Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP IATn 2022) Untuk Usahawan Mikro

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bantuan geran bagi usahawan mikro Industri Asas Ternakan (IATn) menerusi Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) kini dibuka.

Program STEPP merupakan insentif berbentuk geran pemadanan yang diberikan kepada usahawan mikro IATN yang menetap di negeri Pahang.

Program ini memberi peluang kepada usahawan mikro IATn untuk menerima bantuan berdasarkan kategori berikut :

  • Tahap 1: Nilai jualan kasar tahunan adalah sama atau di bawah RM50,000
  • Tahap 2: Nilai jualan kasar tahunan adalah lebih RM50,000 sehingga sama atau di bawah RM100,000

Skop Insentif

Skop Insentif yang bakal diterima oleh usahawan yang berkelayakan adalah merangkumi :

  • Kajian nutrisi dan jangka hayat produk
  • Reka bentuk pembukusan dan pelabelan
  • Peningkatan kapasiti pengeluaran
  • Penambahbaikan premis
  • Perolehan papan tanda perniagaan

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, tarikh tutup bagi permohonan bantuan ini adalah pada 24 Jun 2022.

Kadar & Nilai Geran Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP)

Kadar geran bagi skop insentif kajian nutrisi dan jangka hayat produk, usahawan akan menerima geran penuh 100% dengan maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap permohonan yang dibuat.

Bagi skop insentif yang lain, usahawan akan menerima geran pemadanan (geran 90%, usahawan 10%) dengan nilai maksimum RM10,000 setiap permohonan (termasuk kajian nutrisi dan jangka hayat produk jika dipohon secara kombinasi).

Baca Juga : Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid 2022 / 2023)

Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti

Syarat Permohonan

Usahawan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat permohonan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Pahang dan berumur antara 18 hingga 60 tahun.
  2. Telah menjalankan projek sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. Keutamaan akan diberikan kepada permohonan usahawan pada Tahap 1 dan Tahap 2.
  4. Mempunyai produk yang menggunakan produk hasilan ternakan.
  5. Mempunyai ruang kerja pengeluaran produk yang sesuai dan bersih.
  6. Tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan dibuat. Kelonggaran syarat ini adalah atas pertimbangan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang sekiranya projek dilaksanakan dirasakan memerlukan tambahan suntikan insentif untuk berkembang baik dan kekal mampan.
  7. Tidak disenarai hitam oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  8. Membuat permohonan menggunakan borang permohonan Program STEPP dan diisi dengan lengkap bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan jabatan.
  9. Pemohon yang berjaya diwajibkan menandatangani perjanjian program dan bersedia dipantau dalam tempoh 2 tahun setelah menerima bantuan.

Cara Memohon

Calon boleh ikuti panduan permohonan seperti di bawah :

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/11eLunl4Har-_0C4Kn2OFgL3ymu7HJ0ty/view?fbclid=IwAR1gozG0JYFq-7SP9US9pgmbP65Cs_QaQaTX529z8o64Pev49sSdOi9mczk.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar dokumen-dokumen tersebut ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Usahawan perlulah kemukakan dokumen sokongan seperti berikut :

  1. Memorandum and Articles of Association
  2. Penyata kewangan syarikat yang terkini (jika berkenaan)
  3. Lesen perniagaan
  4. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM); atau
  5. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (jika berkaitan)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai STEPP, sila layari laman web https://dvs.pahang.gov.my/.

Bantu kami share artikel ini: