SMEEF 2.0 : Permohonan Dana Kecemasan PKS 2.0 Tahun 2022

Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0) menyediakan bantuan pinjaman pembiayaan kepada PKS yang terjejas akibat banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai atau tanah runtuh.

Syarikat di bawah kategori Perusahaan Kecil & Sederhana boleh memohon pembiayaan SMEEF 2.0 ini.

Berikut dikongsikan syarat dan kelebihan pembiayaan tersebut.

Apakah Dana Kecemasan PKS 2.0 (SMEEF 2.0)?

Dana Kecemasa PKS 2.0 (SMEEF 2.0) adalah untuk membantu PKS yang terjejas akibat bencana alam termasuk banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai dan tanah runtuh.

Perincian pembiayaan adalah seperti butiran berikut:

  1. Jumlah pembiayaan : RM50,000 – RM100,000
  2. Peratusan pembiayaan : Sehingga 100%
  3. Tempoh pembiayaan : Sehingga 5 tahun termasuk 12 bulan moratorium
  4. Kadar pembiayaan : 0%

Baca juga: Semakan Dividen KWSP 2022 Bagi Tahun Kewangan 2021

Syarat Kelayakan SMEEF 2.0

Untuk layak, syarikat anda mestilah memenuhi syarat berikut:

  1. Berdaftar dengan SSM dan memiliki lesen perniagaan yang sah
  2. Beroperasi dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana
  3. Menyediakan bukti kesan bencana alam i.e, surat yang dikeluarkan oleh pejabat daerah atau salinan laporan polis
  4. Syarikat PKS dalam mana-mana sektor ekonomi

Kelayakan minimum:
Jualan tahunan : RM300,000 dan ke atas; atau Pekerja sepenuh masa; 5 orang dan ke atas.

Pembiayaan Yang Layak

  • Pembiayaan Aset
  • Modal Kerja

Cara Permohonan

Anda juga boleh memohon Dana Kecemasan PKS 2.0 secara dalam talian di https://biz.financing.growyourbusiness.midf.com.my/ atau scan QR code dalam poster di atas.

Nota: PKS terjejas harus mengemukakan permohonan dalam masa 6 bulan dari tarikh kejadian.

Maklumat Lanjut

Untuk butiran mengenai Dana Kecemasan PKS 2.0, sila layari www.growyourbusiness.com.my.

ATAU

Hubungi MIDF di saluran berikut:

Baca juga: BKSS Penjaja 8.0 : Semakan Bayaran RM1000 (SarawakPay)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!