Pahang Pride Kid 2023 (Program Anak Kebanggaan Pahang)

Di bawah Belanjawan 2023 Negeri Pahang, setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima saguhati RM300 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid).

Ia boleh digunakan untuk simpanan dan pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Anak Kebanggaan Pahang yang diumumkan melalui Belanjawan 2023 Negeri Pahang.

Pahang Pride Kid 2023

PROGRAM ANAK KEBANGGAAN PAHANG

Kerajaan Pahang bersetuju menaikkan jumlah sumbangan bagi Program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) sebanyak RM100 menjadikan jumlah sumbangan RM300 bermula tahun 2023.

Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi meneruskan program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid 2023)

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah tersebut dinaikkan bagi menggalakkan kadar kelahiran di negeri ini yang masih rendah.

Setiap kelahiran hidup akan menerima pemberian bernilai RM300.(RM50 dalam bentuk barangan bayi, RM100 dalam bentuk simpanan bank rakyat dan RM150 gold bar)

Sumbangan RM300 yang diperuntukkan diberikan dalam insentif berikut:

  • RM50 untuk barang keperluan bayi
  • RM100 dalam bentuk simpanan akaun NURI (Bank Rakyat)
  • RM150 dalam bentuk Gold Bar

Syarat-syarat Permohonan

  • Bayi yang dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia
  • Bayi dilahirkan di negeri Pahang
  • Dilahirkan pada tahun 2023
pahang pride kid

Cara Memohon Pahang Pride Kid 2023

Ibu/ bapa/ penjaga yang sah boleh membuat pendaftaran secara atas talian dengan mengimbas QR code pada poster di atas atau mengisi link berikut

https://erakyat.pahang.gov.my/

Sila isikan butiran anda dalam borang yang tersedia secara atas talian.

Anda boleh membuat semakan setelah menghantar borang permohonan melalui butang Semakan.

Cara Pembukaan Akaun Bank Rakyat NURI

Ibu bapa / penjaga yang sah perlu hadir ke bank bersama dokumen berikut :

  1. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga sah
  2. Sijil lahir bayi
  3. Sijil Tahniah Bayi Kebanggaan Pahang 2023
  4. Slip pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian yang tertera dibawah.

09-5124043/09-5124039
(Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang)

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk saluran berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!