STR Tunai – Bagi Penerima STR 2026 Tiada Bank Akaun

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

STR tunai merupakan salah satu mekanisme pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 yang disalurkan kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank.

Bagi memastikan proses agihan berjalan lancar dan tersusun, kerajaan telah menetapkan garis panduan dan tarikh tertentu bagi kaedah bayaran STR secara tunai.

Artikel ini akan menerangkan secara terperinci tatacara penunaian STR tunai di bawah.

Ringkasan STR Tunai 2026
  • STR Tunai ialah pembaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank atau pembayaran ke akaun bank gagal.
  • Bagi penduduk pendalaman Sarawak, STR Tunai akan diagihkan bermula 9 Mei 2026 sehingga akhir Jun 2026 mengikut zon dan lokasi.
  • Bagi penduduk pendalaman Sabah, STR Tunai akan diagihkan bermula 25 April 2026 hingga 30 Jun 2026 mengikut lokasi.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR merupakan antara usaha di bawah inisiatif Payung Rahmah yang dirancang untuk meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dalam menangani tekanan kos sara hidup.

Bagi tahun 2026, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan jumlah terbesar dalam sejarah iaitu sebanyak RM15 bilion bagi menjayakan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Inisiatif berskala besar ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 9 juta penerima, yang merangkumi lebih 60% daripada populasi dewasa di negara ini.

Apa Itu STR Tunai?

STR Tunai merujuk kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank atau pembayaran ke akaun bank gagal.

Selain itu, bagi penduduk pendalaman Sabah dan Sarawak, STR Tunai akan diagihkan mengikut lokasi dan tarikh yang ditetapkan pihak berkuasa setempat.

Siapa yang layak menerima STR tunai?

  • Penerima STR 2026 yang tiada akaun bank.
  • Penerima yang berstatus gagal kredit (pembayaran gagal masuk ke akaun bank) – dengan syarat status pembayaran pada portal rasmi STR atau MySTR menunjukkan “Tunai”.

Cara Pengagihan STR Tunai – BSN

Pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara tunai kepada penerima yang tiada akaun bank dilaksanakan melalui sistem tuntutan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Penerima yang tidak melaporkan maklumat akaun bank atau pembayaran ke akaun bank gagal kredit akan diberi kebenaran untuk menerima bantuan secara tunai, dengan syarat status pembayaran pada portal rasmi STR atau MySTR menunjukkan “Tunai”.

Untuk itu, penerima perlu hadir sendiri ke cawangan BSN berdekatan dengan membawa MyKad asal bagi pengesahan identiti dan penuntutan wang, manakala mereka yang uzur atau tidak berkemampuan hadir boleh mendelegasikan wakil yang didaftarkan secara rasmi untuk mengambil bantuan atas nama mereka.

Di kawasan pedalaman seperti Sarawak dan Sabah, pengagihan tunai STR dijadualkan melalui program penunaian khas di pejabat hasil/BSN setempat atau lokasi tertentu, di mana penerima akan dipanggil mengikut senarai nama dan jadual tarikh yang dikomunikasikan oleh pihak berkuasa setempat.

Untuk pengagihan STR tunai tahun 2026 bagi kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah, rujuk jadual di bawah.

Pengagihan STR Tunai 2026 (Kawasan Pedalaman Sarawak)

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈 𝐒𝐓𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 (𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐊)

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 di kawasan pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian akan dilakukan secara tunai di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan mengikut zon dan tarikh tertentu.

Rujuk jadual di bawah:

ZON UTARA (Bahagian Miri, Bintulu & Kapit)

LokasiTarikhMasa
Dewan Masyarakat Beluru, Baram9 Mei 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 4.30 petang
Dewan SJK(C) Kee Tee, Long Lama9 Mei 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 2.00 petang
Dewan Masyarakat Bekenu10 Mei 2026 (Ahad)8.30 pagi – 4.30 petang
Kg. Long San Ulu, Baram10 Mei 2026 (Ahad)8.30 pagi – 4.30 petang
Balai Raya Sebauh22 Mei 2026 (Jumaat)8.30 pagi – 2.00 petang
Dewan SK Tatau23 Mei 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 4.30 petang
Dewan Serbaguna Long Bedian23 Mei 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 4.30 petang
Dewan Lamin Adet Bangen Kimet Uma, Baha Apau Koyan, Sg. Asap, Belaga20 Jun 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 2.00 petang
Dewan SK Tegulang, Belaga20 Jun 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 4.30 petang

ZON TENGAH (Bahagian Sarikei, Mukah & Kapit)

LokasiTarikhMasa
Rh. Dapong Ak. Sempurai, Nanga Antawau Balleh Ulu, Kapit16 Mei 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 4.30 petang
Laman Pakan16 Mei 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 2.00 petang
Dewan Masyarakat Julau17 Mei 2026 (Ahad)8.30 pagi – 2.00 petang
Stadium Perpaduan Dalat13 Jun 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 2.00 petang
Dewan Masyarakat Daro13 Jun 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 2.00 petang

ZON SELATAN (Bahagian Sri Aman, Betong, Samarahan & Serian)

LokasiTarikhMasa
Dewan Mahligai Gading, Lundu20 Jun 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 4.30 petang
Dewan Masyarakat Tebedu27 Jun 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 2.00 petang
Dewan Komuniti Pusa27 Jun 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 2.00 petang
Dewan Mesra Simunjan27 Jun 2026 (Sabtu)8.30 pagi – 4.30 petang
Dewan Serbaguna Engkilili28 Jun 2026 (Ahad)8.30 pagi – 2.00 petang
Dewan Serbaguna SJK(C) Chung Hua Asajaya28 Jun 2026 (Ahad)8.30 pagi – 4.30 petang

    1. Hadir Mengikut Tarikh & Lokasi Ditetapkan

    Penerima perlu hadir pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan (rujuk surat jemputan rasmi atau Pejabat Daerah) bagi mengelakkan kesesakan. Penunaian tidak dibenarkan di luar tarikh yang dijadualkan.

    2. Masa Penunaian

    Masa operasi penunaian adalah seperti berikut:

    • 8.30 pagi – 4.30 petang / 8.30 pago – 2.00 petang.
    • 𝐾𝑒𝑢𝑡𝑎𝑚𝑎𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑛𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑤𝑎𝑟𝑔𝑎 𝑒𝑚𝑎𝑠 𝑖𝑎𝑖𝑡𝑢 60 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒 𝑎𝑡𝑎𝑠 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑛𝑦𝑒𝑑𝑖𝑎𝑎𝑛 𝑙𝑎𝑙𝑢𝑎𝑛 / 𝑘𝑎𝑢𝑛𝑡𝑒𝑟 𝑏𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖𝑛𝑔𝑎𝑛

    3. Dokumen Diperlukan

    Penerima perlu membawa dokumen pengenalan diri berikut:

    • MyKad / MyKid atau
    • Surat Beranak yang asal

    Dokumen ini diperlukan untuk tujuan pengesahan sebelum bayaran tunai dibuat.

    NOTA: 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎𝑦𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑆𝑇𝑅 2026 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑝𝑒𝑛𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑝𝑒𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑑𝑖 𝑆𝑎𝑟𝑎𝑤𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑔𝑢𝑠 𝑡𝑒𝑟𝑡𝑎𝑘𝑙𝑢𝑘 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑎𝑘𝑖 𝑏𝑎𝑦𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑑𝑖𝑡𝑢𝑛𝑡𝑢𝑡.

    Pengagihan STR Tunai 2026 (Kawasan Pedalaman Sabah)

    Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun 2026 bagi Penerima Tiada Akaun Bank di Pedalaman Sabah akan bermula dari 25 April 2026 hingga 30 Jun 2026 seperti ketepatan berikut:

    • 25 APRIL 2026 (SABTU) – DEWAN DATO’ SHAHBANDAR MAKANG, KUALA PENYU
    • 26 APRIL 2026 (AHAD) – DEWAN DSP DUN BANIR, BEAUFORT
    • 10 MEI 2026 (AHAD) – DEWAN SRI ONTOROS, KEMABONG
    • 16 MEI 2026 (SABTU) – DEWAN KG. LOHAN 1, RANAU
    • 16 MEI 2026 (SABTU) – DEWAN SERBAGUNA DAERAH NABAWAN
    • 16 MEI 2026 (SABTU) – DEWAN TERBUKA TONGOD
    • 21 MEI 2026 (KHAMIS) – DEWAN TERBUKA MATUNGGONG
    • 23 MEI 2026 (SABTU) – DEWAN BELIA TANDEK, KOTA MARUDU
    • 23 MEI 2026 (SABTU) – DEWAN TERBUKA KOBONG, PULAU BANGGI
    • 23 MEI 2026 (SABTU) – DEWAN MASYARAKAT MAJLIS DAERAH BELURAN
    • 13 JUN 2026 (SABTU) – PERKARANGAN PEJABAT DAERAH PITAS
    • 14 JUN 2026 (AHAD) – DEWAN TERBUKA PEJABAT DAERAH PAITAN
    • 20 JUN 2026 (SABTU) – DEWAN BELIA KUNAK
    • 21 JUN 2026 (AHAD) – DEWAN TERBUKA SK BALIMBANG

    NOTA:

    • Sila hadir mengikut tarikh, lokasi dan masa (8.30 pagi hingga 2.00 petang) bagi melancarkan proses penunaian.
    • Penerima perlu membawa MyKad / MyKid atau Surat Beranak yang asal untuk tujuan pengesahan sebelum bayaran tunai dibuat.
    • Program Jualan Rahmah Madani turut diadakan di setiap lokasi penunaian.

    Maklumat Lanjut

    Untuk menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

    i. Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
    ii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    iii. Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    iv. Hubungi Talian Pejabat HASiL (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
    v. Hadir sendiri ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / UTC.

    BACA JUGA:

    Soalan Lazim STR Tunai 2026

    Apa itu STR Tunai 2026?

    STR Tunai 2026 merujuk kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar secara wang tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank atau pembayaran ke akaun bank gagal.

    Siapa layak menerima STR Tunai?

    – Tiada akaun bank
    – Status pembayaran MySTR menunjukkan “gagal kredit” ke akaun pemohon/pasangan.

    Di mana dan bagaimana nak tuntut STR Tunai?

    Penerima perlu hadir ke mana‑mana cawangan BSN dengan membawa MyKad asal untuk tuntutan. Status pembayaran pada MySTR / portal STR mesti menunjukkan “Tunai” sebelum ke cawangan.

    Bila bermulanya pembayaran STR Tunai 2026?

    Pembayaran STR 2026 adalah mengikut fasa, (Fasa 1 bermula 20 Januari 2026; Fasa 2 bermula 10 Mac 2026), termasuk pembayaran tunai di BSN mengikut jadual yang dikeluarkan.

    Apakah dokumen diperlukan untuk tuntut STR Tunai?

    – MyKad asal penerima.
    – Surat Beranak yang asal
    – Dokumen lain yang diperlukan oleh BSN jika terdapat gagal kredit (contohnya penyata bank).

    Bagaimana nak tahu sama ada STR saya dibayar tunai atau kredit bank?

    Penerima perlu semak status pembayaran STR 2026 di Portal STR. Jika status menunjukkan “Tunai” atau “gagal kredit”, bantuan perlu dituntut secara tunai di kaunter BSN.

    Bolehkah saya ubah kaedah bayaran lepas dah dapat STR Tunai?

    Boleh. Penerima yang sebelum ini diberi STR Tunai boleh kemas kini maklumat akaun bank melalui portal STR/MySTR supaya fasa seterusnya dibayar melalui kredit bank.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut