BKSS Penjaja 8.0 : Semakan Bayaran RM1000 (SarawakPay)

BKSS 8.0 Penjaja: Geran Bantuan One-off Peniaga Kecil RM1000

Seperti yang diumumkan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg, terdapat 7 inisiatif di bawah Bantuan Khas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan 7 inisiatif di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bertemakan “Pemulihan Sosioekonomi Rakyat” dengan perbelanjaan sebanyak RM285.47 juta pada Jumaat, 28 Januari 2022.

Salah satu inisiatif dalam BKSS 8.0 ini adalah bantuan untuk penjaja / peniaga kecil, iaitu Geran Bantuan Tunai Secara One-off berjumlah RM1000.

Di sini kami kongsikan maklumat selanjutnya tentang bantuan ini.

Apakah Geran BKSS 8.0 Peniaga / Penjaja?

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 8.0) adalah bantuan untuk peniaga kecil dan penjaja yang terkesan akibat PKP dalam tempoh pandemik.

7 INISIATIF BKSS 8.0 (2022)

  • LANGKAH 1: Diskaun bil elektrik
  • LANGKAH 2: Diskaun bil air
  • LANGKAH 3: Diskaun 50% Sewa Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC)
  • LANGKAH 4: Pengecualian Bayaran Sewa Kepada Pengusahan Kecil Dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di Badan Berkanun & GLC Negeri
  • LANGKAH 5: Diskaun 50% Sewa Pasar & Kedai
  • LANGKAH 6 : Insentif one-off kepada
    • Pengusaha, penambang, pengendali van
    • Pemandu teksi
    • Pengendali van dan bas sekolah di Sarawak
  • LANGKAH 7 : ONE-OFF GERAN KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MELALUI SARAWAK PAY

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan adalah penjaga dan peniaga kecil tidak berlesen mestilah di kalangan rakyat Sarawak yang tinggal dan berniaga di negeri ini berumur 18 tahun dan ke atas.

Bagi peniaga dan penjaja kecil berlesen, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengekstrak maklumat mereka terus dari sistem perlesenan yang ada.

Pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  • Gerai makanan;
  • Pasar;
  • Kedai kampung / kedai terpencil;
  • Barber / salun rambut;
  • Kantin (pemilik individu)

Orang ramai diseru untuk memastikan maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran permohonan adalah tepat untuk memudahkan proses saluran bantuan.

Kadar Bayaran Geran Bantuan Penjaja BKSS 8.0

Penerima akan dibayar sejumlah RM 1,000 secara one-off melalui SarawakPay.

Tarikh Bayaran

Menurut DayakDaily, bantuan BKSS untuk penjaja bagi tahun 2022 ini telahpun dilancarkan pada 7 Februari 2022 yang lalu, di mana 15 orang penjaja dan peniaga kecil telah menerima Geran Bantuan Penjaja BKSS 8.0 RM1,000 di sebuah majlis bertempat di Hotel UCSI Kuching.

Terkini, difahamkan sudah ada pengguna media sosial menerima bantuan ini yang dikreditkan melalui SarawakPay pada 3 Mac 2022.

Info media dari sosial Facebook oleh Azira Drahman: https://www.facebook.com/azira.drahman.14/posts/494101518986955

Kaedah Bayaran

Bayaran RM1000 yang diperuntukkan bagi setiap penjaja / peniaga kecil akan dibayar melalui SarawakPay @ Spay.

Bagi pemohon yang lulus menerima bantuan BKSS Penjaja, di sini disertakan langkah-langkah untuk memindahkan wang dari akaun SarawakPay ke akaun bank anda ;

bkss penjaja 8.0
bkss penjaja 8.0
bkss penjaja 8.0
bkss penjaja 8.0
bkss penjaja 8.0
Sumber info : Majlis Daerah Sri Aman (MDSA)

Baca juga: BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

Maklumat Lanjut Geran Bantuan Penjaja BKSS 8.0

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, sila rujuk ke laman web rasmi Kerajaan Sarawak di pautan berikut:

a)     Laman Sesawang Rasmi : http//talikhidmat.sarawak.gov.my atau https://sarawak.gov.my/

b)     Talian Telefon : 555999 (talian tetap seluruh Sarawak).  Untuk pengguna telefon mudah alih,

        sila dial  082-555999

c)     Pesanan Ringkas (SMS) :  Taip 555999 hantar dan hantar ke 62999

d)     Laman Mobile : https://w555999.sarawak.gov.my

e)     Faksimili : 082-555888

f)      Emel : [email protected]

g)     Surat kepada :        PASUKAN PENGURUSAN TALIKHIDMAT

                                       Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Jabatan Ketua Menteri

                                       Tingkat 3, Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri Sarawak

                                       93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!