STR Tunai BSN – Melalui Akaun Bank & Tiada Akaun Bank

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

STR tunai BSN merupakan salah satu mekanisme pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 yang disalurkan kepada penerima layak, sama ada melalui akaun bank atau secara tunai di kaunter BSN.

Bagi memastikan proses agihan berjalan lancar dan tersusun, kerajaan telah menetapkan garis panduan dan tarikh tertentu bagi kedua-dua kaedah bayaran ini.

Artikel ini akan menerangkan secara terperinci tatacara penunaian STR tunai BSN mengikut kategori penerima sama ada mempunyai akaun bank atau sebaliknya.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR merupakan antara usaha di bawah inisiatif Payung Rahmah yang dirancang untuk meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dalam menangani tekanan kos sara hidup.

Bagi tahun 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa peruntukan untuk STR sebanyak RM2.3 bilion berbanding RM2.1 bilion pada tahun lalu.

Secara keseluruhan, hampir 9 juta penerima atau 60% daripada populasi dewasa akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan program STR dan SARA pada tahun 2025.

Untuk STR dan SARA 2025, Kerajaan telah meningkatkan jumlah maksimum bantuan kepada isi rumah kepada RM4,600 peningkatan hampir 25% berbanding RM3,700 pada tahun sebelumnya.

Bagi golongan bujang pula, kadar minimum dinaikkan kepada RM600 berbanding RM500 pada tahun lalu, bersamaan peningkatan sebanyak 20%.

Cara Pengagihan STR Melalui Akaun BSN

Pengkreditan bayaran ke dalam akaun bank akan dilaksanakan secara berperingkat, berdasarkan maklumat penerima yang telah diserahkan oleh LHDNM kepada pihak BSN.

Penerima digalakkan untuk menyemak status bayaran melalui Perbankan Internet myBSN atau Mesin ATM BSN.

Bagi bayaran secara tunai pula, ia akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan di semua cawangan BSN.

Penerima diminta membawa kad pengenalan bagi tujuan pengesahan identiti semasa penunaian.

Cara Pengagihan STR Bagi Individu yang Tiada Akaun Bank

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 di kawasan pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian akan dilakukan secara tunai di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan mengikut zon dan tarikh tertentu.

1. Hadir Mengikut Tarikh & Lokasi Ditetapkan

Penerima perlu hadir pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan (rujuk surat jemputan rasmi atau Pejabat Daerah) bagi mengelakkan kesesakan. Penunaian tidak dibenarkan di luar tarikh yang dijadualkan.

2. Masa Penunaian

Masa operasi penunaian adalah seperti berikut:

  • 8:30 pagi hingga 4:30 petang, kecuali:
    • Dewan Kampung Semop, Daro (29 Jun 2025)
    • Pejabat Daerah Lingga
    • Dewan Serbaguna Long Bedian
      • 8:30 pagi hingga 2:00 petang sahaja

*Keutamaan diberikan kepada warga emas (60 tahun ke atas) dan orang kurang upaya (OKU).

3. Dokumen Diperlukan

Penerima perlu membawa dokumen pengenalan diri berikut:

  • MyKad / MyKid atau
  • Surat Beranak yang asal

Dokumen ini diperlukan untuk tujuan pengesahan sebelum bayaran tunai dibuat.

4. Jika Tidak Hadir pada Tarikh Ditetapkan

Sekiranya penerima tidak hadir pada tarikh/lokasi yang ditetapkan, penunaian boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran mulai:

  • 4 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025

Nota: Penunaian di cawangan BSN sebelum 2 Ogos 2025 tidak dibenarkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut