Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam RM180 (Bajet 2023)

Bajet 2023: Subsidi Yuran Taska RM180 Bagi Penjawat Awam

Dalam Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh PM Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara insentif yang telah menarik perhatian ramai pihak adalah pemberian subsidi bagi yuran pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja sektor awam.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang subsidi ini.

Apakah Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam 2023?

Pemberian yuran subsidi ini adalah sebanyak RM180 bagi seorang anak dan insentif ini diharap dalam meringinkan sedikit beban yang ditanggung oleh setiap penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska.

Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai berkhidmat.

Sekiranya yuran tersebut melebihi RM180.00, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.

Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA ini hanya layak diberi kepada sealah seorang pegawai sama ada suami atau isteri bagi seorang anak.

Syarat Kelayakan

syarat kelayakan bantuan taska kerajaan

Insentif subsidi yuran taska ini sebenarnya bukanlah perkara baru sebaliknya telah diumumkan dalam pembentangan belanjawan sebelum-sebelum ini.

Namun begitu, terdapat sedikit perubahan di mana syarat kelayakan bagi subsidi ini telah ditambah baik.

Subsidi sebanyak RM180 ini layak diterima oleh penjawat awam yang bergaji RM7,000 ke bawah.

Untuk rekod, syarat kelayakan gaji ini telah dinaikkan daripada RM5,000 yang telah diumumkan pada ucapan Bajet Tahun 2014.

Perubahan mengenai syarat kelayakan ini telah diumumkan melalui Surat Pekeliling PP Bil.1/2023 yang berkuatkuasa 1 April 2023.

Sumber: Buletin TV9

Cara Permohonan Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam 2023

Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.

Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut:

  1. Salinan penyata gaji
  2. Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak
  3. Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/ anak pelihara;
  4. Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri;
  5. Salinan penyata gaji suami/ isteri. Bagi suami/ isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai

Pemberian subsidi yuran pengasuhan Taska ini layak diberi kepada anak yang berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska.

Memperkasa Pendidikan Awal kanak-kanak

Pemberian subsidi ini merupakan salah satu usaha Kerajaan untuk memperkasa dan memperluas akses pendidikan awal kepada kanak-kanak.

Selain itu, bagi memperluas akses pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 buah taska dan tabika kemas termasuk 13 projek baharu.

Seterusnya Kerajaan akan terus memudah cara garis panduan untuk pusat jagaan kanak-kanak di pejabat termasuk membenarkan penyediaan pusat jagaan di aras pejabat yang lebih tinggi.

Tambahan lagi, insentif cukai sedia ada juga akan dilanjutkan bagi elaun jagaan kanak-kanak serta kos menyediakan pusat jagaan di pejabat.

Pelbagai usaha dan insentif oleh kerajaan Perpaduan ini diumumkan kerana Kerajaan sensitif akan keperluan kaum wanita terutamanya mereka yang terpaksa berhenti bekerja selepas tempoh cuti bersalin untuk menjaga anak-anak kerana kos penjagaan kanak-kanak yang tinggi.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!