Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Pihak Darul Quran JAKIM kini mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon program Sijil Asas Tahfiz di Darul Quran JAKIM yang boleh dipohon menerusi pautan https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai program ini.

Mengenai Sijil Asas Tahfiz Darul Quran

Sijil Asas Tahfiz Darul Quran JAKIM merupakan program pengajian berbentuk asas (foundation) selama 12 bulan (3 semester) yang khusus untuk golongan sasaran tertentu mendalami bidang hafazan al-Quran.

Permohonan sijil ini dibuka khusus kepada OKU penglihatan, muallaf, orang asli, pribumi Sabah dan Sarawak, dan bukan warganegara (negara minoriti Muslim).

Pelajar yang menamatkan program ini berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Darul Quran JAKIM tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Sistem Pengajian

Tempoh pengajian yang ditetapkan bagi program ini adalah selama 12 bulan (3 semester) untuk OKU penglihatan, muallaf, orang asli, pribumi Sabah dan Sarawak, dan bukan warganegara (negara minoriti Muslim).

Pelajar diwajibkan menghafaz 10 juzuk al-Quran dan surah pilihan di samping mempelajari subjek lain seperti Tajwid, Bahasa Arab, Fiqh, Tafsir dan Akidah.

Kelebihan Program

Kelebihan program ini kepada pelajar adalah seperti berikut:

  • Biasiswa ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti pengajian ini.
  • Penginapan disediakan sepanjang tempoh pengajian di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
  • Tiada yuran pengajian.
  • Hanya yuran pendaftaran sahaja dikenakan (tidak termasuk bayaran buku, yuran persatuan pelajar dan sebagainya).

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dibuat sebelum atau pada 30 Oktober 2026.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i- OKU Penglihatan

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 17 – 25 tahun.
  • Lulus SPM atau percubaan SPM 2026 dengan minimum Gred C.
  • Syarat tambahan: Berkebolehan membaca al-Quran Braille dengan baik dan lancar.

ii- Muallaf

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 17 – 25 tahun.
  • Lulus SPM atau percubaan SPM 2026 dengan minimum Gred C.
  • Syarat tambahan: Berkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar.

iii- Orang Asli

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 17 – 25 tahun.
  • Lulus SPM atau percubaan SPM 2026 dengan minimum Gred C.
  • Syarat tambahan: Berkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar.

iv- Pribumi Sabah dan Sarawak

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 17 – 25 tahun.
  • Lulus SPM atau percubaan SPM 2026 dengan minimum Gred C.
  • Syarat tambahan: Berkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar.

v- Bukan Warganegara (Negara Minoriti Muslim)

  • Beragama Islam.
  • Berumur 17 – 25 tahun.
  • Memiliki Sijil Syahadah Tsanawiyah Diniyah daripada Madrasah Agama negara asal dan Sijil Pengajian Peringkat Menengah yang setaraf dengan SPM.
  • Syarat Tambahan : Berkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar serta berkebolehan membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu.

Syarat Umum Lain

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat umum lain iaitu:

  • Belum berkahwin.
  • Boleh menulis jawi.
  • Sihat tubuh badan dan kesihatan mental yang baik.
  • Lulus temu duga.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon (dalam tempoh iklan sahaja).

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Sijil Asas Tahfiz?

Sijil Asas Tahfiz Darul Quran JAKIM merupakan program pengajian berbentuk asas (foundation) selama 12 bulan (3 semester) yang khusus untuk golongan sasaran tertentu mendalami bidang hafazan al-Quran.

Siapakah yang boleh memohon untuk memasuki program ini?

– OKU penglihatan
– Muallaf
– Orang asli
– Pribumi Sabah dan Sarawak
– Bukan warganegara (negara minoriti Muslim).

Berapa lamakah tempoh pengajian bagi program ini?

Tempoh pengajian yang ditetapkan bagi sijil asas ini adalah selama 12 bulan (3 semester).

Apakah kelebihan program ini?

– Biasiswa ditawarkan.
– Penginapan disediakan sepanjang tempoh pengajian di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
– Tiada yuran pengajian.
– Hanya yuran pendaftaran sahaja dikenakan (tidak termasuk bayaran buku, yuran persatuan pelajar dan sebagainya).

Apakah syarat kelayakan bagi permohonan kemasukan ke program ini?

– Beragama Islam.
– Berumur 17 – 25 tahun.
– Warganegara Malaysia (kecuali kategori Bukan Warganegara (Negara Minoriti Muslim)
– Lulus SPM atau percubaan SPM 2026 dengan minimum Gred C (untuk OKU penglihatan, muallaf, orang asli dan pribumi Sabah dan Sarawak sahaja).
– Memiliki Sijil Syahadah Tsanawiyah Diniyah daripada Madrasah Agama negara asal dan Sijil Pengajian Peringkat Menengah yang setaraf dengan SPM (untuk kategori Bukan Warganegara (Negara Minoriti Muslim) sahaja)
– Berkebolehan membaca al-Quran dengan baik dan lancar serta berkebolehan membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi https://mydq.islam.gov.my/login_pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk makulmat lanjut, sila hubungi talian 03-60635351/5349/5374/5324 / 5323 atau [email protected]

Baca juga: Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 & 4 bagi KAA, Dini dan Tahfiz 2027

Penulis