Syarat Sah Puasa & Perkara yang Membatalkan Puasa ~ Mari Ulangkaji!

Syarat Sah Puasa & Perkara yang Membatalkan Puasa ~ Mari Ulangkaji!

Setiap tahun, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan selama sebulan. Ibadah puasa adalah merupakan rukun Islam yang ketiga dan wajib dilakukan oleh setiap umat Islam yang menepati syarat-syarat tertentu. 

Mari kita ulangkaji semula syarat sah puasa dan perkara yang membatalkan puasa serta beberapa info penting mengenai Ramadan yang perlu kita ketahui.

BACA JUGA: Puasa 6 Syawal – Niat, Kelebihan & Gabung Puasa Ganti – JAKIM

Definisi Puasa

Puasa dari segi syarak bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam. 

Selain bulan Ramadan, terdapat juga puasa-puasa sunat yang dilakukan pada hari-hari tertentu dalam Islam.

Dalil Pensyariatan Puasa

Dalil pensyariatan puasa ada di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 183:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Rukun Puasa

Rukun puasa ada dua; 

1. Niat.

Niat mestilah dilafazkan dalam hati dalam keadaan sedar. Niat berpuasa di bulan Ramadan ialah:

“Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadan kerana Allah Taala”

2. Meninggalkan perkara yang membatalkan puasa

Syarat Sah Puasa

Terdapat beberapa syarat sah puasa yang perlu dipenuhi untuk memastikan ibadah puasa yang dilakukan sah. Berikut ialah beberapa syarat sah puasa:

1. Beragama Islam

Individu yang berpuasa wajib beragama Islam. Sekiranya individu tersebut murtad pada hari tersebut, maka tidak sahlah puasanya.  

2. Berakal & Mumayyiz

Berakal juga merupakan salah satu syarat sah puasa. Individu yang menjalani puasa disyaratkan untuk terus berakal dan mumayyiz sepanjang hari. Sekiranya seseorang gila atau hilang kewarasan walaupun seketika, maka terbatallah puasanya. 

3. Suci Daripada Haid & Nifas

Individu yang berpuasa juga wajib suci daripada haid dan nifas. Sekiranya wanita datang haid walaupun pada detik terakhir sebelum berbuka, maka puasanya tetap dikira batal. 

4. Mengetahui Waktu yang Sah untuk Berpuasa

Seseorang yang berpuasa hendaklah mengetahui waktu yang sah untuk berpuasa dan tidak berpuasa pada hari yang diharamkan berpuasa. 

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Syarat Sah Puasa, Syarat Wajib Puasa & Perkara yang Membatalkan Puasa ~ Mari Ulangkaji!

1. Makan dan minum dengan sengaja

2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka

3. Muntah dengan sengaja

4. Keluar haid & nifas

5. Gila

6. Murtad

7. Keluar mani dengan sengaja

8. Bersetubuh di siang hari

FAQ Berkaitan Puasa

Muat Turun PDF di bawah untuk merujuk beberapa soalan lazim mengenai puasa dan Ramadan.

Panduan Menjalani Ibadah Puasa – Risalah Fiqh Puasa

Semoga panduan ini bermanfaat bagi umat Muslim dalam menjalankan ibadah puasa dengan penuh ketaataan kepada Allah SWT.

Sumber: 

  1. Risalah Fiqh Puasa – Jabatan Mufti Negeri Selangor
  2. Soal Jawab Ramadan – MUIS
  3. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI 
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!