Smart #1 EV: Varian, Spesifikasi dan Harga di Malaysia

Nampaknya pasaran kereta elektrik (EV) di Malaysia terus rancak dengan penjualan kereta Smart #1 (# disebut sebagai hashtag).

Harga jualannya juga baru diumumkan secara rasmi untuk pasaran di Malaysiaa dann untuk peminat kereta EV, anda boleh mendaftarkan minat untuk kenderaan ini.

Smart #1 merupakan sebuah kenderaan kompak yang dijual melalui syarikat Pro-Net, sebuah syarikat subsidiari milik Proton.

Latarbelakang Smart

spesifikasi  Smart #1

Smart ialah pengeluar kenderaan yang beribu pejabat di Ningbo, China, walaupun ia pada asalnya diasaskan pada tahun 1994 oleh Micro Compact Car AG (MCC), sebuah usaha sama antara SMH (pengeluar jam tangan Swatch) dan Daimler-Benz.

Pada 2019, ia berada di bawah pemilikan usaha sama antara Mercedes-Benz AG dan Zhejiang Geely Holding Group.

Menariknya, nama Smart berasal daripada ‘Swatch Mercedes ART’.

Smart menghasilkan kebanyakan kereta mikro dua tempat duduk seperti Fortwo dan hatchback kompak seperti Forfour.

Ia menghasilkan kedua-dua kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dan EV, walaupun ia telah mula memperkenalkan lebih banyak kenderaan EV bersaiz penuh seperti Smart #1.

Artikel berkaitan: BYD Dolphin: Varian, Spesifikasi dan Harga di Malaysia

Varian dan harga

Berikut ialah harga model Smart #1 di Malaysia:

  • Pro single-motor – RM189,000
  • Premium single-motor – RM219,000
  • Brabus dual-motor – RM249,000

> Dapatkan pengecas mudah alih kenderaan elektrik anda – Cas di mana sahaja.

Spesifikasi

Smart #1 bukanlah sebuah kereta kompak dan berikut merupakan spesifikasi ringkas kereta ini:

anjang: 4,270 mm (Brabus, 4,300 mm)
Lebar: 1,822 mm
Ketinggian: 1,636 mm
Jarak roda: 2,750 mm
Kelegaan tanah: 182 mm
Berat Kerb: 1,780 kg (Pro), 1,800 kg (Premium), 1,900 kg (Brabus)
Ruang but: 323 hingga 411 liter; 986 liter dengan tempat duduk belakang dilipat
Ruang batang depan (frunk): 15 liter.

Sebagai perbandingan, Smart #1 bersaiz serupa dengan Ora Good Cat dan Mini Countryman, menjadikannya SUV bandar yang kompak.

Pada bahagian luaran, ia mempunyai reka bentuk yang agak comel dengan lengkung di sekelilingnya.

Reka bentuk ini membawa persamaan yang hampir dengan bahasa reka bentuk Mercedes, terutamanya pada lampu ekor dan reka bentuk badan keseluruhan.

Malah, anda juga boleh melihatnya pada konsol tengah dan tempat letak tangan hadapan di bahagian dalam.

Ciri reka bentuk luaran yang menonjol bagi #1 termasuk lampu depan CyberSparks LED+ Matrix, gril hadapan yang bercahaya, roda reka bentuk ‘Rotor’ atau ‘Dynamo’, pintu belakang berkuasa bebas tangan, dan bonet rendah dan rata untuk penglihatan ke hadapan yang sangat baik.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!