disemak secara manual dan atas talian (online).

Slip keputusan peperiksaan bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh diperoleh dari kolej vokasional / sekolah masing-masing.

Untuk membuat semakan keputusan secara dalam talian, sila ke pautan
https://myresultsvm.moe.gov.my mulai 2 April 2026 (Khamis), jam 10 pagi.

Laman ini membenarkan anda untuk membuat semakan keputusan secara dalam talian dengan mudah.

Anda hanya perlu isikan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran untuk membuat semakan.

Sila buat pilihan peperiksaan semester pelajar untuk mula membuat semakan keputusan.

Rujuk Facebook rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk info terkini.

Calon boleh mendapatkan keputusan secara atas talian melalui pautan berikut : https://myresultsvm.moe.gov.my

Info Kelayakan SPA Menggunakan Keputusan SVM

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)/SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) BAGI MAKSUD PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAM

Terdapat banyak pertanyaan daripada calon mengenai “tidak melepasi tapisan” walaupun hanya memohon jawatan yang memerlukan kelayakan SPM atau SVM sahaja.

SPA kenal pasti terdapat sebahagian besar calon yang memohon tidak jelas berkenaan syarat kelayakan minimum yang dinyatakan dalam iklan pengambilan SPA walaupun jawatan itu hanya mensyaratkan kelayakan di peringkat SPM/SVM.

Apakah maksud kelayakan minimum bagi SPM/SVM ini bagi membolehkan anda dilantik ke perkhidmatan awam?

Rujuk poster hebahan ini sebagai panduan dan rujukan.
Semoga dapat membantu!

Keputusan svm
Keputusan svm

MQA mengguna pakai penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM yang dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) seperti berikut:

  • Kepujian Bahasa Melayu 1104;
  • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00;
  • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; dan
  • Kompeten semua modul vokasional.

Bagi SVM Kohort 2013-2016, penyetaraan SVM dengan 3 kredit SPM juga perlu mengambil kira lulus mata pelajaran Sejarah SPM.

Sehubungan itu, SVM bukanlah suatu kelayakan yang setara dengan Sijil (Tahap 3 MQF).

Maklumat Lanjut Keputusan SVM & PASM

Pentaksiran Alternatif dalam PASM boleh ditakrifkan sebagai mana-mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif selain pentaksiran tradisional yang mana menggunakan ujian pensil-kertas

APLIKASI PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH MENENGAH
https://mypasm.moe.gov.my/

Apakah Sijil Vokasional Malaysia?

Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ialah kelayakan vokasional yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional (KV) di Malaysia, meliputi pengajian selama dua tahun yang menekankan kemahiran praktikal untuk melahirkan tenaga kerja mahir. SVM setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) atau memasuki pasaran kerja. 

Di mana boleh ambil Sijil Vokasional Malaysia?

Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ditawarkan kepada pelajar yang telah tamat pengajian di Tingkatan Tiga. Pelajar yang berminat boleh memasuki Kolej Vokasional Malaysia untuk mendapatkan SVM.

Berapa lama pengajian SVM?

Tempoh pengajian di peringkat ini ialah selama dua tahun dan dilaksana berdasarkan sistem semester. Secara keseluruhan tempoh dua tahun pengajian merangkumi empat semester.

Bagaimana penilaian dilakukan untuk SVM?

Sistem penilaian pelajar adalah melalui pentaksiran berterusan (PB) yang diadakan sepanjang semester dan penilaian akhir (PA) pada setiap penghujung semester.

Apakah halatuju SVM?

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dapat meneruskan pengajian ke peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Macam mana buat semakan keputusan SVM?

Semua calon SVM yang terlibat boleh membuat semakan keputusan secara dalam talian di portal rasmi melalui pautan myresultsvm.moe.gov.my

Bilakah keputusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 2 Sesi 2/2025 (Kohort 2025) diumumkan?

Keputusan akan diumumkan pada 2 April 2026 (Khamis).

Pukul berapa calon boleh mendapatkan keputusan?

Calon boleh mula mendapatkan keputusan seawal pukul 10:00 pagi.

Bilakah tempoh semakan secara online dibuka?

Semakan dibuka mulai 2 April 2026 (10:00 pagi) hingga 8 April 2026 (6:00 petang).

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut