Pernah tak rasa penat untuk seimbangkan perbelanjaan bulanan. Mana tidaknya, setiap bulan hidup untuk bayar macam-macam komitmen, keperluan harian, tapi dalam masa sama perlu juga simpan duit untuk masa depan. Lagi-lagi bila tiba musim perayaan atau hujung tahun, memang terasa laju betul duit keluar!
Tapi jangan risau, sebenarnya ada cara lebih santai dan strategik untuk uruskan semua ni. Melalui pembiayaan peribadi BSN, anda boleh semak semula dan rancang komitmen sedia ada, fahami betul-betul apa keperluan kewangan anda, dan manfaatkan peluang untuk uruskan wang perbelanjaan bulanan dengan lebih tenang.
Menjelang hujung tahun 2026 ini juga, BSN akan menawarkan lebih banyak hadiah menarik untuk dimenangi!
Kelebihan Pembiayaan Peribadi BSN
Sebagai institusi kewangan yang dekat di hati rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN) terus komited membantu rakyat Malaysia menguruskan kewangan dengan lebih baik. BSN kini menawarkan pelbagai solusi pembiayaan peribadi yang direka khas mengikut segmen pelanggan yang berbeza.
Antara kelebihan pembiayaan peribadi BSN termasuklah:
• Banyak Pilihan : Terdapat pelbagai pilihan pembiayaan yang tersedia untuk penjawat awam dan golongan profesional yang layak.
• Tempoh Fleksibel: Pelanggan boleh nikmati tempoh pembiayaan yang fleksibel bergantung kepada produk yang dipilih bagi memastikan ansuran bulanan selesa dan tidak membebankan.
• Kaedah Bayaran Mudah: Pembayaran ansuran boleh dilakukan melalui potongan gaji atau arahan tetap (standing instruction), tertakluk kepada terma produk.
• BSN MyRinggit-i Professional: Menawarkan pembiayaan sehingga RM400,000, tertakluk kepada kelayakan dan penilaian kredit. Pembiayaan ini amat sesuai dijadikan solusi mudah untuk menyatukan hutang (debt consolidation) dan menguruskan aliran tunai peribadi dengan lebih sistematik.Tertakluk terma dan syarat
Rebut Peluang Menang Hadiah Menarik Melalui Kempen Terkini BSN!
Sempena penghujung tahun ini, BSN melancarkan dua kempen Pembiayaan Peribadi baharu iaitu ‘A Year Bonus for Teachers’ dan ‘Year End Bonus’.
Kempen ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pengurusan kewangan yang bijak, malah ia turut menawarkan peluang kepada pelanggan yang layak untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.
Kempen ‘Bonus Besar Untuk Cikgu!’
Khusus buat para guru di bawah Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP), BSN membawakan kempen ‘A Year Bonus for Teachers’ untuk menghargai jasa pendidik.
• Hadiah Utama / Tawaran: Rebut peluang memenangi RM2,500 sebulan selama satu tahun dengan memohon Pembiayaan Peribadi BSN.
• Tempoh Kempen: 2 Oktober 2026 hingga 31 Disember 2026.
• Cara memohon : https://bsnconnect.bsn.com.my/renderer/single/bsn/webform/webform_finance/page1/?channel_name=FBAds_RBPersonalFinancingDebtconsolNewsWav

Kempen ‘Year End Bonus’ (Bonus Akhir Tahun Untuk Anda!)
Bagi meriahkan suasana penghujung tahun, BSN turut menganjurkan kempen ‘Year End Bonus’ yang terbuka kepada pelanggan yang layak.
• Hadiah Utama / Tawaran: Sertai kempen ini dengan Pembiayaan Peribadi BSN untuk peluang memenangi sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) canggih Proton e.MAS 7 PHEV serta pelbagai hadiah menarik yang lain.
• Tempoh Kempen: 2 Oktober 2026 hingga 31 Disember 2026.
• Cara memohon : https://bsnconnect.bsn.com.my/renderer/single/bsn/webform/webform_finance/page1/?channel_name=FBAds_RBPersonalFinancingDebtconsolNewsWav

Jom Susun Semula Kewangan Dengan Langkah Lebih Bijak!
Jika anda sedang mencari solusi mudah untuk menyusun semula komitmen kewangan, mengurangkan beban hutang, atau merancang perbelanjaan masa depan, inilah masanya untuk mengambil langkah bijak.
Kunjungi cawangan BSN terdekat atau layari laman sesawang rasmi BSN hari ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai terma dan syarat kempen serta produk pembiayaan yang disediakan.




