Jenama Barang Buatan Malaysia (Alternatif Produk Pro-Israel)

Dengan gelombang ‘Free Palestine’ yang kini bergema di seantero dunia, ramai yang ingin mencari alternatif jenama produk barang buatan Malaysia untuk mengelakkan wang tersebut daripada disalurkan kepada Israel.

Walaupun kita kebiasaannya memandang tinggi dan kadangkala mengagungkan jenama luar negara, sebenarnya banyak jenama barang buatan Malaysia yang terkenal di pasaran.

Dan jangan terkejut, ada jenama yang seringkali dianggap jenama antarabangsa namun sebenarnya adalah barangan buatan Malaysia yang sudah lama menguasai pasaran tempatan!

Daripada jenama kopi, makanan, fesyen pakaian, kasut dan banyak lagi, kita sebenarnya mempunyai jenama-jenama yang boleh dibanggakan dan sebenarnya boleh menyaingi jenama-jenama antarabangsa!

Contoh Jenama Terkenal Milik Anak Tempatan

Ramai yang kenal produk berkaitan dengan Israel, jadi jom kita ketahui pula beberapa alternatif jenama tempatan yang tak kurang hebatnya.

1. Good Virtues Co

Untuk pengetahuan semua, Good Virtues Co adalah jenama penjagaan diri buatan Malaysia yang boleh didapati secara meluas di kedai runcit termasuklah Watson’s dan Guardian Malaysia.

Produk ini merangkumi syampu, sabun, deodoran, pencuci feminin, minyak wangi, mask, pelembap, dan banyak lagi. Bukan itu saja, produk ini juga mempunyai pengiktirafan HALAL!

Jadi, anda tak perlu was-was lagi untuk bertukar ke produk tempatan ini kerana ia berkualiti dan baunya pula memang wangi.

barang buatan malaysia israel
Sumber : Good Virtues Co.

2. Vico

Vico adalah produk halal buatan Malaysia! 
Proudly made in Malaysia tau.

Semua orang tau kan yang Vico ni kaya dengan nutrien berkhasiat untuk minda cerdas korang. Penuh rasa minuman coklat malt yang sangat sedap pulak tu… Jom kita sokong produk tempatan dengan bertukar ke jenama ini.

barang buatan malaysia israel

3. Vochelle

Bagi yang nak beralih dari barang makanan jenama produk pro Israel yang terkenal, anda boleh cuba coklat Vochelle.

Tau tak, coklat Vochelle ni memang buatan Malaysia pun!

barang buatan malaysia israel
Sumber : Vochelle Chocolate

4. Pro Dental B

Pilih ProDental B, Jom Sapot Produk Lokal.

ProDental B ni lokal hero untuk penjagaan gigi anda setiap hari dan ia adalah produk buatan Malaysia.

Jom SAPOT LOKAL dan beli ProDental B!

barang buatan malaysia israel
Sumber: Facebook Pro Dental B  

5. San Francisco Coffee (Kopi)

Walaupun terdapat perkataan “San Francisco” pada jenama ini, jenama kopi ini sememanya berasal dari Malaysia.

Penggunaan nama tempat San Francisco adalah kerana pemiliknya dahulu pernah tinggal di sana dan menggunakan nama tempat tersebut apabila ingin membuka kedai kopi di Malaysia.

Sehingga kini, San Francisco Coffee mempunyai lebih 33 cawangan di Malaysia.

6. Ogawa (Kerusi Urut)

Siapa yang tidakkenal dengan jenama kerusi urut Ogawa? Ogawa dalam bahasa Jepun bermaksud sungai.

Jenama yang sudahh wujud sejak tahun 1996 ini diasaskan oleh Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian (rakyat Malaysia).

7. Beryl’s (Coklat)

Sekiranya ada yang bertanya tidakkah terdapat jenama coklat tempatan yang mampu menyayingi jenama coklat antarabangsa, jawapannya adalah Beryl’s. Beryl’s Chocolate telah ditubuhkan pada tahun 1995 dengan menggunakan koko dari Ghana.

Pengasasnya merupakan seorang penduduk peribumi dari Sarawak dan ia mempunyai lebih 70 jenis coklat. Kilangnya terletak di Seri Kembangan.

barang buatan malaysia israel

8. Gardenia & Numee

Walaupun identiti pembungkusannya pada peringkat awal dahulu seperti produk dari Amerika Syarikat, roti Gardenia sebenarnya adalah syarikat yang berasal dari Malaysia dan mula beroperasi sekitara tahun 1986.

Perniagaannya bermula abila seorang rakyat Amerika bernama Horatio Sye Slocumm telah dihantar oleh Koperasi Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (IESC) ke Malaysia Timur bagi memulakan perniagaan bakeri.

Kini Gardenia bukan saja mempunyai produk roti, tetapi juga Numee yang menawarkan produk mee kuning dan mee segera!

9. Mamee

Syarikat Mamee ditubuhkan pada 1971 oleh Datuk Pang Chin Hin dan rakan-rakannya yang membuka kilang kecil di Melaka.

Bermula dengan menghasilkan mee segera, kini Mamee telah mempelbagaikan produk dengan pelbagai snek seperti Mister Potato, Corntoz, Double Decker, Mamee Chef, Mamee Express, Mamee Monster dan Hausboom.

Mister Potato boleh dikatakan merupakan kepada pesaing Pringles dan jangan terkejut kerana jenama ini sebenarnya berasal dari Malaysia dan merupakan sebuah lagi produk dari Mamee yang sangat berjaya.

Mister Potato boleh didapati di lebih daripada 80 buah negara termasuklah Australia, Singapura, Rusia, Belanda, Maldives dan Timur Tengah.

10. Fipper

Siapa yang tidak pernah lihat selipar jenama Fipper?

Dengan rekaan yang simple dan bersahaja, selipar ini sememangnya digemari ramai dan jangan terkejut kerana Fipper adalah produk tempatan.

11. PADINI

PADINI HOLDINGS menjual kedua-dua barangan untuk wanita dan lelaki seperti kasut dan aksesori, pakaian, pakaian kanak-kanak dan aksesori melalui pelbagai anak syarikat.

Syarikat ini memasarkan 34 jenama yang memang kita biasa lihat (P&Co, Padini, Padini Authentics, PDI, Seed, Vincci, Brands Outlet)

Menurut sumber, sehingga 30 Jun 2015 mereka mempunyai 253 outlet seluruh negara!

Jenama ini juga telah membawa buatan Malaysia ke luar negara seperti di Bahrain, Brunei, Kemboja, Mesir, Indonesia, Kuwait, Maghribi, Myanmar, Oman, Pakistan, Filipina, Qatar, Arab Saudi, Syria, Thailand dan Emeriah Arab Bersatu.

12. The Manhattan Fish Market

Melihatkan pada namanya, mungkin ada yang menyangka bahawa The Manhattan Fish Market merupakan jenama dari Manhattan yang membuka cawangan di Malaysia.

Restoran ini diasaskan oleh George Ang dan Dr Jeffrey Goh dan diinspirasikan dari sebuah restoran Fulton Fish Market berusia 180 tahun di Brooklyn.

13.  BONIA

Bagi peminat barang mewah seperti beg tangan, kasut kulit dan sebagainya, anda mungkin menyangka jenama Bonia ini berasal dari Itali namun realitinya ia merupakan jenama dari Malaysia.

Bonia Corporation Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1974 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan S.S. Chiang.

14. Lewre

Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia sendiri tidak pernah dengar mengenai jenama Lewre kerana produk ini mungkin tidak mampu dimiliki oleh orang kebanyakan. Jenama ini dilancarkan oleh Datuk Lewre Lew pada tahun 1997, dan telah menjadi jenama pilihan selebriti dan kerabat diraja.

Lewre dipasarkan ke lebih 20 negara termasuk Australia, Taiwan, Thailand, Filipina, India, Singapura, Brunei, Cyprus, Indonesia, Lubnan, New Zealand, Sepanyol, United Kingdom dan rantau Teluk (Arab Saudi, UAE, Qatar, Oman, Bahrain).

Baca lagi: Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Sokong Israel

barang jenama buatan malaysia

Dapat voucher khas Kempen Beli Barang Malaysia Shopee!

Senarai Barang Harian & Jenama Buatan Malaysia

Selain jenama-jenama terkenal di atas, sebenarnya terdapat puluhan lagi jenama Barang Buatan Malaysia yang digunakan secara meluas di Malaysia – jadi anda ada banyak pilihan selain daripada memilih produk jenama pro Israel.

KategoriJenama
F&BZus Coffee, He & She Coffee, Kopi Saigon, Tealive, Bask Bear Coffee, Cool Blog, Richiamo Coffee
Aiskrim Lazat, Yum Yum, Veri, Donna, Harimeow, Inside Scoop, Mokti’s, F&N, Bubblebee, Kelava, Mizicor
CoklatVochelle, Fidani, Tango, Beryl’s, Harriston
Makanan HaiwanTom Kraf, Power Cat, Qucing, Kissa, Sayangku, Cahaya Hati, Mimicoco, Greens, Misha, Yummy, Meow Land, Pet Land
Ubat GigiMu’min, Halagel, Aafiyat Store, Tunnergy, Oradex
Penjagaan DiriGood Virtues Co, Antabax, BAD LAB, Fruiser, Natuwrel, Aiken, Nutox, Kayman, Nano White, Nourish Organiq, Zar Zou, Cosmoderm, Jelita.KL, Wardah
KosmetikNITA, Elianto, Zahara, Breena Beauty, Velvet Vanity Cosmetics, SimplySiti, Nurraysa, Pixy, Silkygirl, Orkid Cosmetics
Minuman
100plus, F&N, Cheers, Drinho, Delite, Cactus, Bley, Eau Claire, Spritzer
Susu / Minuman Malt CoklatMarigold, Oligo, MyVic, Keluarga, Aik Cheong, Sawanah Koko, MyCoklat, E-Man Coco, Oki, Aik Cheong Chocolate, MyRasa (Mydin)
KopiNiceKopi (Mydin), Kopi Adabi, Kopi Kapal Api, Aik Cheong, Kopi 434, Kopi Che Nah, Agromas, Ali Cafe / Power Root, Old Town White Coffee
TehBoh, 888, Cameron Valley, Sabah Tea, Agromas
Biskut / SnekMunchy’s, Julie’s, Hup Seng, Flamitoz, Snek Ku, Mamee Monster, Mr Potato, Oriental Food (Super Ring, Jacker, Zess, Rota, Jacker)
SabunKuat Harimau, Do Zee, TLC, Inas, Jasmin 7, Good Maid, Toyyib, Dolive
Kiub Ayam / Pati Bilis / Perasa Rempah RatusMamee Chef Stok Ayam, Mak Siti, Adabi, Faiza, Hilal, Bestari
Pad WanitaIntimate, Flowra
Jenama Bayi / Lampin Pakai Buang Bebimora, Anakku, Fitti, Kikilala, Diapex, Poney, Fiffy, Mikubi

Nak senang cari barang lokal / produk tempatan secara online? Follow je kedai-kedai Halal Mart ini di Shopee, macam-macam pilihan ada!

Sumber : Facebook

> Dapatkan lampin pakai buang Petpet pada harga istimewa – lebih 14 ribu terjual!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!