Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank, dll)

Kerana pulangan pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang adakalanya rendah, ada segelintir pelabur yang membuat pelaburan melalui kaedah pinjaman bertindak untuk terminate ASB loan mereka.

Bagi mereka, kadar keuntungan atau dividen yang diperolehi daripada melabur di ASB dan kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank untuk pinjaman yang dilakukan semakin tidak berbaloi.

Pelaburan sebegini sememangnya berisiko kerana anda perlu membuat pinjaman terlebih dahulu untuk membuat pelaburan dalam ASB dimana kadar keuntungan yang diperoleh berubah-ubah dan tidak terjamin – boleh terjadi kadar keuntungan dan kadar faedah pinjaman adalah sama sahaja.

Di Malaysia, sesetengah banyak sememangnya menamarkan bentuk pinjaman sebegini bagi membolehkan pelanggan mereka melabur ASB.

Sekiranya anda merasakan bentuk pelaburan sebegini tidak lagi menepati rancangan pelaburan anda, anda boleh sahaja terminate ASB loan dengan banyak yang dibuat pinjaman.

Sumber: Majalah Labur

Cara Terminate Loan ASB

i) CIMB

Untuk hal terminate ASB loan sebegini, anda perlu ke kaunter CIMB berdekatan tempat tinggal anda kerana ianya tidak boleh dilakukan melalui aplikasi CIMB atau secara dalam talian.

Pergi ke kaunter khidmat pelanggan dan nyatakan tujuan kedatangan anda adalah untuk membatalkan pinjaman ASB anda.

Anda akan diberikan nombor giliran dan hadirkan diri ke kaunter apabila dipanggil. Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk pengesahan.

Kebiasaannya pegawai bank yang bertugas akan bertanyakan sebab anda ingin menamatkan pinjaman ini, anda akan diminta untuk mengisi borang pembatalan pinjaman ASB yang diberikan.

Proses biasanya akan mengambil masa 2 minggu dimana anda akan dihubungi pegawai bank dan pengesahana bayaran baki bon pinjaman anda.

Maklumat lanjut: https://www.cimb.com.my/content/dam/cimb/personal/documents/important-notices/overdraft/ASB%20Financing%20Terms%20Conditions%20(BM).pdf

https://www.cimb.com.my/bm/personal/day-to-day-banking/financing/personal-financing/term-financing-i-secured-by-asb-certificate.html

terminate ASB loan

ii) Maybank

Untuk hal terminate ASB loan dengan Maybank, prosesnya juga hampir sama di mana anda perlu hadirkan diri ke kaunter cawangan Maybank berdekatan dengan anda.

Datang ke kaunter apabila dipanggil dan anda akan diminta mengisi borang pembatalan loan ASB.

Prosesnya akan mengambil masa beberapa bulan tetapi anda disarankan untuk setiap menghubungi pihak bank daripada semasa ke semasa untuk pastikan tiada sebarang masalah untuk permohonan anda.

Maklumat lanjut: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/loans/investment/asb-financing-i_bm.page?

iii) RHB

Untuk hal terminate ASB loan dengan RHB Bank, prosesnya juga hampir sama di mana anda perlu hadirkan diri ke kaunter cawangan RHB Bank berdekatan dengan anda.

Jumpa pegawai bank dan mereka akan memberikan anda satu borang yang menyatakan niat anda untuk membatalkan loan AS anda.

Anda akan diberikan nombor pihak Khidmat Pelanggan untuk dihubungi dan melakukan semakan sama ada pinjaman anda sesuai untuk dibatalkan atau tidak.

Sekiranya pinjaman belum memasukki tempoh 36 bulan, anda akan dikenakan denda oleh pihak bank dan oleh itu tidak digalakkan untuk membatalkan loan ASB anda.

Hantar borang yang diberikan kepada anda sekiranya anda telah mengambil keputusan untuk meneruskan proses pembatalan loan anda.

Proses pembatalan ini biasanya mengambil masa 2 bulan dan anda boleh hubungi pihak bank daripada semasa ke semasa untuk memastikan tiada sebarang masalah dalam permohonan pembatalan loan anda.

Maklumat lanjut: https://www.rhbgroup.com/~/media/files/malaysia/product-and-services/personal/loans/asb-financing/asnb-terms–conditions.ashx

https://www.rhbgroup.com/personal/loans/asnb-financing/index.html

iv) Terminate loan ASB dengan bank-bank lain

Secara umumnya, proses membatalkan loan anda dengan mana-mana bank lebih kurang sama iaitu anda perlu melakukannya di kaunter kerana proses sebegini tidak boleh dilakukan secara dalam talian.

Untuk pengesahan, anda akan diberikan borang untuk diisi sebagai tanda persetujuan membatalkan ASB loan.

Walau bagaimanapun, tempoh proses pembatalan mungkin berbeza bagi setiap bank dan untuk maklumat lanjut, boleh bertanyakan lebih terperinci dengan pegawai bank yang anda temui di kaunter bank.

Tempoh Pembatalan

Setiap bank mempunyai tempoh tertentu untuk peminjam membatalkan ASB loan ini.

Contohnya bagi Bank RHB, notis jualan atas permintaan peminjam selama (1) satu bulan hendaklah dikemukakan kepada cawangan – cawangan yang berkenaan.

Manakala bagi akaun tertunggak selama (2) dua bulan atau lebih, pihak Bank berhak menjual sijil ASB/ASB 2 peminjam tanpa sebarang notis.

Manakala caj pembayaran lewat sebanyak 1% setahun ke atas amaun tertunggak yang dikira secara harian akan dikenakan jika peminjam gagal untuk membayar ansuran bulanan pada 5hb setiap bulan.

Jadi untuk memastikan tempoh pembatalan ini, sila hubungi bank anda masing-masing.

Caj / Penalti Jika Terminate ASB Loan

Soalan : Betul ke ASB Financing ni ada tempoh matang 3 atau 5 tahun ? Maksudnya dalam tempoh tu saya tidak boleh terminate, jika tidak akan dikenakan penalti. Betul ke ?

Jawapan

Dahulu memang ada klausa Lock In Period 2-3 tahun untuk ASB Loan/Financing. Namun bukan lagi sekarang. Sekarang hampir kesemua asbf dari pelbagai bank tiada lagi Lock In Period. Maksudnya boleh terminate anytime walaupun asbf tersebut baru setahun sahaja.

Namun masih lagi ada MITOS yang mengatakan tidak boleh boleh terminate within 3 years.

Sebenarnya mereka tersalah faham. Mereka tertukar dengan *SHORTFALL*.

Apakah shortfall ?

Shortfall ialah baki loan asb (asbf) lebih tinggi dari Nilai Sijil ASB. Bila baki loan lebih tinggi, semestinya memerlukan wang lebihan untuk settle kan loan tersebut.

Formula,

Nilai Sijil ASB – Baki Loan

Jika hasilnya ialah *Negatif* , maksudnya ada shortfall lah tu.

Jika anda tidak settlekan baki loan tertunggak (shortfall) tu, nama anda mungkin dalam pemerhatian bank (SAA) dan akan menyusahkan anda untuk apply loan lain di kemudian hari.

Kenapa baki loan boleh lebih tinggi sedangkan saya sudah bayar asbf 1-2 tahun dah ?

*The only and one reason is Ambil Takaful dalam ASB Financing.*

Jika ambil takaful, bermaksud anda meminjam 208k ASBF. 200k untuk Sijil ASB, dan 8K untuk takaful. 8K tersebut bank telah keluarkan duit untuk membayar kepada pihak syarikat takaful.

Jadi baki loan anda akan berkurang dari 208k kepada Zero. Bukan dari 200k kepada Zero.

Anda memerlukan tempoh 2-3 tahun untuk menjadikan 208k kepada bawah 200k. Sebab tu lah jika anda terminate dalam tempoh setahun je, anda kena shortfall !

Sebab baki loan lebih tinggi dari nilai sijil.

Sumber: Hafiz Kadir

Risiko Terminate ASBF Awal

Yang ni biasanya berlaku kalau ambil takaful tempoh panjang dan terminate terlalu awal. Contohnya bila buat ASBF RM100,000 + takaful 30 tahun. Total loan jadi lebih kurang RM103,000. Lebihan RM3,000 tu sebenarnya untuk bayaran takaful. Ramai yang tak sedar pun ASBF mereka ada takaful. So boleh cek balik offer letter. Kalau ada lebihan tu maknanya ada lah takaful.

So baki loan akan berkurang dari RM103,000 sedikit demi sedikit apabila bayaran bulanan dibuat. Biasanya ambil masa sekitar 2-3 tahun untuk baki loan kurang daripada RM100,000. Kalau terminate awal, contohnya ketika baki loan lebih kurang RM102,000 akan ada shortfall. Maksudnya nilai sijil tak dapat nak cover baki hutang sebab nilai sijil hanya RM100,000. Jadi berlaku shortfall RM2,000.

Itu yang biasanya orang guna bahasa mudah sebagai denda atau penalti. Sebenarnya itu bukan penalti. Itu adalah baki hutang kita. Islamic Financing tak ada denda kalau terminate awal. Kalau rajin bacalah syarat-syarat dalam borang permohonan. Benda ni kadang-kadang ada juga banker yang tak faham dan salah cerita kepada pelanggan.

So macam mana nak elak shortfall? Kita sebenarnya boleh ambil takaful minimum 5 tahun. Untuk sijil RM100,000 nilai bayaran takaful untuk 5 tahun hanya lebih kurang RM620 sahaja. Jadi total loan sekitar RM100,620. Dalam masa 6 bulan baki loan akan kurang daripada RM100,000. So takda masalah kalau nak terminate awal.

Katakan paling teruk lepas 2 bulan terpaksa terminate, baki loan masa tu lebih kurang RM100,330. Jadi lebih kurang RM330 je shortfall. So bukan masalah yang besar. Sebab tu saya tak pernah suggest pelanggan saya untuk ambil takaful sampai tempoh yang panjang. Memang kadang-kadang kita plan nak simpan lama, tapi ada masanya kita perlu terminate awal untuk memenuhi keperluan lain.

Sumber: Azizul Al-Habsyie

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!