BYD Dolphin: Varian, Spesifikasi dan Harga di Malaysia

BDY merupakan sebuah syarikat pengeluar kereta elektrik yang sudah dipasarkan di Malaysia dan antara model yang dijual di negara adalah BYD Dolphin.

Selain Tesla, peminat kereta elektrik juga boleh mendapatkan model-model kereta elektrik (EV) dari BYD pada harga yang lebih rendah jika dibandingkan dengan Tesla.

BYD Dolphin sebenarnya adalah model kedua BYD yang diperkenalkan dan dijual di pasaran Malaysia setelah model Atto 3 yang mula dijual Disember 2023 yang lalu.

Varian dan harga

BYD Dolphin terdapat dalam 2 varian:

  • Dynamic Standard Range – RM99,900
  • Premium Extended Range – RM124,900

Perlu diingat bahawa harga ini tidak termasuk yuran on-the-road (OTR), jadi jika anda menambahnya, harga OTR Dynamic Standard tanpa insurans ialah RM100,530, manakala Premium Extended Range ialah RM125,530.

Dolphin diimport sepenuhnya (CBU) dari China dan mendapat manfaat daripada insentif EV yang berterusan (pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jalan) yang diberikan oleh kerajaan sehingga akhir 2025.

Dengan harga ini, model ini adalah model kereta elektrik kedua termurah di Malaysia selepas Neta V.

Artikel berkaitan: Tesla Malaysia: Harga, Model, Spesifikasi, Tempahan Kereta

Pilihan warna

harga byd dolphin

BYD Dolphin didatangkan dengan beberapa piliha warna mengikut varian yang dipilih.

Dynamic Standard Range:

  • Coral Pink
  • Urban Grey
  • Maldive Purple
  • Sand White

Premium Extended Range:

  • Ski White
  • Surf Blue
  • Coral Pink
  • Atlantis Grey

Spesifikasi

Dari segi saiz, BYD Dolphin berukuran dalam pada 4,290 mm panjang, 1,770 mm lebar, 1,570 mm tinggi dan dengan jarak roda 2,700 mm.

Kedua-dua varian didatangkan dengan lampu hadapan LED automatik dengan High Beam Assist, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, cermin sisi yang dipanaskan secara elektrik dan boleh laras, kemasukan dan permulaan tanpa kunci (dengan kunci kad), penyaman udara automatik dengan penapis udara PM2.5, kelompok instrumen digital lima inci.

Kedua-dua varian juga didatangkan dengan sistem infotainmen skrin sentuh berputar 12.8 inci, sokongan Apple CarPlay berwayar, navigasi, enam pembesar suara dan brek letak kereta elektronik.

Untuk spesifikasi penuh, sila lihat brosur di bawah:

Waranti

Setiap Dolphin didatangkan dengan waranti kilang selama enam tahun, 150,000 km, manakala bateri dilindungi selama lapan tahun/160,000 km.

Terdapat juga satu lagi waranti berasingan untuk unit pemacu lapan tahun/150,000 km untuk motor, pengawal motor, pemasangan DC dan pemasangan kawalan elektrik.

Penjual di Malaysia

Di Malaysia, model BYD Dolphin dipasarkan secara rasminya oleh pihak Sime Darby Motors.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://byd.simedarbymotors.my/dolphin

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!