Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan & Swasta 2022 Serta Kepentingannya

Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan & Swasta 2022 Serta Kepentingannya ~ Untuk elakkan masalah gigi terutamanya apabila usia semakin lanjut, penjagaan kesihatan gigi perlulah diutamakan.

Antara cara terbaik untuk menjaga kesihatan gigi ialah dengan melakukan rawatan scaling atau cuci gigi secara berkala di klinik gigi.

Apa kepentingan scaling gigi dan apakah beza rawatan di klinik kerajaan dan swasta ? Untuk ketahuinya, teruskan membaca !

Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan

Baca Juga : Harga Braces Di Klinik Gigi Swasta & Kerajaan (2022)

Apa Itu Scaling?

Sebelum anda ingin lakukan scaling di klinik gigi, anda perlulah faham bahawa prosedur ini bukanlah untuk memutihkan gigi.

Sebaliknya, scaling dilakukan untuk bersihkan permukaan gigi serta gusi daripada kotoran dan karang gigi.

Kotoran atau kekuningan (stain) pada gigi boleh berlaku atas pelbagai faktor seperti merokok dan pengambilan minuman tertentu seperti kopi dan teh. 

Karang gigi pula terbentuk apabila plak (tahi gigi) melekat dan mengeras pada permukaan dan celah gigi.

Berus gigi dan flos gigi boleh membantu untuk kurangkan pembentukan karang gigi namun ia masih boleh terhasil.

Dalam prosedur scaling, doktor akan menggunakan alat skaler khas untuk mencuci celah gigi gigi, permukaan gigi serta bahagian gusi dengan teliti.

Oleh sebab itulah anda perlu jumpa doktor gigi setiap 6 bulan untuk pemeriksaan.

Kepentingan Scaling Untuk Kesihatan Gigi

Scaling gigi sebenarnya sangat penting untuk memastikan kesihatan gigi terjaga. Antara kepentingannya adalah :

Mengelakkan Masalah Mulut Berbau

Karang gigi merupakan salah satu punca utama mulut berbau (halitosis).

Menggosok gigi sememangnya dapat kurangkan mulut berbau. Namun, masalah bau mulut akan lebih berkurangan jika anda lakukan scaling secara berkala.

Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan

Menjimatkan Duit

Kenapa scaling gigi menjimatkan duit sedangkan prosedurnya juga bukan percuma ?

Kalau anda nak tahu, sebenanrya banyak penyakit gigi yang boleh dicegah melalui rawatan scaling.

Antaranya masalah kesihatan gigi yang boleh  dielakkan adalah gigi berlubang, jangkitan gusi dan rawatan akar.

Kesemua rawatan ini boleh memakan kos sehingga beratus ringgit!

Di samping itu, rawatan scaling gigi pun tidaklah mahal. Harga bagi rawatan scaling akan kita kongsikan dengan lebih lanjut.

Untuk Menjamin Kesihatan Gigi Berpanjangan

Jika karang gigi dibiarkan dalam jangka masa panjang, ia boleh membuatkan gigi goyang ! Oleh sebab itulah rawatan scaling penting untuk dilakukan 6 bulan sekali.

Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan

Harga Scaling Gigi di Klinik Kerajaan

Klinik kerajaan juga mampu menawarkan perkhidmatan scaling setanding dengan klinik swasta. Harganya cuma RM 3 (RM 2 caj scaling + RM 1 caj pendaftaran)  untuk setiap kali rawatan.

Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan

Cuma untuk klinik kerajaan, mungkin anda perlu beratur lebih lama kerana pesakit yang ramai.

Kalau nak jimat masa menunggu, anda boleh datang pada sebelah pagi. Confirm datang terus masuk !

Selain klinik kesihatan, dekat klinik gigi UTC pun ada buat scaling tau !

Kos Scaling Gigi di Klinik Swasta

Klinik swasta pula ada kelebihannya tersendiri contohnya waktu operasi yang lebih panjang berbanding klinik gigi yang dibuk mengikut waktu operasi perkhidmatan kerajaan.

Klinik swasta juga mungkin kehadirannya tidak seramai klinik kerajaan. Lokasinya juga lebih banyak berbanding klinik kerajaan.

Contoh Harga Scaling di Klinik Swasta

Namun harga rawatan scaling di klinik swasta adalah jauh lebih mahal berbanding di klinik kerajaan iaitu sekitar RM 90 hingga RM 200 bergantung kepada klinik.

Antara contoh harga scaling yang ditawarkan di klinik gigi sekitar Lembah Klang adalah seperti berikut :

Klinik Pergigian Rohaya

Harga Rawatan Scaling : RM 80 – RM 180

Lokasi :  1) No. 18-2,Jalan 14/48A, Off Jalan Sentul, Sentul Raya, 51100 Kuala Lumpur

2) No. 27, Tingkat 2, Jalan Cecawi PSB 6/19A, Seksyen 6, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Laman Web : https://www.klinikpergigianrohaya.com/

Klinik Pergigian Dr Feeliz

Harga Rawatan Scaling : RM 90 – RM 200

Lokasi :

  1. No. 26A, Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor
  2. No 45, Jalan Budiman 26,Taman Mulia, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur
  3. 36-1, Jalan TTDI Grove 1/2, Taman TTDI Grove, 43000 Kajang

Laman Web : https://drfeeliz.com/

Tak kiralah anda memilih untuk dapatkan rawatan di klinik kerajaan mahupun swasta, yang penting anda perlulah lakukan pemeriksaan gigi 6 bulan sekali untuk kekalkan kesihatan gigi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda mula amalkan penjagaan gigi yang sihat !  

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!