PADANS (Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah) ialah sebuah portal pangkalan data rasmi Kerajaan Negeri Sabah yang mengumpul, menyimpan dan mengurus maklumat golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah untuk tujuan penyaluran bantuan dan program intervensi.
Portal ini boleh diakses melalui pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my/
Sistem ini diwujudkan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan tanpa keciciran, selain memudahkan pemantauan serta pelaksanaan program intervensi yang lebih berkesan.
Dengan adanya PADANS, data kemiskinan dapat dikendalikan secara sistematik dan bersepadu, sekaligus membolehkan pihak berkuasa dan agensi berkaitan mengambil tindakan tepat dalam menangani isu kemiskinan di Sabah.
Permohonan dan semakan status Program Sentuhan Kasih Sabah 2026 boleh dilakukan melalui PADANS.
Ringkasan PADANS – Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah
- PADANS ialah Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah, platform rasmi Kerajaan Sabah.
- Tujuan utama: Mengumpul, simpan & kemaskini data golongan miskin/miskin tegar (KIR/AIR).
- Fungsi penting: Pastikan program bantuan ( Program Sentuhan Kasih Sabah 2026) dapat kepada sasaran yang tepat elak keciciran
- Pautan rasmi PADANS: https://padans.sabah.gov.my/
Apa Itu PADANS?
PADANS (Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah) ialah merupakan sistem pangkalan data bersepadu yang diwujudkan bagi mengumpulkan maklumat sosioekonomi rakyat Sabah dalam satu platform digital.
Sistem ini berfungsi sebagai pangkalan data komprehensif yang menyimpan maklumat mengenai Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar.
Ia dapat membantu kerajaan negeri menilai keperluan sebenar rakyat serta memudahkan proses penyaluran bantuan, termasuk bantuan kebajikan, pendidikan, dan program pembangunan masyarakat.
Melalui PADANS, data yang dikumpulkan akan digunakan untuk:
- Mengenal pasti golongan yang layak menerima bantuan
- Merancang dasar pembangunan negeri secara lebih tepat
- Mengelakkan pertindihan maklumat dalam sistem kerajaan
- Meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan

Objektif & Tujuan PADANS
Tujuan utama PADANS adalah untuk memastikan data kemiskinan di Sabah sentiasa dikemas kini dan tepat, bagi memudahkan penyaluran bantuan serta pelaksanaan program intervensi yang lebih berkesan.
Melalui sistem ini, kerajaan dapat:
- Mengenal pasti golongan sasar dengan lebih tepat, khususnya keluarga berpendapatan rendah dan miskin tegar.
- Memastikan tiada individu atau isi rumah yang tercicir daripada menerima bantuan atau program sokongan yang layak mereka peroleh.
- Menyelaras maklumat sosioekonomi rakyat dalam satu pangkalan data bersepadu bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan.
- Memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, jabatan serta wakil rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan secara menyeluruh di Sabah.
Selain itu, PADANS turut menyokong usaha kerajaan negeri dalam merangka dasar pembangunan yang lebih berfokus dan berasaskan data, supaya program bantuan yang dilaksanakan benar-benar memberi impak kepada kesejahteraan rakyat Sabah.
Cara Mendaftar & Log Masuk PADANS
Berikut adalah cara lengkap untuk membuat pendaftaran akaun PADANS:
- Layari portal rasmi PADANS, di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
- Klik “Log Masuk” > pilih Daftar Akaun.
- Isi maklumat Daftar Akaun Pengguna seperti:
- Nama Pemohon
- No. Kad Pengenalan
- Kata Laluan
- Pengesahan Kata Laluan
- Setelah siap isi maklumat, klik “Sahkan Maklumat” > “Daftar Pengguna”.
- Anda akan menerima email “Pendaftaran Akaun Berjaya”. Buat pengesahan akaun untuk mengaktifkan akaun PADANS anda.
- Anda boleh log masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.

Lupa Kata Laluan
Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun PADANS, rujuk cara reset semula kata laluan di bawah:
- Klik “Lupa Kata Laluan”
- Masukkan emel berdaftar.
- Klik “Send reset link”.
- Anda akan menerima emel untuk reset semula kata laluan.

Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026
PADANS (Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah) memainkan peranan penting sebagai sumber rujukan data utama dalam pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Sistem pangkalan data ini mengandungi maklumat sosioekonomi rakyat seperti pendapatan isi rumah, status pekerjaan, lokasi tempat tinggal serta keadaan kehidupan keluarga.
Data yang dikumpulkan melalui PADANS membolehkan kerajaan:
- Menentukan kelayakan penerima bantuan dengan lebih telus dan tepat
- Mengelakkan pertindihan atau kesilapan dalam pemberian bantuan
- Memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan
- Mempercepat proses pengagihan bantuan kepada rakyat
Ringkasan Bantuan SYUKUR Sabah 2026:
| Kategori | Butiran |
| Nama Program | Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) |
| Jumlah Bantuan | RM200 Sebulan (RM2,400 Setahun) |
| Kumpulan Sasar | Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar |
| Sistem Rujukan | Sistem eKasih & PADANS |
| Fasa Bayaran | 4 Fasa (Setiap 3 bulan) |
| Kaedah Bayaran | Kredit terus ke akaun bank / secara tunai |
| Permohonan & Semakan Status | https://syukur.sabah.gov.my/ ATAU https://padans.sabah.gov.my/ |

Cara Mohon Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 Melalui PADANS
Permohonan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 boleh dilakukan melalui portal PADANS seperti berikut:
- Layari portal rasmi PADANS di https://padans.sabah.gov.my/
- Klik “Permohonan Baru SKR”
- Sekiranya belum ada akaun, Daftar Akaun Pengguna terlebih dahulu.
- Sekiranya anda sudah mempunyai akaun, klik Log Masuk.
- Log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang sudah didaftarkan.
- Untuk membuat pendaftaran Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026, pilih “Borang Permohonan”.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap terutamanya yang bertanda (*). Empat bahagian yang perlu diisi lengkap adalah seperti berikut:
- Ketua Isi Rumah
- Ahli Isi Rumah
- Indikator
- Pengesahan
- Anda akan menerima notifikasi dan pengesahan maklumat peribadi yang telah selesai dihantar.
BACA JUGA: SYUKUR Sabah 2026 – Semakan Bayaran Fasa 1,2,3,4
Cara Semak Status Permohonan
Untuk menyemak status permohonan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026, sila rujuk cara-cara berikut:
- Layari portal rasmi PADANS, di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
- Klik button “Semak” di bahagian menu Semakan Permohonan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan diri dan klik “Semak”.
- Paparan layar anda akan menunjukkan sama ada Status “Layak” atau “Tidak Layak”.

NOTA:
- Sekiranya belum berdaftar, sistem akan memaparkan status ‘Nombor MyKad tidak wujud dalam sistem.
- Anda boleh membuat permohonan baru di portal Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANs).
- Klik “Mohon Aplikasi Baru”.

Tarikh Bayaran SYUKUR SABAH 2026 Mengikut Fasa
Tarikh bayaran atau fasa pengagihan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 adalah seperti berikut:
| Fasa | Kategori | Pengagihan |
|---|---|---|
| Fasa 1* Januari – Mac (Pengkreditan secara online bank-in bermula 11 Mac 2026) | Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | Februari – Mac 2026 |
| Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) | Februari – Mac 2026 | |
| Fasa 2 April – Jun | Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | Mei – Jun 2026 |
| Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) | Mei – Jun 2026 | |
| Fasa 3 Julai – September | Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | Ogos – September 2026 |
| Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) | Ogos – September 2026 | |
| Fasa 4 Oktober – Disember | Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank) | November – Disember 2026 |
| Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa) | November – Disember 2026 |
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk:
- Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah:
- Talian telefon: 088 369 473/475/477/478/448/472/474/476 atau 088 309 279
- Talian Whatsapp:Â 010 – 582 8207;
- Talian telefon: 088 369 473/475/477/478/448/472/474/476 atau 088 309 279
- Whatsapp komuniti di setiap Daerah;
- E-mel rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah. [email protected]; atau MySMJ Profiler Daerah di Pejabat Daerah
- Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah:Â https://padans.sabah.gov.my/
- Portal rasmi Sabah Maju Jaya
Soalan Lazim PADANS
PADANS (Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah) ialah sistem pangkalan data bersepadu yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk mengumpul dan mengurus maklumat sosioekonomi rakyat Sabah, khususnya berkaitan data kemiskinan dan golongan yang memerlukan bantuan kerajaan.
Secara amnya, semua anak watan Sabah dan penduduk yang menetap di Sabah digalakkan untuk memastikan maklumat mereka dikemas kini dalam sistem ini bagi memudahkan urusan permohonan bantuan negeri pada masa hadapan.
Tujuan utama PADANS adalah untuk memastikan data kemiskinan di Sabah sentiasa dikemas kini dan tepat, sekali gus memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan serta melaksanakan program intervensi yang lebih berkesan kepada golongan sasar.
– Ketepatan Bantuan: Memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan kerajaan negeri (seperti bantuan pendidikan, kebajikan, atau skim usahawan).
– Penyelarasan Data: Mengelakkan pertindihan data antara pelbagai agensi kerajaan negeri.
– Perancangan Pembangunan: Membantu kerajaan mengenal pasti kawasan yang memerlukan pembangunan infrastruktur atau ekonomi yang lebih mendesak.
Ya. Data dalam PADANS digunakan sebagai rujukan dalam pelaksanaan pelbagai program bantuan kerajaan negeri, termasuk Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026 bagi memastikan penerima bantuan dikenal pasti dengan lebih tepat.




