Toyota Vios 2023: Varian, Spesifikasi, Harga (Malaysia)

Toyota Vios 2023 kini secara rasminya telah dibuka untuk tempahan.

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah membuka tempahan untuk pembelian Toyota Vios 2023, generasi ke empat model ini yang bakal dikeluarkan dalam 2 varian.

Toyota Vios model terbaru in kini dipasarkan sebagai “fastback” dan bukannya sedan dan memperoleh beberapa peningkatan ketara berbanding model sebelumnya.

Artikel berkaitan: Perodua Axia Baru 2023: Harga, Varian & Gambar Terkini

Fungsi dan aksesori

Toyota Vios 2023 ini dikuasakan oleh enjin 2NR-FE 1.5 liter (juga dengan Dual VVT-i) dengan 107 PS dan 140 Nm.

Sistem Audio Paparan 9-inci yang tersedia (unit nipis) kini didatangkan dengan sokongan untuk Android Auto tanpa wayar dan Apple CarPlay (sebelum ini berwayar sahaja).

Model baharu ini juga kini didatangkan dengan lohong udara belakang serta brek letak kereta elektronik dengan penahan brek automatik.

Bilangan mod pemanduan juga telah meningkat kepada tiga iaitu Power, Eco dan Normal (sebelum ini hanya Eco dan Sport).

Model terbaru ini juga didatangkan dengan roda aloi 17-inci, paddle shifter dan monitor pandangan panoramik.

Leaflet rasmi bagi Vios model terbaru ini boleh dilihat di laman web rasmi Toyota Malaysia di https://www.toyota.com.my/en/models/vios.html?gclid=Cj0KCQiAgOefBhDgARIsAMhqXA61QDTMALsS_9v2nfO-DprQEYJGv-OrTQsA5AUwgkb6CMQdKtsW1c0aAkUkEALw_wcB

Varian dan Harga Toyota Vios 2023 Baharu

Toyota Vios 2023 ini bakal dilancarkan dengan 2 model varian.

Anggaran harga bermula pada RM90,000 di atas jalan tanpa insurans untuk varian asas 1.5E.

Sementara itu, bagi varian 1.5G yang didatangkan dengan pelbagai fungsi tambahan pula dijual pada julat berharga RM96,000.

Ya, hanya dua varian yang dijual untuk model terbaru ini – 1.5J tahap permulaan dan GR-S yang lebih sporty telah dihentikan buat masa ini.

Toyota Vios 2023 juga akan didatangkan dengan 5 pilihan warna termasuk Silver Metallic, Attitude Black, Nebula Blue Metallic dan Spicy Scarlet, yang terakhir ialah warna hero.

Pilihan warna kelima ialah Platinum White Pearl yang akan menelan kos tambahan RM400.

Artikel berkaitan: Toyota Veloz Malaysia : Harga, Spesifikasi, Varian & Interior

Ciri keselamatan

  1. Lane Departure Prevention
  2. Lane Departure Warning
  3. Front Departure Alert
  4. Pre-Collision System
  5. Lane Keeping Control
  6. Adaptive Cruise Control
  7. Auto High Beam

Artikel berkaitan: Perodua Alza 2022 : Harga Terkini, Spesifikasi Varian & Warna

Waranti

Setiap pembelian didatangkan dengan waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had.

Maklumat Lanjut & Tempahan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!