SYUKUR Sabah 2026 adalah program bantuan tunai bulanan / berfasa kepada rakyat di negeri Sabah. Ia merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat. Agihan Fasa 1 secara online bank in telah bermula pada 11 Mac 2026 (Rabu). Semakan status SYUKUR Sabah 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi https://syukur.sabah.gov.my ATAU PADANS Sabah (Pangkalan Data Utama Negeri Sabah).

Bagi Fasa Pertama telah bermula pada 11 Mac 2026 (Rabu) dan telah dimaklumkan melalui laman Facebook rasmi Sekretariat Sabah Maju Jaya.

Di bawah ini disediakan panduan lengkap cara mohon SYUKUR Sabah 2026, syarat kelayakan, semakan status, tarikh bayaran fasa terkini serta maklumat penting berkaitan bantuan RM200 Sabah.
Ringkasan Bantuan SYUKUR Sabah 2026:
Kategori Butiran Nama Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Jumlah Bantuan RM200 Sebulan (RM2,400 Setahun) Kumpulan Sasar Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar Sistem Rujukan Sistem eKasih & PADANS Fasa Bayaran 4 Fasa (Setiap 3 bulan) Kaedah Bayaran Kredit terus ke akaun bank / secara tunai Permohonan & Semakan Status https://syukur.sabah.gov.my/ ATAU https://padans.sabah.gov.my/
Apa itu Program SYUKUR Sabah 2026?
SYUKUR Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) ialah program bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat.
Bantuan ini disasarkan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup sepanjang tahun.
Program ini memberi fokus kepada rakyat Sabah yang berdaftar dalam sistem pangkalan data kebajikan negeri seperti PADANS dan eKasih.
Penerima yang layak akan menerima bantuan kewangan secara berperingkat atau bulanan mengikut jadual yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan penerima dalam memenuhi keperluan asas terutamanya makanan agar mereka tidak terbeban dalam menjalani kehidupan seharian.
Dengan pelaksanaan program ini, kerajaan berharap dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara
BACA JUGA: PADANS – Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah
Objektif Bantuan Syukur Sabah
Program SYUKUR (Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) dirangka dengan matlamat utama untuk memberikan sokongan langsung kepada golongan yang paling memerlukan di negeri ini.
Objektif utama program ini termasuk:
- Meringankan beban kewangan penerima khususnya untuk keperluan asas seperti makanan.
- Menyokong golongan yang memerlukan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar.
- Mengurangkan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar di Sabah.
- Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah terhadap kebajikan rakyat.
Bagi tahun 2026, beberapa penambahbaikan terus dilaksanakan, sila rujuk video di bawah:
Penambahbaikan SYUKUR Sabah 2026
- Menggunakan Garis Pendapatan Kemiskinan tahun 2024 berbanding sebelum ini Garis Pendapatan Kemiskinan tahun 2022.
Apa Syarat Kelayakan SYUKUR Sabah?
Untuk melayakkan diri menerima bantuan SYUKUR Sabah 2026, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
Syarat Kelayakan Utama
- Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
- Warganegara Malaysia
- Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
- Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
- Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
- KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala)
Tambahan Kriteria
- Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).
NOTA: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.


Garis Pendapatan Kemiskinan (PGK) Sabah
Penentuan kategori miskin dan miskin tegar bagi SYUKUR Sabah 2026 adalah berdasarkan Garis Pendapatan Kemiskinan (GPK) tahun 2024 seperti di bawah
| Kategori Kemiskinan | Pendapatan Isi Rumah (Sebulan) | Pendapatan Per Kapita (Sebulan) |
|---|---|---|
| Miskin | RM 2,843 | RM 720 |
| Miskin Tegar | RM 1,257 | RM 310 |
Pendapatan isi rumah merujuk kepada jumlah keseluruhan pendapatan semua ahli keluarga dalam satu rumah, manakala per kapita ialah purata pendapatan bagi setiap ahli isi rumah.
Individu yang berada dalam julat ini dan berdaftar dalam eKasih serta PADANS dan memenuhui syarat kelayakan yang ditetapkan berpotensi layak menerima bantuan SYUKUR Sabah 2026.
Tarikh Bayaran SYUKUR Sabah 2026
Jumlah bayaran yang diperuntukkan bagi program ini ialah RM200/sebulan atau RM2400 setahun. Bayaran ini akan dibuat dalam 4 fasa, setiap fasa RM600.
Tarikh bayaran atau fasa pengagihan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 adalah seperti berikut:
| Fasa | Kategori | Pengagihan |
|---|---|---|
| Fasa 1* Januari – Mac (Pengkreditan secara online bank-in bermula 11 Mac 2026) | Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | Februari – Mac 2026 |
| Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) | Februari – Mac 2026 | |
| Fasa 2 April – Jun | Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | Mei – Jun 2026 |
| Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) | Mei – Jun 2026 | |
| Fasa 3 Julai – September | Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | Ogos – September 2026 |
| Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) | Ogos – September 2026 | |
| Fasa 4 Oktober – Disember | Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | November – Disember 2026 |
| Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) | November – Disember 2026 |
NOTA PENTING:
- Penerima bagi Fasa 1 dan Fasa 2 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih dan data PADANS setakat 14 Januari 2026.
- Permohonan yang diterima pada 15 Januari 2026 hingga 31 Jun 2026 akan diproses secara berfasa mulai Jun 2026. Penerima yang layak akan bermula pada Fasa 3 dan Fasa 4.
- Tarikh boleh berubah dan tertakluk kepada terma serta syarat yang berkenaan.
- Kadar bantuan ialah RM200 sebulan, dibayar secara berfasa.


Jumlah Bayaran SYUKUR Sabah 2026 Fasa 1,2,3 dan 4
Kadar bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 adalah sama bagi setiap penerima iaitu RM200 sebulan. Amaun bantuan yang akan diterima adalah secara berfasa. Jumlah bantuan bagi setiap fasa adalah seperti berikut:
| Fasa | Jumlah Bantuan |
|---|---|
| Fasa 1 : 11 Mac 2026 Januari – Mac | RM600 |
| Fasa 2 April – Jun | RM600 |
| Fasa 3 Julai – September | RM600 |
| Fasa 4 Oktober – Disember | RM600 |









Cara Mohon Bantuan SYUKUR Sabah 2026
Permohonan SYUKUR Sabah 2026 boleh dibuat secara online melalui Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Program ini terbuka kepada rakyat Sabah yang memenuhi syarat kelayakan dan berdaftar dalam sistem eKasih serta PADANS.
Berikut langkah permohonan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026:
Langkah 1: Log Masuk Sistem PADANS.
Layari portal rasmi PADANS Sabah di https://padans.sabah.gov.my/ & log masuk. Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda boleh klik “Permohonan Baru SKR” dan isi borang untuk daftar akaun pengguna.
Langkah 2: Pilih Borang Permohonan.
Untuk membuat pendaftaran Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026, anda boleh klik pada line tiga bar di atas bahagian kanan dan pilih “Borang Permohonan”.
Langkah 3: Lengkapkan Maklumat Diperlukan.
Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap terutamanya yang bertanda (*). Empat bahagian yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut:
- Ketua Isi Rumah
- Ahli Isi Rumah
- Indikator
- Pengesahan
Langkah 4: Hantar Permohonan
Semak semula maklumat dan klik hantar. Anda akan menerima notifikasi pengesahan selepas permohonan berjaya dihantar. Anda akan menerima notifikasi dan pengesahan maklumat peribadi yang telah selesai dihantar.
Panduan Bergambar Permohonan SYUKUR Sabah 2026
Untuk mengetahui cara permohonan SYUKUR Sabah 2026 lebih jelas, anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah (rujukan dari Panduan Pengguna PADANS tahun 2025):

















Cara Kemaskini Maklumat Bantuan SYUKUR Sabah 2026
Bagi permohonan yang telah dibuat melalui Pejabat Daerah/UPPM, pemohon boleh mengemas kini maklumat di dalam Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) melalui pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my/.
Kemaskini maklumat tetap perlu dibuat dalam sistem PADANS bagi memastikan kelayakan bantuan SYUKUR Sabah 2026 tidak terjejas.
Cara Semak Kelayakan SYUKUR Sabah
Semakan status kelayakan SYUKUR Sabah 2026 boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:
Rujuk cara-caranya berikut:
1. Semakan Online Melalui Portal SYUKUR Sabah
- Layari portal SYUKUR Sabah: https://syukur.sabah.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
- Klik butang “Semak”.
- Status kelayakan akan dipaparkan sama ada:

2. Semakan Online Melalui PADANS Sabah
- Layari portal PADANS Sabah di pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my
- Klik menu “Semakan Permohonan”.
- Masukkan Nombor MyKad tanpa sengkang (-).
- Klik “Semak” untuk paparan status kelayakan.
Apa Perlu Buat Jika Nama Tiada Dalam Rekod?
Jika nama anda tidak tersenarai dalam sistem, anda boleh:
- Menyediakan dokumen sokongan seperti MyKad, bil utiliti atau surat pengesahan ketua kampung.
- Mengemaskini atau mendaftar maklumat terkini dalam sistem PADANS atau eKasih.
- Berkunjung ke Pejabat Daerah atau pusat bantuan berhampiran di Sabah untuk pendaftaran manual.
Bila Bayaran SYUKUR Sabah 2026 Masuk?
Bayaran SYUKUR Sabah 2026 akan dikreditkan dalam 4 fasa seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Pembayaran dibuat secara berperingkat (3 bulan sekali) sepanjang tahun dan akan dimasukkan terus ke akaun bank penerima yang layak selepas status disahkan.
Bantuan tunai ini dikreditkan kepada penerima yang layak selepas status disahkan melalui sistem PADANS dan eKasih.
Jadual Fasa Pembayaran SYUKUR Sabah 2026
Berikut adalah jadual fasa pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah 2026:
| Fasa | Kategori | Pengagihan |
|---|---|---|
| Fasa 1* Januari – Mac | Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | Februari – Mac 2026 |
| Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) | Februari – Mac 2026 | |
| Fasa 2 April – Jun | Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | Mei – Jun 2026 |
| Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) | Mei – Jun 2026 | |
| Fasa 3 Julai – September | Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | Ogos – September 2026 |
| Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) | Ogos – September 2026 | |
| Fasa 4 Oktober – Disember | Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | November – Disember 2026 |
| Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) | November – Disember 2026 |
Jika bayaran belum diterima selepas tarikh diumumkan, pastikan:
- Maklumat akaun bank dalam PADANS adalah betul
- Status permohonan telah lulus
- Tiada isu pengesahan data dalam sistem
Sekiranya masih belum menerima bayaran, penerima boleh menghubungi Pejabat Daerah atau pusat bantuan berkaitan di negeri Sabah untuk semakan lanjut.
Kaedah Pembayaran – Online Banking & Tunai
Bantuan SYUKUR Sabah akan disalurkan melalui kaedah seperti berikut:
- Akaun Bank (Online Banking) :
- Bantuan akan dikreditkan secara terus (direct credit) ke dalam akaun bank penerima yang telah berdaftar dalam sistem PADANS/eKasih. Sila kemaskini maklumat akaun segera di pautan https://syukur.sabah.gov.my
- Serahan Tunai :
- Makluman pembayaran akan dimaklumkan melalui laman Facebook rasmi Sekretariat Sabah Maju Jaya (https://www.facebook.com/SekretariatSMJ) setiap kai agihan dilaksanakan.
- Penerima boleh menuntut agihan tunai di Cawangan Perbadanan Pinjaman Sabah – semak lokasi di seluruh daerah (https://www.sabahcredit.com.my/link/contactus/ibu_pejabat.html)
Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Program SYUKUR Sabah 2026
Untuk sebarang soalan atau info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026, sila rujuk pada :
- Laman web rasmi SYUKUR Sabah : syukur.sabah.gov.my
- Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: https://padans.sabah.gov.my/
- Facebook Sekretariat Sabah Maju Jaya
- Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: 088 338 338 / 010 – 5828207 (Whatsap)
Sila rujuk soalan lazim Program SYUKUR Sabah 2026 di laman web PADANS atau muat turun PDF di bawah:
SYUKUR Sabah 2026 ialah bantuan tunai RM200 sebulan yang diberikan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah sepanjang tahun 2026 di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat.
Ya, bantuan SYUKUR Sabah 2026 adalah automatik bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang sudah berdaftar dan disahkan sebagai kategori Miskin atau Miskin Tegar dalam pangkalan data eKasih atau PADANS.
Namun, jika status anda “Tiada Rekod”, anda perlu membuat pendaftaran atau kemaskini maklumat secara manual di Pejabat Daerah/UPPM atau melalui portal PADANS untuk membolehkan sistem menyenaraikan anda sebagai penerima.
Permohonan dibuat secara online melalui portal PADANS Sabah di padans.sabah.gov.my atau melalui pejabat daerah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM). Sediakan dokumen sokongan seperti MyKad, bukti pendapatan, dan surat pengesahan.
Jumlah bantuan ialah RM200 sebulan dan dibayar secara berfasa sepanjang tahun kepada penerima yang layak.
Bantuan ini terbuka kepada rakyat Negeri Sabah yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar berdasarkan data PADANS dan garis pendapatan kemiskinan yang ditetapkan.
Platform rasmi untuk semakan kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 (SUKUR) adalah laman web SUKUR (https://syukur.sabah.gov.my) atau YONO Superapp. Sebarang pautan daripada aplikasi atau laman web pihak ketiga tidak diiktiraf. Untuk memastikan ketepatan dan keselamatan maklumat, sila rujuk hanya kepada platform rasmi.
Pembayaran dilakukan secara kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan atau pembayaran tunai bagi mereka tanpa akaun bank.
Pembayaran diagihkan dalam 4 fasa sepanjang tahun, iaitu :
FASA 1 : Januari – Mac (11 Mac 2026)
FASA 2 : April – Jun
FASA 3 : Julai – September
FASA 4 : Oktober – Disember
Individu boleh menghubungi pejabat daerah, ketua kampung, atau saluran hotline rasmi untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.
Ya, anda boleh memilih untuk menerima bantuan melalui akaun bank atau secara tunai.
Bagi kategori Miskin Tegar di Sabah, Pendapatan Isi Rumah mestilah tidak melebihi RM1,257 sebulan atau Pendapatan Per Kapita di bawah RM310 sebulan.
Sila kemaskini maklumat anda di portal PADANS Sabah atau kunjungi Pejabat Daerah/UPPM berdekatan dengan membawa dokumen sokongan seperti MyKad dan bil utiliti untuk pendaftaran manual.
Mulai 11 Mac 2026.




