Belanjawan Selangor 2026 telah dibentangkan pada 14 November 2025 oleh Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor. Layari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, https://www.selangor.gov.my/ untuk maklumat lanjut, senarai penuh bantuan dan insentif serta perkembangan terkini mengenai pelaksanaan Belanjawan 2026.
Dengan tema “Selangor Juara, Rakyat Sejahtera” dan peruntukan sebanyak RM3.23 bilion, belanjawan ini memberi fokus kepada pelbagai insentif seperti bantuan kewangan untuk keluarga B40, subsidi pendidikan, pembangunan infrastruktur hijau, serta program kebajikan yang menyeluruh demi meningkatkan taraf hidup rakyat Selangor.
Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman semua, khususnya warga Selangor.
Belanjawan Selangor 2026
Belanjawan Selangor 2026 dibentangkan dengan nilai keseluruhan RM3.23 bilion, digerakkan melalui tema “Selangor Juara, Rakyat Sejahtera”.
Belanjawan ini menumpukan usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui peningkatan taraf hidup, pendidikan yang berkualiti serta perlindungan sosial yang lebih menyeluruh bagi memastikan rakyat Selangor terus menikmati kemajuan yang inklusif dan mampan.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, memaklumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan belanjawan, sebanyak RM1.86 bilion (57.6%) diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM1.37 bilion (42.4%) disalurkan untuk perbelanjaan pembangunan.
Pembahagian ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan operasi pentadbiran berjalan cekap sambil memberi keutamaan kepada pembangunan jangka panjang yang memberi impak terus kepada rakyat.
Bagi memastikan Belanjawan Selangor 2026 mencapai hasil maksimum, kerajaan turut menggariskan enam tekad utama sebagai landasan strategik, iaitu:
- Pengukuhan hasil negeri dan peluang ekonomi rakyat – meningkatkan sumber negeri sambil memperluas peluang pendapatan dan keusahawanan.
- Reformasi tadbir urus – memperkukuh pentadbiran yang telus, cekap dan berintegriti.
- Kecemerlangan pendidikan – memastikan akses pendidikan berkualiti dari peringkat awal hingga universiti.
- Pembangunan seni budaya serta generasi muda – memperkasa kreativiti, bakat dan potensi belia sebagai pemacu masa depan.
- Selangor sebagai negeri penyayang – memperluas jaringan perlindungan sosial, bantuan kebajikan dan inisiatif rakyat.
- Memperkukuh kelestarian alam serta infrastruktur – mempertingkat mitigasi banjir, infrastruktur hijau dan pembangunan yang mampan.


Tarikh dan Masa Pembentangan
Ikuti pembentangan Belanjawan Selangor 2026 dengan tema “Selangor Juara, Rakyat Sejahtera’.
- Tarikh: 14 November 2025 (Jumaat)
- Masa: 3.00 petang
Insentif dan Bantuan Untuk Rakyat Selangor 2026
- Penjawat awam Selangor terima Bantuan Khas Kewangan 3 bulan gaji tahun ini.
1.5 bulan akan dibayar Disember ini - Insentif Muassasah Haji dinaikkan kepada RM1,500 seorang tahun depan
- RM100 juta dalam Bajet Khas Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026
- Subsidi Yuran Pendidikan dengan 50 peratus yuran pengajian bagi 400 anak Selangor yang melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Selangor (Unisel) bagi sesi kemasukan September 2026 ditanggung kerajaan negeri
- RM5 juta akan diperuntukkan menerusi Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor
- Menaikkan peruntukan kepada RM15 juta bagi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS)
- Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara (PBUDN) akan ditambah baik dengan memberi tumpuan kepada pelajar yang mendaftar di Unisel dan UIS
- RM30 juta tingkat prasarana sekolah, RM2.7 juta perkasa pendidikan kaum India
- RM1 juta naik taraf Litar Lumba Kuala Selangor
- Bantu baik pulih rumah, negeri sedia dana RM3 juta
- Projek Turapan Mega dengan ana RM55 juta pastikan jalan negeri selamat dan selesa
- Bantuan beli alatan penjaja
- Had pendapatan penerima skim air percuma dinaikkan ke RM6,000
- Dua mata pelajaran baharu fizik dan kimia akan diperkenalkan dalam modul Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
- Dana naik taraf prasarana, jalan raya meningkat kepada RM130 juta
- Khairat kematian RM1,000 diteruskan dengan peruntukan RM20 juta
- Dana RM4 juta perkukuh tindakan kawalan denggi
- Program Baucar Buku KITASelangor RM200
- RM4.85 juta untuk memajukan agro food park negeri
- Mengecualikan cukai hiburan ke atas program kesenian keagamaan bagi tempoh setahun bermula 1 Januari 2026
- Subsidi yuran Kelas al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) sebanyak RM30 sebulan kepada murid B40
- Veteran polis, tentera tidak berpencen terima baucar beli-belah RM200
- Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB) di beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) mulai 2026
- Bina lebih 3,000 rumah baharu berhampiran Sungai Klang bermula tahun depan
- Serendah, Lembah Beringin jadi nadi Automotive Valley Selangor
- Selangor pendekkan proses permit, lesen penjaja mulai Jun 2026
- Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)
Sila rujuk ringkasan infografik berikut:
1. Bantuan Khas Kewangan (BKK)
- Sebagai penghargaan kepada komuniti penjawat awam di negeri Selangor
- Bantuan sebanyak TIGA BULAN GAJI.
- Satu setengah gaji telah disalurkan pada awal tahun 2025. Satu setengah gaji akan disalurkan pada 18 Disember 2025 ini.

2. Elaun Satu Bulan
- Khusus untuk pemimpin masyarakat (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan, Dan Tersusun, Tok Batin, Ketua Komuniti India, Penyelia Wanita Berdaya, Penggerak Belia Selangor.

3. Bantuan RM500 untuk petugas masjid

4. Bantuan Khas Untuk Suri Hati
- MamaKerja
- Program TVET Wanita Selangor
- Ibuniaga & Product Lab hasil suri Selangor
- Program Usahanita Digital
- Insiatif Wanita Selangor & Ai untuk progam seminar & Inkubasi Ai






5. Bantuan untuk kanak-kanak bawah 6 Tahun
- Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)
- Iltizam Anak Selangor (ANAS)
- Inisiatif MamaKerja




6. Bantuan Pelajar Sekolah 7-17 Tahun
- Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
- Subsidi RM3O untuk yuran kelas agama KAFA



7. Bantuan untuk Pelajar Universiti
- 50% potongan yuran kemasukan September 2026 untuk 4000 anak Selangor yang dapat tawaran UNISEL & UIS
- Hadiah pengajian IPT RM1000
- Elaun RM1500 sebulan untuk latihan amali bersama agensi kerajaan, anak syarikat dan pejabat YB
- Baucar buku KitaSelangor RM200
- Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
- Program Pembangunan Pendidikan Masyarakat India untuk keluarga keturunan India B40







8. Bantuan Warga Emas & Orang Kurang Upaya
- Baucar Keperluan Asas RM150 menerusi Skim Mesra
- Khairat Darul Ehsan (KDE) RM1000
- Baucar RM200 untuk veteran tidak berpencen
- Program penjagaan kesihatan khusus seperti saringan, konsultasi pakar, fisioterapi, dan pemeriksaan susulan
- Pengecualian penuh cukai hiburan untuk Taman Tema






9. Baucar Jom Shopping Perayaan RM200
- Bantuan baucar barangan asas RM200 sempena tiga perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali untuk keluarga berpendapatan di bawah RM3,000.


Video Pembentangan Belanjawan Selangor 2026
Anda boleh saksikan siaran langsung Pembentangan Belanjawan Selangor 2026 di pautan ini:
- Facebook Rasmi Dato’ Seri Amirudin Shari
- Facebook Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
- Laman sesawang mediaselangor.com
- Radio Selangorfm
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lengkap tentang Belanjawan Selangor 2026, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di pautan berikut:
Soalan Lazim Belanjawan Selangor 2026
Semua penjawat awam di bawah Kerajaan Negeri Selangor layak menerima BKK ini, dengan pembayaran 1.5 bulan gaji akan dibuat pada Disember 2025.
Subsidi yuran 50% untuk 4000 pelajar anak Selangor di universiti tempatan, biasiswa negeri, dan program tuisyen percuma turut disediakan untuk meringankan beban pelajar.
Had pendapatan isi rumah untuk layak menerima air percuma telah dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan.
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor atau pejabat kerajaan terdekat. Ikuti media rasmi untuk mengetahui info terkini setiap bantuan & insentif ditawarkan.
Belanjawan Selangor 2026 telah dibentangkan pada 14 November 2025 oleh Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.
Jumlah peruntukan keseluruhan adalah RM3.23 bilion, meningkat sebanyak 7.67% berbanding tahun sebelum ini.
Emolumen penjawat awam negeri berjumlah RM651.3 juta termasuk pembayaran bonus dan gaji.
Fokus pembangunan adalah kepada sektor sosial, infrastruktur hijau, kemudahan kesihatan, dan teknologi digital seperti Dana Semikonduktor Selangor dengan peruntukan RM40 juta.
Meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkukuh ekonomi hijau, memperluaskan pembangunan digital, dan melaksanakan agenda inklusif untuk masa depan negeri.
Baca juga:




