Kadang-kala, sebahagian daripada kita sering mengalami sakit maka atau Konjunktivitis yang boleh menyebabkan berlaku risiko yang lebih kronik sekiranya ia tidak dirawat.
Berikut adalah info lanjut mengenai maksud, tanda, dan langkah pencegahan penyakit ini.
Maksud Konjunktivitis
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata yang mana lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.
Ia boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.
Namun, ia juga boleh terjadi akibat masalah alahan, agen kimia dan penyakit tertentu juga boleh menjadi antara faktor-faktornya.

Tanda / Gejala Muncul
Tanda atau gejala yang bakal muncul daripada penyakit ini adalah seperti berikut:
- Mata merah
- Mata berair
- Pedih pada mata
- Tahi mata yang berlebihan
- Mata terasa gatal
- Mata sensitif terhadap cahaya
Jenis Konjunktivitis
Terdapat 3 jenis penyakit ini atau sakit mata merah iaitu:
| Jenis | Tanda/Gejala |
| Konjunktivitis Bakteria | – Discaj pekat (tahi mata berwarna putih atau kekuningan) – Kelopak mata melekat (terutama waktu bangun pagi) – Bermula pada satu mata & berjangkit ke sebelah mata yang lain -Berlarutan selama 1 minggu |
| Konjunktivitis Virus | – Discaj cair (air mata yang banyak) – Bermula pada satu mata & berjangkit ke sebelah mata yang lain -Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih |
| Konjunktivitis Alahan | – Gatal mata, adakala gatal hidung jika melibatkan resdung – Discaj yang berlendir -Mata sentiasa berair – Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama – Boleh berlanjutan buat masa yang lama |

Langkah Pencegahan
Langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan penyakit ini adalah seperti berikut:
- Jangan berkongsi barang peribadi.
- Kurangkan kontak dengan orang yang mengalami sakit atau merah mata sehingga mereka sembuh.
- Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyentuh mata.
Kaedah Rawatan
Untuk penyakit ini yang disebabkan jangkitan bakteria, ianya boleh dirawat dengan ubat titis mata antibiotik, ubat cair (ointment), atau pil untuk membersihkan jangkitan.
Bagi disebabkan virus, ia tidak mempunyai rawatan khusus dan pesakit perlu membiarkan virus itu hilang sendiri. Ia biasanya berlaku untuk tempoh 4-7 hari.
Bagi disebabkan alahan boleh baik sendiri sebaik sahaja sumber alergen dikeluarkan dan alahan itu dirawat. Antihistamin boleh membantu melegakan masalah ini.
Jika disebabkan kimia, mata perlu dibasuh dengan segera selama lima minit dan harus mendapatkan rawatan segera.
Soalan Lazim
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata yang mana lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.
– Mata merah
– Mata berair
– Pedih pada mata
– Tahi mata yang berlebihan
– Mata terasa gatal
– Mata sensitif terhadap cahaya
Terdapat 3 jenis iaitu:
– Konjunktivitis Bakteria
– Konjunktivitis Virus
– Konjunktivitis Alahan
– Jangan berkongsi barang peribadi.
– Kurangkan kontak dengan orang yang mengalami sakit atau merah mata sehingga mereka sembuh.
– Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyentuh mata.
Ia boleh dirawat dengan ubat titis mata antibiotik, ubat cair (ointment), atau pil untuk membersihkan jangkitan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai penyakit ini, layari laman web KKM iaitu https://www.moh.gov.my/.
Baca juga: Bolehkah Ambil Darah Di Farmasi? Ini Penjelasan Rasmi KKM Yang Ramai Masih Keliru




