Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

CashLoan TNG eWallet ialah ciri pinjaman peribadi secara digital yang disediakan di bawah menu GOfinance di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Melalui CashLoan, anda boleh memohon pembiayaan wang tunai terus daripada bank rakan kongsi rasmi TNG tanpa perlu pergi ke cawangan bank.

Tak perlu susah hati lagi kalau tiba-tiba tengah bulan, kereta meragam, kucing sakit, atau ada kecemasan luar jangkaan yang memerlukan duit tunai segera. Nak pinjam kawan-kawan pula rasa segan. Nak pergi bank, leceh betul dengan borang fizikal yang berjela dan kena tunggu berminggu-minggu.

Inilah penyelesaiannya. Anda boleh cuba mohon Cashloan TNG eWallet ini. Hanya guna telefon di tangan, anda boleh mohon pinjaman peribadi digital terus dari aplikasi Touch ‘n Go eWallet anda.

Jom kita semak apa sebenarnya CashLoan ini, syarat kelayakan yang anda perlu tahu, dan cara mohon supaya cepat lulus.

Apa itu Cashloan TNG eWallet?

Bagi yang belum tahu, CashLoan TNG eWallet ialah ciri pinjaman peribadi digital yang ada di bawah menu GOfinance dalam aplikasi TNG eWallet anda.

TNG Digital sendiri bukanlah sebuah bank, jadi mereka tidak meminjamkan wang secara langsung. Sebaliknya, TNG bekerjasama dengan bank-bank berlesen dan sah di Malaysia untuk menawarkan pembiayaan yang selamat, patuh syariah, atau konvensional.

Antara rakan perbankan rasmi mereka termasuklah:

  • GXBank (FlexiCredit)
  • CIMB Bank (e-Zi Tunai)
  • Alliance Bank (CashFirst)
  • Bank Rakyat
Cashloan TNG eWallet
Sumber: TNG eWallet
Mengapa perlu meminjam melalui Pinjaman Tunai (Cashloan)?
  • Pilihan pembiayaan fleksibel: Pinjam dari RM100 hingga RM150,000 dengan tempoh pembayaran balik dari 1 minggu hingga 7 tahun.
  • 100% digital: Lengkapkan permohonan anda secara digital tanpa perlu melawat cawangan atau membuat dokumen.
  • Kelulusan dan pembayaran yang cepat: Dapatkan kelulusan bersyarat dengan cepat dan dana akan disalurkan ke akaun pilihan anda setelah mendapat kelulusan.

Layak Ke Anda Memohon? Ini Syarat-Syaratnya

Sebelum anda tekan butang mohon, pastikan anda lepas syarat asas ini terlebih dahulu:

  • Warganegara: Malaysia sahaja.
  • Umur: Berumur 18 hingga 64 tahun.
  • Pendapatan: Gaji atau pendapatan kasar bulanan bermula RM1,400 dan ke atas (bergantung kepada kriteria bank pilihan, rujuk jadual di bawah).
  • Status TNG eWallet: Akaun anda mestilah sudah disahkan melalui eKYC (Verify Account) dengan memuat naik gambar kad pengenalan (IC).
BankPendapatan bulanan minimum (RM)
Alliance Bank Malaysia Berhad3,000
Bank Rakyat2,000
CIMB Bank Berhad1,400
GXBank1,500

Jika anda pengguna eWallet TNG yang disahkan yang memenuhi kriteria kami tetapi masih tidak layak, ini mungkin disebabkan oleh keperluan tambahan daripada bank rakan kongsi.

Cara Mohon CashLoan TNG eWallet

Dah sedia? Ikuti langkah mudah ini untuk buat permohonan:

  1. Buka aplikasi TNG eWallet anda.
  2. Taip dan cari “Loan” di bar carian.
  3. Pilih CashLoan. Klik pada menu CashLoan.
  4. Masukkan jumlah yang anda mahu pinjam, tempoh bayaran, dan pendapatan bulanan anda, kemudian klik ‘Calculate’.
  5. Sistem akan senaraikan bank yang sedia beri pinjaman kepada anda beserta anggaran kadar faedah. Pilih yang paling menguntungkan anda.
  6. Isi maklumat peribadi dan muat naik dokumen digital seperti slip gaji atau penyata KWSP.
  7. Selesai! Tunggu notifikasi kelulusan dan wang akan dimasukkan terus ke akaun anda.
CashLoan TNG eWallet
Sumber: TNG Digital
CashLoan TNG eWallet
Sumber: TNG Digital

Masih keliru? Rujuk video panduan permohonan di bawah:

Berapa Jumlah Loan Boleh Lulus?

Jumlah loan atau pinjaman yang boleh diluluskan adalah bergantung pada bank. Bank yang terlibat ialah Alliance Bank Malaysia Berhad, Bank Rakyat, CIMB dan GXBank (lebih banyak rakan kongsi akan datang).

Berikut ialah tawaran dan ciri pinjaman/pembiayaan mereka:

CiriAlliance CashFirstBank RakyatCIMB e-Zi TunaiGXBank FlexiCredit
Amaun pinjaman/pembiayaanRM5,000 – RM150,000*RM2,000 – RM50,000*RM100 – RM100,000*RM1,000 – RM150,000*
Tempoh / Tempoh pembiayaan1-7 tahun2 – 7 tahun1 minggu – 7 tahun6 bulan – 5 tahun
Kadar faedah/keuntungan (FIR) % setahun4.99% – 16.68%*8.09% – 8.76%*6.88% – 24%*3.78% – 21.11%*
Keperluan pendapatanRM3,000RM2,000RM1,400RM1,500
Pengeluaran (disbursement)Akaun bank pihak pertama yang tersenaraiAkaun bank pihak pertama Bank Rakyat sahajaTNG eWallet atau akaun bank pihak pertama yang tersenaraiAkaun bank pihak pertama yang disenaraikan
Loan / Financing TypeTerm LoanTerm FinancingTerm LoanKredit Berputar**

*Tertakluk kepada kriteria kelulusan Alliance, Bank Rakyat, CIMB dan GXBank

** Kredit Berputar ialah kemudahan kredit di mana pengguna akan diberikan had kredit yang boleh mereka gunakan untuk pengeluaran, selagi ia berada dalam had kredit yang ditetapkan

Patuh Syariah ke Cashloan TNG eWallet Ni?

Di dalam menu CashLoan TNG eWallet, terdapat gabungan produk pembiayaan yang bersifat Patuh Syariah dan juga Konvensional (tidak patuh syariah).

Pilihan Patuh Syariah:

Jika anda mahukan pembiayaan yang berlandaskan Islam, pastikan anda memilih produk ini semasa membuat permohonan:

  • Bank Rakyat Personal Financing-i (InstaCash): Ini adalah satu-satunya produk pembiayaan peribadi tunai di dalam menu CashLoan yang disahkan 100% Patuh Syariah.

Pilihan Konvensional (Tidak Patuh Syariah):

Tiga pilihan bank lain di bawah adalah produk konvensional yang berasaskan faedah (riba):

  • GXBank FlexiCredit
  • CIMB Bank (e-Zi Tunai)
  • Alliance Bank (CashFirst

Cashloan TNG vs Permohonan Pinjaman Tradisional

Apa bezanya cashloan TNG dengan pinjaman (loan) yang kita biasanya buat dekat bank? Rujuk di bawah:

 Pinjaman TunaiPembiayaan tradisional
Proses permohonanDigital sepenuhnyaLawatan bank diperlukan
KelayakanTiada CCRIS diperlukan dan pendapatan bulanan bermula dari RM1,400Memerlukan CCRIS dengan pendapatan bulanan melebihi RM2,000
YuranTiada yuran penyelesaian awal dan yuran pemprosesanDuti setem: 0.5%, yuran penyelesaian awal: 2%
Tempoh pinjamanDari 1 minggu dan sehingga 7 tahunMinimum 1 tahun
Kelajuan pembayaranDalam masa 1 jam selepas penerimaan pinjamanDalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja dari tarikh penyerahan pinjaman

Cara Bayar Semula Pinjaman

Bila dah pinjam, kenalah bayar. Cara bayar balik pun sangat senang dan tidak memeningkan kepala.

Anda boleh membuat bayaran secara manual pada bila-bila masa menggunakan baki wang yang ada di dalam Touch ‘n Go eWallet anda:

  1. Buka aplikasi TNG eWallet.
  2. Ketik pada ikon GOfinance di bar menu bahagian bawah.
  3. Skrol dan pilih CashLoan.
  4. Di halaman utama CashLoan, anda akan nampak baki pinjaman dan jumlah ansuran bulanan semasa.
  5. Ketik butang “Pay Now” (Bayar Sekarang).
  6. Masukkan jumlah bayaran, sahkan transaksi menggunakan PIN eWallet anda, dan selesai!

Kelebihan Cashloan TNG eWallet

Berikut adalah beberapa kelebihan utama memohon CashLoan melalui Touch ‘n Go eWallet berbanding pinjaman peribadi tradisional di kaunter bank:

1. Proses 100% Digital & Sangat Pantas

Anda tidak perlu mencetak penyata bank yang tebal atau mengisi borang fizikal yang berjela. Semakan kelayakan dilakukan secara digital. Kelulusan bersyarat boleh diperoleh dalam masa beberapa minit/jam sahaja.

2. Wang Masuk Dalam 24 Jam

Selepas permohonan anda diluluskan secara rasmi oleh bank pilihan, dana akan dikreditkan terus ke akaun bank anda atau baki TNG eWallet dalam tempoh 24 jam. Sangat sesuai untuk situasi kecemasan yang memerlukan tunai segera.

3. Pilihan Amaun yang Sangat Fleksibel

Kebanyakan bank konvensional menetapkan had pinjaman minimum yang tinggi (contohnya RM2,000 ke atas).

Melalui CashLoan, anda boleh membuat mikro-pinjaman bermula dari serendah RM100 sehinggalah RM150,000 mengikut keperluan semasa anda.

4. Boleh Bandingkan Tawaran Bank Secara ‘Real-Time’

Anda tidak perlu turun naik ke beberapa buah bank untuk membandingkan kadar faedah.

Di dalam aplikasi TNG eWallet, sistem akan menyenaraikan terus tawaran daripada pelbagai bank rakan kongsi (seperti GXBank, CIMB, Alliance Bank, dan Bank Rakyat) supaya anda boleh memilih pelan yang menawarkan kadar keuntungan atau faedah paling rendah.

5. Boleh Mohon Beberapa Pinjaman

Anda boleh memohon beberapa pinjaman/pembiayaan melalui CashLoan, tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan oleh bank rakan kongsi. Fleksibiliti ini membolehkan anda mendapatkan dana tambahan apabila diperlukan.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Cashloan TNG eWallet

Dapatkan info lanjut dan maklumat terkini Cashloan TNG eWallet melalui:

  1. Laman sesawang TNG Digital
  2. Facebook Touch ‘n Go eWallet
  3. Soalan Lazim Cashloan TNG eWallet
Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan?

Kadar faedah tidak tetap dan berbeza mengikut profil kredit pemohon serta pihak bank yang menawarkan pinjaman.

Adakah permohonan CashLoan ini akan menjejaskan skor kredit saya?

Tidak sekiranya anda membuat bayaran mengikut terma & syarat yang ditetapkan.

Kenapa butang ‘Calculate’ saya tidak boleh ditekan?

Jika anda tidak boleh menekan butang pengiraan, berkemungkinan besar anda telah mencapai had maksimum harian untuk simulasi pengiraan pembiayaan. Sila tunggu dan cuba semula pada keesokan harinya.

Bolehkah saya memilih bank pilihan saya sendiri?

Secara amnya, sistem kecerdasan buatan TNG eWallet akan memaparkan satu tawaran pakej terbaik yang paling sepadan dengan jumlah pinjaman, tempoh bayaran balik, serta kriteria kelayakan profil anda daripada bank rakan kongsi.

Siapa yang layak memohon CashLoan?

Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 64 tahun dengan pendapatan bulanan minimum RM1,400. Akaun TNG eWallet anda juga mestilah sudah disahkan melalui proses eKYC (Verify Account).

Bagaimanakah cara untuk membayar ansuran bulanan?

Anda hanya perlu masuk ke menu CashLoan dalam aplikasi TNG eWallet dan klik butang “Pay Now”.

Penulis