Syed Saddiq dan Bella Astillah sah bertunang pada 28 Mac 2026, Sabtu di Locarasa Bamboo Hills, Kuala Lumpur.
Majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah disiarkan di secara langsung oleh Astro Gempak serta dihadiri keluarga, rakan selebriti dan kenalan terdekat.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, telah melamar Bella Astillah, pelakon dan penyanyi, di puncak Gunung Kinabalu, Sabah, ketika mereka sedang melakukan pendakian sebelum mengadakan majlis rasmi pertunangan pada hari ini.
Syed Saddiq, Bella Astillah Bertunang
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan Bella Astillah kini sah bertunang setelah mengikat tali pertunangan secara rasmi hari ini.
Perjalanan cinta mereka yang mula diperhatikan sejak 2025 akhirnya berakhir dengan pengesahan bahawa Bella kini adalah tunang Syed Saddiq.
Sekaligus, menyatukan dua dunia yang berbeza iaitu politik dan hiburan dalam satu naratif yang disambut hangat oleh rakyat Malaysia.
#BellaSyedYes
Tetamu Hadir Dengan Busana Kuning Lembut
Suasana majlis pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah tampak lebih mempesona apabila para tetamu hadir dalam busana berwarna kuning lembut.
Bella pula tampil anggun dengan persalinan baju kurung moden berwarna biru pastel lembut sedondon dengan Syed Saddiq, dipadankan dengan layah di kepala yang memberi kesan feminin dan elegan pada penampilannya.
Syed Saddiq Hadir Membawa Sejambak Bunga
Selepas selesai upacara sarung cincin, Syed Saddiq memasuki dewan sambil membawa sejambak bunga sebagai simbol kasih dan penghargaan kepada Bella Astillah.
Ucapan Syed Saddiq Dalam Majlis Pertunangan
Dalam majlis pertunangan itu, Syed Saddiq menyampaikan ucapan ringkas yang penuh makna dan rasa syukur.
Dia menggambarkan dirinya sebagai “jejaka paling bertuah” kerana berpeluang menjadi salah seorang yang paling dekat dengan Bella Astillah.
Selain itu, beliau juga memuji kekuatan dan ketabahan wanita itu sebagai ibu tunggal yang tidak kenal erti penat.
Dalam ucapan penuh emosi itu, Syed Saddiq turut menyentuh soalan sensitif yang kerap timbul di media sosial mengenai latar belakang Bella Astillah sebagai wanita yang pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

“Kadang‑kadang apabila saya baca ada yang bertanya, Bella pernah berkahwin dan mempunyai dua anak, boleh terimakah?” ujarnya.
“Saya ingin jelaskan, saya mencintai Bella bukan di sebalik perkara itu, tetapi saya mencintainya kerana anak‑anaknya juga, Ayden dan Ara. Saya mahu tegaskan perkara itu.”
“Itu sesuatu yang sangat istimewa. Saya harap Ara dan Ayden dapat terima saya. Walaupun saya mungkin tidak boleh menari seperti Ara, saya harap dia boleh menerima saya.
Ayden pula, saya tidak sabar untuk berlatih bersama dan belajar daripadanya. Mereka berdua anak yang sangat hebat,”
Ucapan penuh keikhlasan itu menyentuh hati ramai hadirin, termasuk Bella yang dilihat tidak dapat menahan sebak.
Hantaran Pertunangan Syed Saddiq & Bella Astillah
Majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq turut menampilkan susunan hantaran yang sarat makna dan unik, menonjolkan gabungan antara tradisi, simbolik cinta dan persiapan masa depan.
Majlis tersebut menyaksikan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan tema ‘masa depan’, yang di dalamnya bukan hanya termasuk 120 keping emas sebagai simbol kekuatan komitmen, malah juga simpanan ASNB dan Tabung Haji untuk Bella Astillah, serta SSPN untuk kedua anak Bella, Ayden dan Ara.
Ini sebagai tanda kesungguhan memikul tanggungjawab bukan sahaja terhadap Bella, tetapi juga kepada masa depan keluarga mereka.
Di sisi lain, Bella membalas dengan tujuh dulang hantaran bertemakan Gunung Kinabalu, merujuk kepada lamaran Syed Saddiq yang berlaku di puncak gunung itu, menjadikan Gunung Kinabalu sebagai simbol ikatan cinta yang lahir ketika mereka mendaki bersama.
Hantaran pertunangan YB Syed Saddiq bertemakan masa depan:
- Cincin pertunangan
- Simpanan ASNB kepada Bella Astillah
- Simpanan Tabung Haji kepada Bella Astillah
- SSPN kepada Ayden
- SSPN kepada Ara

Hantaran Bella Astillah kepada Syed Saddiq bertemakan Green Forest:
- Cincin
- Buku Nota Custom ( Dalam tu ada Nota Cinta yerrr ) and Pen Lamy ada engrave #BellaSyedYes
- Wangian Parfume Oud ditempah khas
- Pemanis Coklat walaupun hari ni dah terlebih gula
- Baju kemeja
- Set makanan kucing buat kucing Syed Saddiq dengan handmade marble bowl dan baju kucing comel
- Cupcake



Siaran Langsung Majlis Pertunangan Syed Saddiq & Bella Astillah
Sairan langsung Majlis Pertunangan Syed Saddiq dan Bella Astillah boleh disaksikan melalui Youtube Astro Gempak.




