Semakan SYUKUR Sabah – Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026

syukur sabah 2026 semakan
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

INFO TERKINI: SEMAKAN STATUS PENERIMA SYUKUR 2026 BOLEH DILAKUKAN MELALUI https://syukur.sabah.gov.my atau YONO Superapp. 

Bagi Fasa Pertama (Januari – Mac), tarikh tepat pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman Facebook rasmi Sekretariat Sabah Maju Jaya serta Pegawai MySMJ Profiler Daerah di Pejabat Daerah. Namun, sumber orang ramai di media sosial yang dikongsikan mendapati ramai yang sudah boleh membuat semakan status secara online melalui laman web rasmi .

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026 (SYUKUR) ialah inisiatif kerajaan negeri Sabah untuk membantu meringankan beban kewangan golongan miskin dan miskin tegar. Melalui program ini, Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak akan menerima bantuan tunai RM200 sebulan, dengan pembayaran dibuat dalam 4 fasa sebanyak RM600 bagi setiap fasa.

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026 atau SYUKUR adalah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang bertujuan membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan pemberian bantuan tunai RM200 sebulan selama setahun.

Bantuan ini disalurkan berperingkat secara 4 fasa dan diselaraskan oleh Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ).

Program ini mensasarkan untuk memberi manfaat kepada 100,000 penerima terutamanya Ketua Isi Rumah golongan miskin dan miskin tegar.

Bantuan ini diberi untuk meringankan beban golongan sasar terutama semasa musim perayaan utama negeri Sabah.

Program SYUKUR juga merupakan langkah kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat Sabah lebih inklusif serta menumpukan kepada mereka yang paling memerlukan.

Situasi Kemiskinan Tegar di Sabah 2025

  • Bilangan isi rumah di bawah kategori miskin tegar di Sabah adalah sekitar 1,464 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat Februari 2025, turun drastik sebanyak 89.9% dari 14,553 KIR pada Februari 2024.
  • Walaupun begitu, pada tahun-tahun sebelum penurunan ini, Sabah mencatatkan kira-kira 38% (6,937 isi rumah) dari jumlah 18,445 isi rumah miskin tegar di Malaysia keseluruhannya.
  • Disebutkan juga bahawa tujuh daripada 10 daerah termiskin di Malaysia terletak di Sabah.
  • Kadar kemiskinan tegar di Sabah adalah lebih tinggi dan ketara berbanding kadar nasional yang hanya sekitar 0.2% (data terkini nasional).
  • Beberapa daerah di Sabah mencatat kadar kemiskinan tegar yang tinggi, antaranya:
    • Tongod: 5.9% (tertinggi)
    • Beluran: 5.0%
    • Pitas: 4.8%
    • Kinabatangan: 4.6%
    • Kota Marudu: 4.0%
    • Tuaran: 2.6%
    • Ranau: 2.4%
    • Lahad Datu: 2.4%

Selain membantu dari segi kewangan, program ini juga merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kebajikan rakyat di Sabah lebih inklusif, dengan menumpukan perhatian kepada mereka yang paling memerlukan.

Objektif Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2026

  • Meringankan beban kewangan golongan miskin dan miskin tegar supaya mereka dapat menampung keperluan asas, terutamanya makanan dan kelangsungan hidup harian.
  • Membantu golongan yang benar-benar memerlukan untuk menjalani kehidupan yang lebih stabil dan selesa, khususnya bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem eKasih dan PADANS.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah melalui pemberian bantuan berterusan sepanjang tahun 2025.
  • Menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat Sabah, sebagai tanda sokongan moral dan kewangan buat golongan kurang berkemampuan.
  • Memastikan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat yang inklusif, dengan memberi tumpuan kepada kumpulan sasaran yang paling memerlukan bantuan.

Siapa Yang Layak Terima SYUKUR Sabah 2026?

Untuk melayakkan diri menerima bantuan SYUKUR Sabah 2026, pemohon perlu memenuhi syarat berikut:

Syarat Kelayakan Utama

  • Individu yang berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2025.
  • Warganegara Malaysia
  • Pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’ (penduduk asal Sabah).
  • Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 1 tahun
  • Tersenarai sebagai Ketua Isi Rumah dalam data sistem eKasih atau PADANS Sabah sehingga 31 Disember 2025. (Untuk yang belum ada data atau belum mendaftar, pendaftaran perlu dilakukan di Pejabat Pembangunan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.)
  • KIR miskin dan miskin tegar dalam pangkalan datan eKasih & PADANS (semakan berkala)

Tambahan Kriteria

  • Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
  • Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

NOTA: Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Oleh itu, pemohon dinasihatkan untuk memastikan maklumat pendapatan dan isi rumah sentiasa dikemas kini.

Jumlah Bantuan SYUKUR Sabah 2026 Fasa 1,2,3 dan 4

Kadar bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 adalah sama bagi setiap penerima iaitu RM200 sebulan atau RM2400 setahun.

Amaun bantuan ini akan diagihkan dalam 4 fasa. Setiap fasa penerima akan menerima jumlah bayaran RM600 sekaligus.

Jumlah bayaran bantuan Sentuhan Kasih Rakyat bagi setiap fasa adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 (Januari – Mac): RM 600
  • Fasa 2 (April – Jun): RM 600
  • Fasa 3 (Julai – September): RM 600
  • Fasa 4 (Oktober – Disember): RM 600

Cara Semak Status SYUKUR 2026

Status permohonan bagi Program SYUKUR kini boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

1. Semakan Melalui Portal Rasmi SYUKUR (dalam talian)

  • Layari portal SYUKUR Sabah: https://syukur.sabah.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
  • Klik butang “Semak”.
  • Status kelayakan akan dipaparkan sama ada “Layak”, “Tidak Layak”, atau “Dalam Semakan”.
semak status SYUKUR Sabah
Semakan status kelayakan SYUKUR Sabah 2026
semak status SYUKUR Sabah
Semakan status kelayakan SYUKUR Sabah 2026

2. Semakan Melalui PADANS Sabah

  • Layari portal PADANS Sabah di pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my
  • Klik menu “Semakan Permohonan”.
  • Masukkan Nombor MyKad tanpa sengkang (-).
  • Klik “Semak” untuk paparan status kelayakan.

3. Aplikasi YONO SuperApp

Muat turun aplikasi YONO dari Google Play atau App Store, log masuk dan semak status kelayakan melalui modul Bantuan.

Muat turun aplikasi YONO :

Jika Tidak Tersenarai:

  • Anda perlu kemaskini atau daftar maklumat terkini di PADANS/eKasih.
  • Boleh berkunjung ke Pejabat Daerah atau pusat bantuan untuk pendaftaran manual.
  • Sediakan dokumen sokongan seperti kad pengenalan, bil utiliti, atau surat pengesahan ketua kampung.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada MySMJ:Profiler di Pejabat Daerah berdekatan.

Tarikh Bayaran Sentuhan Kasih Rakyat 2026

Tarikh bayaran atau fasa pengagihan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 adalah seperti berikut:

FasaKategoriPengagihan
Fasa 1*
Januari – Mac
Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank)Februari – Mac 2026
Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)Februari – Mac 2026
Fasa 2
April – Jun
Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank)Mei – Jun 2026
Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)Mei – Jun 2026
Fasa 3
Julai – September
Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank)Ogos – September 2026
Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)Ogos – September 2026
Fasa 4
Oktober – Disember
Mempunyai akaun bank (dikreditkan terus ke dalam akaun bank)November – Disember 2026
Tiada akaun bank (pembayaran tunai akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)November – Disember 2026

NOTA PENTING:
  • Penerima bagi Fasa 1 dan Fasa 2 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih dan data PADANS setakat 14 Januari 2026.
  • Permohonan yang diterima pada 15 Januari 2026 hingga 31 Jun 2026 akan diproses secara berfasa mulai Jun 2026. Penerima yang layak akan bermula pada Fasa 3 dan Fasa 4.
  • Tarikh boleh berubah dan tertakluk kepada terma serta syarat yang berkenaan.
  • Kadar bantuan ialah RM200 sebulan, dibayar secara berfasa.

Kaedah Pemberian SYUKUR Sabah 2026

Bantuan SYUKUR Sabah akan disalurkan melalui kaedah seperti berikut:

  • Akaun Bank (Online Banking) :
    • Bantuan akan dikreditkan secara terus (direct credit) ke dalam akaun bank penerima yang telah berdaftar dalam sistem PADANS/eKasih. Sila kemaskini maklumat akaun segera di pautan https://syukur.sabah.gov.my

Permohonan SYUKUR 2026

Permohonan SYUKUR Sabah boleh dilakukan melalui laman web PADANS: https://padans.sabah.gov.my/

Rujuk cara-cara memohon SYUKUR Sabah 2026 melalui laman web PADANS di bawah.

  1. Layari portal rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah di pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my/
  2. Klik butang “Permohonan Baharu SKR”
  3. Lengkapkan Maklumat Daftar Akaun Pengguna Baharu SKR.
  4. Sila semak emel untuk pengesahan dan pengaktifan akaun sebelum log masuk.
  5. Klik “sahkan akaun” melalui emel yang dihantar.
  6. Pastikan keluar paparan “Berjaya! Akaun anda telah berjaya diaktifkan! Anda boleh log masuk sekarang”.
  7. Log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan.
  8. Isi dan kemaskini semua maklumat yang diperlukan dalam Borang Permohonan.
  9. Setelah maklumat disemak, klik perakuan permohonan di bahagian pengesahan. Klik “Sahkan Permohonan”.
  10. Selesai! Permohonan SYUKUR Sabah 2026 anda telah dihantar.

Panduan Pengguna Sistem SYUKUR

Berikut dikongsikan manual pengguna bagi sistem permohonan SYUKUR dalam bentuk gambar bagi memudahkan anda.

A. SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SYUKUR 2026 – PORTAL SYUKUR SABAH

  1. Layari portal SYUKUR Sabah: https://syukur.sabah.gov.my
  2. Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) anda.
  3. Klik butang “Semak”.
  4. Status kelayakan akan dipaparkan sama ada:
    • Layak
    • Tidak Layak
    • Dalam Semakan
Semakan Kelayakan SYUKUR 2025
Semakan Kelayakan SYUKUR 2026
Semakan Kelayakan SYUKUR 2025
Semakan Kelayakan SYUKUR 2026

B. PERMOHONAN SYUKUR 2026 – PADANS SABAH

  1. Layari portal PADANS Sabah di pautan berikut: https://padans.sabah.gov.my
  2. Klik menu “Semakan Permohonan”.
  3. Masukkan Nombor MyKad tanpa sengkang (-).
  4. Klik “Semak” untuk paparan status kelayakan.

Apa Perlu Buat Jika Nama Tiada Dalam Rekod?

Jika nama anda tidak tersenarai dalam sistem, anda boleh:

  • Menyediakan dokumen sokongan seperti MyKad, bil utiliti atau surat pengesahan ketua kampung.
  • Mengemaskini atau mendaftar maklumat terkini dalam sistem PADANS atau eKasih.
  • Berkunjung ke Pejabat Daerah atau pusat bantuan berhampiran di Sabah untuk pendaftaran manual.
Semakan Status Kelayakan dan Permohonan SYUKUR Sabah 2025
LANGKAH 1: Layari portal rasmi Sentuhan Kasih Rakyat 2026
SYUKUR Sabah
LANGKAH 2: Lengkapkan Maklumat Daftar Akaun Pengguna Baharu SKR.

SYUKUR Sabah
LANGKAH 3: Lakukan pengesahan dan pengaktifan akaun melalui emel yang telah didaftarkan.

LANGKAH 4: Semak inbox atau spam dalam emel pengguna dan Sahkan akaun.

SYUKUR Sabah
LANGKAH 5: Pastikan semasa Pengaktifan Akaun, keluar paparan “Berjaya! Akaun anda telah berjaya diaktifkan”.

SYUKUR Sabah
LANGKAH 6: Sila Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan

SYUKUR Sabah
LANGKAH 7: Sila tekan butang Lupa Kata Laluan sekiranya terlupa kata laluan.

SYUKUR Sabah
LANGKAH 8: Sila tekan butang “Reset Akaun” dan masukkan kata laluan baru untuk kemaskini kata laluan.

SYUKUR Sabah
LANGKAH 9: Log masuk guna kata laluan terkini.

SYUKUR Sabah
LANGKAH 10: Isi dan kemaskini semua maklumat yang diperlukan.

SYUKUR Sabah
LANGKAH 11: Isi bahagian Ketua Isi Rumah.

SYUKUR Sabah
LANGKAH 12: Klik Daftar Maklumat

SYUKUR Sabah
LANGKAH 13: Isi bahagian Ahli Isi Rumah (AIR)

SYUKUR Sabah
LANGKAH 14: Isi Bahagian Indikator.

SYUKUR Sabah
LANGKAH 15: Isi Bahagian Indikator

SYUKUR Sabah
LANGKAH 16: Teruskan isi Bahagian Indikator

SYUKUR Sabah
LANGKAH 17: Sahkan Permohonan. Selesai!!

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang soalan atau anda ingin mendapatkan info terkini berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 ini anda boleh rujuk pada :

Soalan Lazim – Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah

1. Apa itu SYUKUR Sabah 2026?

SYUKUR Sabah 2026 ialah bantuan tunai RM200 sebulan yang diberikan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah sepanjang tahun 2026 di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat.

2. Adakah bantuan SYUKUR Sabah 2026 automatik?

Ya, bantuan SYUKUR Sabah 2026 adalah automatik bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang sudah berdaftar dan disahkan sebagai kategori Miskin atau Miskin Tegar dalam pangkalan data eKasih atau PADANS.

Namun, jika status anda “Tiada Rekod”, anda perlu membuat pendaftaran atau kemaskini maklumat secara manual di Pejabat Daerah/UPPM atau melalui portal PADANS untuk membolehkan sistem menyenaraikan anda sebagai penerima.

3. Bagaimana cara memohon SYUKUR SABAH 2026?

Permohonan dibuat secara online melalui portal PADANS Sabah di padans.sabah.gov.my atau melalui pejabat daerah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM). Sediakan dokumen sokongan seperti MyKad, bukti pendapatan, dan surat pengesahan.

4. Berapa jumlah bantuan SYUKUR Sabah?

Jumlah bantuan ialah RM200 sebulan dan dibayar secara berfasa sepanjang tahun kepada penerima yang layak.

5. Siapa yang layak menerima SYUKUR Sabah?

Bantuan ini terbuka kepada rakyat Negeri Sabah yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar berdasarkan data PADANS dan garis pendapatan kemiskinan yang ditetapkan.

6. Macam mana nak semak kelayakan SYUKUR SABAH?

Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi SYUKUR di syukur.sabah.gov.my atau PADANS di https://padans.sabah.gov.my dengan menggunakan nombor kad pengenalan.

7. Apakah kaedah pembayaran bantuan SYUKUR SABAH?

Pembayaran dilakukan secara kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan atau pembayaran tunai bagi mereka tanpa akaun bank.

8. Bila tarikh pembayaran SYUKUR Sabah?

Pembayaran diagihkan dalam 4 fasa sepanjang tahun, iaitu :
FASA 1 : Januari – Mac
FASA 2 : April – Jun
FASA 3 : Julai – September
FASA 4 : Oktober – Disember

9. Apa yang perlu dibuat jika tidak layak tapi memerlukan bantuan?

Individu boleh menghubungi pejabat daerah, ketua kampung, atau saluran hotline rasmi untuk membuat rayuan dan pendaftaran semula.

Baca juga:

Rujuk Soalan Lazim FAQ Program Sentuhan Kasih Rakyat Tahun 2026:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut