Cara Semakan Dividen KWSP 2022-2023 Online
PENGUMUMAN & SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2022
Beberapa penganalisis sebelum ini menjangkakan dividen bagi 2022 adalah lebih rendah berbanding tahun 2021, namun kekal kompetitif berdasarkan situasi pasaran pelaburan amat mencabar tahun lalu.
Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.
Apakah Dividen KWSP?
Tahukah anda, di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.
Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu.
NOTA: Kadar dividen SIMPANAN SHARIAH adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.
Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2023
Setiap tahun, KWSP akan mengisytiharkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun tersebut, iaitu dalam pertengahan / penghujung bulan Februari atau awal Mac.
Semua ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media massa, termasuklah media sosial rasmi seperti Facebook dan Twitter.
Bagi tahun 2022 yang lalu, KWSP telah mengumumkan kadar dividen 2021 pada tengah hari 2 Mac 2022.
Bagi tahun 2023, dividen bagi tahun kewangan 2022 telah diumumkan pada 4 Mac.
Dalam artikel ini akan diterangkan lebih lanjut cara membuat semakan dividen KWSP bagi ahli-ahli yang mencarum, di mana jumlah dividen ini akan dikreditkan ke i-Akaun masing-masing.
Dividen KWSP 2023 (Tahun Kewangan 2022)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan agihan dividen 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan syariah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah, usaha mempelbagaikan pelaburan berjaya mengawal ketidaktentuan pasaran sekali gus memberikan pulangan stabil kepada KWSP.
Ahli boleh menyemak penyata terkini bermula 4 Mac 2023 dan digalakkan membuat semakan melalui i-Akaun.
(Rujuk cara semakan di bawah)
Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion; dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan RM6.27 bilion, menjadikan jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, meningkat sebanyak 7.7 peratus tahun ke tahun kepada RM48.02 bilion berbanding tempoh sama pada 2020.
Secara umumnya ramai yang teruja kerana KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2021 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Covid-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.
Berikut dikongsikan tarikh pengumuman dividen KWSP 2022 dan cara membuat semakan secara online.
Sejarah Kadar Dividen KWSP Tahun 2021 Dan Sebelumnya
Berikut adalah Kadar Dividen_KWSP bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional pada tahun-tahun sebelum ini:
Tahun | Peratus (Simpanan Shariah) | Peratus (Simpanan Konvensional) |
2021 | 6.10 | 5.65 |
2020 | 4.90 | 5.20 |
2019 | 5.00 | 5.45 |
2018 | 5.90 | 6.15 |
2017 | 6.40 | 6.90 |
2016 | – | 5.70 |
2015 | – | 6.40 |
2014 | – | 6.75 |
2013 | – | 6.35 |
2012 | – | 6.15 |
2011 | – | 6.00 |
2010 | – | 5.80 |
2009 | – | 5.65 |
2008 | – | 4.50 |
2007 | – | 5.80 |
2006 | – | 5.15 |
2005 | – | 5.00 |
2004 | – | 4.75 |
2003 | – | 4.50 |
2002 | – | 4.25 |
2001 | – | 5.00 |
2000 | – | 6.00 |
1999 | – | 6.84 |
1997 – 1998 | – | 6.70 |
1996 | – | 7.70 |
1995 | – | 7.50 |
1988 – 1994 | – | 8.00 |
1983 – 1987 | – | 8.50 |
1980 – 1982 | – | 8.00 |
1979 | – | 7.25 |
1976 – 1978 | – | 7.00 |
1974 – 1975 | – | 6.60 |
1972 – 1973 | – | 5.85 |
1971 | – | 5.80 |
1968 – 1970 | – | 5.75 |
1965 – 1967 | – | 5.50 |
1964 | – | 5.25 |
1963 | – | 5.00 |
1960 – 1962 | – | 4.00 |
1952 – 1959 | – | 2.50 |
Baca juga: Cara Pendaftaran i-Saraan KWSP
Cara Semakan Dividen KWSP
KWSP mengumumkan kadar dividen 5.35% untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah pembayaran sebanyak RM45.44 bilion dan 4.75 % untuk Simpanan Shariah dengan jumlah pembayaran sebanyak RM5.70 bilion, menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan untuk tahun 2022 sebanyak RM51.14 bilion.
Berikut adalah langkah membuat semakan dividen online melalui i-Akaun.
- Layari www.kwsp.gov.my
- Pergi kepada ikon Login
- Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik View Details di bahagian menu Dividend
- Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan
*Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda daftar terlebih dahulu. Sila rujuk: Cara Daftar i-Akaun KWSP
Penyucian Dividen
Jom lihat bagaimana pelaksanaan Simpanan Shariah KWSP bermula berserta contoh penyucian dividen yang perlu dilakukan oleh ahli yang beragama Islam. Semoga bermanfaat!
Bertukarlah ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.
Rujuk cara membuat pertukaran ke Akaun Shariah KWSP melalui artikel ini : Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Secara Online
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Dividen KWSP 2022 di https://www.kwsp.gov.my/ms/web/guest/w/epf-delivers-competitive-returns-amid-tough-investment-climate-in-2022-reaffirms-focus-to-rebuild-members-savings
Aplikasi i-Akaun
Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui
- Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store
- Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000
Baca juga: Majikan Tak Carum KWSP Boleh Didakwa. Ini Cara Buat Aduan