Liga Super 2025-26: Jadual, Tarikh Perlawanan, LIVE Streaming

Liga Super 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Jadual Liga Super 2025-26, Tarikh Perlawanan & LIVE Streaming

Liga Super, pertandingan tertinggi bola sepak kebangsaan Malaysia semakin mendapat perhatian peminat tempatan dan luar negara.

Musim kali ini dijangka lebih membara dengan kemasukan beberapa pasukan baharu serta pemain import yang berbakat.

Saingan untuk merangkul kejuaraan tidak akan mudah dengan aksi sengit dijangka berlaku di setiap perlawanan.

Namun begitu, cabaran daripada pasukan-pasukan lain juga tidak boleh dipandang sepi memandangkan banyak pasukan telah berbelanja besar bagi menguatkan pasukan masing-masing.

Baca juga: Piala Sumbangsih – Sejarah & Jadual Perlawanan 2025

Senarai Pasukan

liga super 2025

Liga Super 2025-2026 menyaksikan 13 pasukan antara berlawanan sesama sendiri sebanyak 2 pusingan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan senarai penuh semua pasukan yang bertanding pada Liga Super 2025-2026:

  1. Johor Darul Ta’zim FC (JDT)
  2. Selangor FC
  3. Penang FC
  4. Kuching City FC
  5. Sabah FC
  6. Terengganu FC
  7. Negeri Sembilan FC
  8. Kelantan Darul Naim FC
  9. Kuala Lumpur City FC
  10. PDRM FC
  11. DPMM FC
  12. Melaka FC
  13. Imigresen FC

Bola Rasmi Liga Super

Malaysian Football League (MFL) membuka tirai musim baharu 2025-2026 dengan pelancaran bola rasmi Liga Malaysia, iaitu PUMA Orbita MFL 1 yang kini memasuki musim keempat penggunaannya.

Jenama sukan terkenal, PUMA | ACTIVE SPORTS, terus menjadi rakan penaja dan pembekal bola perlawanan rasmi Liga M, membawakan teknologi dan reka bentuk terkini untuk semua perlawanan dalam kejohanan elit tanah air.

Sebelum ini, PUMA turut memperkenalkan edisi khas bola untuk sambutan 100 tahun TM Piala Malaysia pada 2021.

MFL juga mencatat sejarah sebagai liga bola sepak pertama di Asia yang menggunakan bola perlawanan rekaan PUMA, dan kerjasama ini telah bermula sejak musim 2022 melalui penggunaan PUMA MFL Accelerate 21.1 Pro.

Menariknya, bola keluaran PUMA turut digunakan secara meluas dalam pelbagai liga utama dunia dan kejohanan berprestij seperti Liga Perdana Inggeris (EPL), La Liga (Sepanyol), Serie A (Itali), Liga Portugal, English Football League (EFL), AFCON 2025, serta CONMEBOL Libertadores di Amerika Selatan. Malah, Copa America juga menggunakan bola rasmi daripada PUMA.

Ciri-Ciri Utama Bola Rasmi PUMA Orbita MFL 1:

  • Reka bentuk 12 panel menggunakan acuan frekuensi tinggi bagi mengekalkan bentuk asal bola.
  • Permukaan PU bertekstur 3D untuk meningkatkan aerodinamik dan ketahanan semasa perlawanan.
  • Dilengkapi belon getah dan injap PAL (PUMA Air Lock) bagi mengekalkan tekanan udara dan memastikan lantunan yang stabil dan konsisten.
  • Ketebalan permukaan PU 1.2mm membantu:
    • Mengurangkan penyerapan air
    • Meningkatkan ketahanan dalam pelbagai keadaan cuaca
    • Menambah prestasi aerodinamik dan rintangan terhadap lelasan
  • Disahkan dengan pensijilan FIFA Quality Pro, menandakan pematuhan kepada standard antarabangsa untuk kualiti dan prestasi bola.
  • Menampilkan penjenamaan rasmi PUMA x Liga Malaysia, mewakili kerjasama strategik untuk musim 2025–2026.

Bola PUMA Orbita MFL 1 boleh didapati secara eksklusif di ACTIVE SPORTS dan kedai rasmi PUMA terpilih pada harga RM579.

liga super 2025
liga super 2025

Tarikh Perlawanan Pembuka Liga Super

Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2025 iaitu Piala Sumbangsih dijadualkan akan berlangsung pada 8 Ogos 2025, menemukan juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Takzim dan Naib Juara Liga Super 2024, Selangor FA.

Seperti termaktub dalam undang undang Liga Malaysia, hak penganjuran Piala Sumbangsih kekal diberikan kepada juara Liga Super, dan ini bermakna JDT akan menjadi tuan rumah untuk tahun ke-10 berturut turut.

  • Tarikh : 8 Ogos 2025 (Jumaat)
  • Masa : 9.00 malam
  • Lokasi Perlawanan : Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor 
Kredit: FB JDTFC

Baca juga: Thai King’s Cup Sepak Takraw 2025 – Jadual Perlawanan Malaysia

Kalender Liga Malaysia 2025-2026

MFL turut mengeluarkan kalendar penuh saingan Liga M 2025-2026, yang memperincikan jadual untuk kejohanan utama seperti berikut:

  • Piala FA: Bermula 15 Ogos 2025, Final pada 14 Disember 2025
  • Piala Malaysia: Bermula 17 Januari 2026, Final pada 23 Mei 2026
  • Piala Cabaran MFL: Bermula 6 Februari 2026, Final dua perlawanan pada 4 & 18 April 2026

Namun, MFL menjelaskan bahawa kemungkinan pindaan jadual masih boleh berlaku berikutan beberapa faktor penting melibatkan kejohanan antarabangsa dan kelab.

MFL menyatakan bahawa jadual penuh Liga M tidak dapat dikeluarkan lebih awal disebabkan sesi undian Kejohanan AFC, termasuk Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan ACL2 yang dijadual pada 15 Ogos ini, membabitkan penyertaan JDT dan Selangor FC.

Tambahan pula, kedua-dua kelab tersebut juga akan bertanding dalam Kejuaraan Kelab ASEAN, di mana jadual rasmi baharu sahaja diumumkan oleh AFF.

Ini menyebabkan MFL perlu mengambil kira semua perlawanan ini bagi memastikan kelancaran saingan domestik.

Perlawanan Siaran Langsung Liga Super 2025-2026

Kesemua siaran langsung pada waktu sebenar perlawanan boleh disaksikan di saluran berikut:

  • TV2
  • Sukan RTM
  • TV Okey
  • RTM 1

Ikuti siaran langsung LIVE streaming RTM :

Anda juga boleh tonton secara penstriman langsung di Aplikasi RTMKlik melalui link dibawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: