Temujanji Klinik Gigi Kerajaan di MySejahtera

klinik gigi mysejahtera
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Temujanji klinik gigi boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera untuk memudahkan rakyat membuat tempahan tanpa perlu hadir atau menghubungi klinik secara manual. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai aplikasi MySejahtera, sila layari portal rasmi mysejahtera.moh.gov.my

Sistem ini mengurangkan masa menunggu, memudahkan pengurusan rekod pesakit dan menjadikan lawatan ke klinik lebih teratur.

Selain itu, sebarang perubahan atau pembatalan temujanji juga boleh dilakukan terus melalui aplikasi, menjadikannya lebih fleksibel dan praktikal untuk semua pengguna.

MySejahtera sentiasa ditambah baik fungsinya walaupun tidak lagi digunakan untuk mendaftar masuk atau check-in ketika fasa-fasa COVID-19 yang lalu.

Rujuk cara buat temujanji klinik gigi kerajaan melalui aplikasi MySejahtera di bawah.

Pengenalan – Aplikasi MySejahtera

Aplikasi MySejahtera ialah aplikasi mudah alih rasmi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk membantu rakyat mengurus dan memantau kesihatan secara digital.

Aplikasi ini mula diperkenalkan semasa pandemik COVID-19 sebagai alat pemantauan risiko dan pelaporan kesihatan kendiri, sekali gus membolehkan kawalan penyebaran virus melalui fungsi pengesanan kontak dan sistem janji temu vaksinasi digital.​

Kini, MySejahtera telah berkembang sebagai platform kesihatan digital komprehensif yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk:

  • Tempahan janji temu di klinik kesihatan dan klinik gigi kerajaan
  • Simpanan sejarah vaksinasi dan sijil digital
  • Paparan maklumat kesihatan dan notifikasi penting daripada KKM
  • Akses kepada rekod perubatan serta kemudahan carian fasiliti kesihatan berdekatan​
Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Di MySejahtera 2025
Aplikasi MySejahtera

Kelebihan Sistem Temujanji KKM Melalui Aplikasi MySejahtera

Sistem temujanji KKM melalui aplikasi MySejahtera menawarkan pelbagai kelebihan yang memudahkan urusan rawatan di klinik kerajaan dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kesihatan awam.

Tujuan memperkenalkan sistem ini antaranya termasuklah:

  1. Mengurangkan tempoh menunggu masa pelanggan di kaunter pendaftaran
  2. Mengurangkan bilangan pelanggan yang berkunjung ke klinik pada hari dan waktu yang sama
  3. Memberi kemudahan kepada pelanggan membuat janji temu secara atas talian
  4. Memberi kemudahan kepada pentadbir klinik untuk membuat temujanji bagi pihak pelanggan
  5. engguna boleh mengubah tarikh atau batalkan janji temu terus dalam aplikasi tanpa perlu buat panggilan atau datang ke klinik
  6. Pentadbir klinik boleh atur slot pelanggan dengan lebih tersusun dan bantu pelanggan yang kurang mahir teknologi
MySejahtera
MySejahtera

Kemudahan sistem tempahan untuk temujanji ini selari dengan usaha ke arah pendigitalan sistem kesihatan agar sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021 – 2025 KKM di bawah Teras Strategik 2 iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.  

INFO TAMBAHAN: Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji di Klinik Kesihatan melalui aplikasi MySejahtera

Untuk pengetahuan bakal haji 2026, mulai 26 Oktober 2025 ini, anda juga boleh menempah slot Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji di Klinik Kesihatan melalui aplikasi MySejahtera.

  • 26 Oktober 2025 (Ahad) – bagi negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan.
  • 27 Oktober 2025 (Isnin) – bagi negeri selain di atas.

BACA JUGA: Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM Di MySejahtera

Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Di MySejahtera 2025

Sistem janji temu secara dalam talian melalui aplikasi MySejahtera diperluas kepada perkhidmatan kesihatan pergigian.

Peluasan ini akan mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan pergigian dan kemudahan akses ke klinik pergigian, selain daripada kaedah ‘walk-in’.

 Temujanji Klinik Gigi Kerajaan
Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Di MySejahtera 2025

Bagi yang sesiapa yang nak buat temujanji di klinik pergigian kerajaan melalui aplikasi MySejahtera pada tahun ini, anda boleh rujuk cara-caranya di bawah:

Langkah 1: Pilih Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Pergigian

Buka aplikasi MySejahtera dan pilih menu tempahan janji temu. Dalam senarai perkhidmatan, pilih “Pemeriksaan Kesihatan Pergigian” untuk memulakan proses tempahan slot rawatan.

Langkah 2: Pilih Lokasi Klinik Pergigian

Cari dan pilih klinik gigi kerajaan yang berdekatan atau yang anda kehendaki. Anda boleh menggunakan fungsi carian untuk memudahkan pencarian lokasi fasiliti.

Langkah 3: Pilih Slot Tarikh dan Masa

Tetapkan tarikh dan masa janji temu mengikut slot yang masih tersedia di klinik yang dipilih. Pastikan pilih waktu sesuai dengan keselesaan anda.

Langkah 4: Sahkan Butiran Diri & Maklumat

Semak semua maklumat tempahan yang telah diisi seperti nama, lokasi, tarikh, masa, dan jenis perkhidmatan. Pastikan semua maklumat tepat sebelum membuat pengesahan.

Langkah 5: Janji Temu Disahkan

Setelah maklumat disahkan, anda akan menerima notifikasi bahawa janji temu telah berjaya didaftarkan. Semua butiran lengkap mengenai tarikh, masa, dan lokasi akan dipaparkan dalam aplikasi.

Langkah 6: Hadir Mengikut Waktu Janji Temu

Pada hari janji temu, hadir ke klinik mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Tunjukkan maklumat janji temu daripada aplikasi MySejahtera kepada petugas di klinik sebagai rujukan.

Maklumat lanjut berkaitan tempahan janji temu boleh didapati melalui laman rasmi mysejahtera.moh.gov.my

PANDUAN BERGAMBAR CARA BUAT TEMUJANJI KLINIK GIGI KERAJAAN

Rujuk panduan bergambar cara membuat temujanji klinik pergigian kerajaan melalui aplikasi MySejahtera di bawah:

 Temujanji Klinik Gigi Kerajaan
Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Di MySejahtera 2025
Temujanji Klinik Gigi Kerajaan
Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Di MySejahtera 2025

Cara Buat Temujanji Klinik Gigi Kerajaan untuk Anak

Kanak-kanak juga boleh membuat temujanji untuk rawatan gigi di klinik kerajaan melalui aplikasi MySejahtera.

Sistem temujanji KKM dalam MySejahtera membolehkan ibu bapa atau penjaga memilih nama tanggungan (anak), tarikh, masa, dan lokasi klinik pergigian kerajaan yang ingin dilawati terus dalam satu aplikasi.

Proses tempahan adalah seperti berikut:

  • Pilih butiran anak sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera.
  • Pilih perkhidmatan “Pemeriksaan Kesihatan Pergigian”.
  • Pilih lokasi serta slot tarikh dan masa mengikut klinik yang diingini.
  • Sah dan simpan maklumat janji temu bagi rujukan ketika ke klinik.

Perkhidmatan ini memudahkan ibu bapa merancang lawatan dan mengelakkan perlu beratur panjang di klinik, sekaligus sesuai untuk pengurusan kesihatan pergigian kanak-kanak secara berkala di fasiliti kerajaan.

Contoh Rawatan Gigi

Tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera sesuai untuk kes pergigian rutin seperti:

  • Pemeriksaan gigi rutin
  • Scaling dan polishing
  • Tampalan gigi berlubang
  • Cabutan gigi biasa
  • Rawatan saluran akar (bergantung klinik)
  • Konsultasi untuk rawatan lanjut

Tempahan janji temu melalui MySejahtera sesuai untuk kes-kes rutin seperti pembersihan gigi (scaling), tampalan, pemeriksaan berkala, cabutan gigi biasa serta rawatan saluran akar (endodontik).

Sementara itu, untuk situasi kecemasan seperti sakit gigi yang teruk, gusi bengkak atau berlaku pendarahan, anda disarankan untuk terus hadir secara walk-in ke klinik gigi kerajaan terdekat tanpa perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

Temujanji melalui MySejahtera tidak merangkumi semua jenis perkhidmatan jadi semak semasa memilih klinik dan slot.

Caj Rawatan Pergigian di Klinik Gigi Kerajaan 2025

Seperti yang kita tahu, caj rawatan gigi di klinik gigi kerajaan sudah pasti jauh lebih murah berbanding klinik gigi bukan kerajaan. Hal ini kerana rawatan gigi kerajaan disubsidi oleh kerajaan bagi memudahkan akses rawatan kepada semua rakyat Malaysia.

Berikut adalah kadar harga purata untuk rawatan asas:

Jenis RawatanCaj (RM)
Daftar/pentadbiran1
Cabutan Gigi1
Tampalan Gigi2
Scaling/Penskaleran (Cuci Karang)2 – 3
Rawatan Endodontik (Akar Gigi)4
Pembuatan Gigi Palsu (per jaw)10 – 200
Rawatan Akar Gigi Kompleks75+
  • Kanak-kanak dan pelajar sekolah biasanya mendapat rawatan asas (cabutan, tampalan, pembersihan) secara percuma atau sangat minima, bergantung pada dasar semasa Kementerian Kesihatan.
  • Caj bagi warga asing adalah lebih tinggi dan mungkin berbeza mengikut negeri dan jenis rawatan.

Rujuk pautan berikut untuk info lebih terperinci mengenai caj rawatan pergigian di klinik kerajaan: Portal Rasmi Kementerian Malaysia.

Senarai Tempahan Temujanji Melalui MySejahtera

17 perkhidmatan janji temu kini di aplikasi MySejahtera!

Selain tempahan temujanji klinik gigi, melalui aplikasi MySejahtera juga rakyat Malaysia boleh membuat tempahan temujanji-temujanji yang berikut:

  1. Rawatan pesakit luar untuk masalah kesihatan umum.
  2. Perkhidmatan vaksinasi COVID-19 bagi orang awam di klinik kerajaan.
  3. Inisiatif saringan kesihatan kebangsaan.
  4. Imunisasi influenza khusus warga emas.
  5. Perkhidmatan kesejahteraan kesihatan yang menyeluruh.
  6. Pemeriksaan kesihatan bagi pra-pekerjaan atau pengajian.
  7. Saringan kesihatan untuk golongan PeKa B40.
  8. Vaksinasi COVID-19 bakal haji di fasiliti kerajaan.
  9. Perancang keluarga dengan kaunseling serta rawatan berkaitan.
  10. Perkhidmatan berkaitan kesihatan seksual.
  11. Pemeriksaan kesihatan bakal haji di klinik kesihatan.
  12. Vaksinasi HPV untuk pelupusan kanser serviks remaja perempuan berumur 13–18 tahun.
  13. Kempen imunisasi tambahan Measles Rubella (MR SIA).
  14. Prosedur khusus kesihatan (seperti pembedahan kecil, rawatan kecemasan dll).
  15. Saringan pra-perkahwinan untuk bakal pengantin.
  16. Khidmat berhenti merokok dengan bimbingan profesional.
  17. Pemeriksaan kesihatan pergigian (gigi).
Senarai Tempahan Temujanji Melalui MySejahtera
Senarai Tempahan Temujanji Melalui MySejahtera

Pengguna hanya perlu log masuk aplikasi MySejahtera, klik menu “Janji Temu” dan memilih perkhidmatan yang diperlukan untuk tempahan mudah dan efisien di klinik kerajaan seluruh negara.

Hanya menggunakan telefon pintar, anda boleh menempah janji temu di Klinik Kesihatan seluruh Malaysia pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

BACA JUGA: Sejahtera MADANI – Inisiatif Menoktahkan Kemiskinan Tegar

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara membuat tempahan janji temu di klinik pergigian kerajaan melaui aplikasi MySejahtera, sila rujuk:

Muat turun aplikasi MySejahtera di Google Play atau App Store.

Soalan Lazim Temujanji Klinik Gigi Kerajaan Di MySejahtera 2025

Siapa yang boleh tempah temujanji klinik gigi melalui MySejahtera?

Hanya warganegara Malaysia yang mempunyai akaun MySejahtera aktif layak menempah temujanji. Tempahan boleh dibuat untuk diri sendiri, anak (umur minimum 5 tahun), pasangan atau ibu bapa yang ditambah sebagai tanggungan dalam aplikasi.

Bolehkah kanak-kanak buat temujanji menggunakan MySejahtera?

Ya. Ibu bapa atau penjaga boleh menambah akaun anak sebagai tanggungan (dependent) dalam MySejahtera dan buat tempahan atas nama mereka.

 Adakah semua klinik pergigian kerajaan menggunakan sistem MySejahtera?

Tidak semua. Hanya klinik yang telah menyertai sistem MySejahtera tersenarai; jika nama klinik tiada dalam carian, kemungkinan fasiliti tersebut belum menyertai sistem atau belum menawarkan slot janji temu atas talian.

Apakah jenis rawatan pergigian yang boleh ditempah melalui MySejahtera?

Kebanyakan rawatan asas seperti pemeriksaan rutin, scaling, tampalan gigi, cabutan gigi dan konsultasi boleh ditempah. Rawatan istimewa seperti gigi palsu atau ortodontik (braces) memerlukan rujukan atau hanya boleh diakses secara walk-in.

Bagaimana jika ingin batalkan atau tukar tarikh temujanji?

Penukaran atau pembatalan slot boleh dilakukan terus melalui aplikasi MySejahtera sebelum tarikh rawatan, tanpa perlu hadir ke klinik atau membuat panggilan.

Apa harus dibuat jika tidak dapat hadir pada tarikh temujanji?

Anda disyorkan batalkan atau tukar slot seawal mungkin dalam aplikasi untuk memberi ruang kepada pesakit lain serta mengelakkan gangguan pada jadual operasi klinik.

Adakah perkhidmatan kecemasan (gigi patah, sakit teruk dll) perlu guna MySejahtera?

kepada pesakit lain serta mengelakkan gangguan pada jadual operasi klinik.

Adakah warga asing boleh menggunakan fungsi temujanji MySejahtera?

Buat masa ini, hanya warganegara Malaysia layak menempah temujanji melalui aplikasi. Warga asing atau pelancong perlu hadir walk-in dan berdaftar secara manual di kaunter klinik.

Bagaimana caj rawatan gigi di klinik kerajaan?

Caj rawatan asas adalah sangat minimum (sekitar RM1–RM3), dan rawatan untuk kanak-kanak atau pelajar sekolah biasanya percuma atau minimum.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut