Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia 2026

pengambilan tentera darat
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan bagi Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia Tahun 2026 atas talian dibuka menerusi pautan https://army.mil.my/index.php/kerjaya/permohonan-kerjaya/pengambilan-perajurit-muda.

Pemohon boleh mendaftar permohonan melalui pautan yang telah diberikan.

Rujuk artikel ini selanjutnya untuk melihat syarat-syarat dan kelebihan serta kemudahan yang ditawarkan apabila menyertai Tentera Darat Malaysia.

Sejarah Tentera Darat Malaysia

Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi.

Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mewujudkan pasukan ini.

Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.

Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11.

Bagi menyahut seruan untuk mempertahankan ibu pertiwi, lebih dari seribu pemuda-pemuda Melayu tampil dari pelusuk tanahair telah tampil menawarkan khidmat mereka, tetapi hanya 25 orang sahaja yang berjaya dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu.

Mereka telah diarahkan untuk melapor diri ke Haig Lines (sekarang IPDA), Port Dickson untuk memulakan latihan pada 1 Mac 1933.

Skuad Pertama ini telah menjalankan latihan dengan gigih dan penuh tabah, dan pihak pegawai-pegawai British, selaku jurulatih sangat berpuas hati dengan kebolehan, kecekapan serta semangat keperwiraan yang ditunjukkan.

Pada pertengahan tahun 1934, Kompeni Percubaan telah diistiharkan sebagai berjaya dengan cemerlangnya dan layak diperbesarkan ke satu batalion yang lengkap.

Seterusnya buat julung kali, pada 4 Nov 1936, seramai empat pemuda anggota Skuad Pertama telah ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda. Mereka adalah No. 8 Ariffin bin Haji Sulaiman, No. 12 Ibrahim bin Sidek, No 13 Ismail bin Tahar dan No. 25 Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman.

Dengan tercetusnya peprangan di Eropah pada 3 Sep 1939, latihan anggota Askar Melayu telah dipertingkatkan dan kekuatannya diperbesarkan.

Batalion Kedua Askar Melayu telah ditubuhkan bagi menghadapi serangan Tentera Jepun yang sedang mara.

Kompeni A, Batalion Kedua adalah unit Askar Melayu pertama menentang Tentera Jepun yang mendarat di Pantai Cinta Berahi (sekarang Pantai Cahaya Bulan), Kelantan pada 8 Dis 1941. Kekuatan Tentera Jepun yang berlipat ganda telah memaksa Kompeni tersebut berundur ke Kuala Krai dan seterusnya Singapura. Di Singapura, Batalion Pertama dan Kedua Askar Melayu telah berjuang bersama Tentera British menentang kemaraan musuh. Askar Melayu telah berjuang dengan penuh semangat di sekitar kawasan Pasir Panjang, Buona Vista, Labrador dan Alexander.

Satu peritiwa yang sukar dilupai dalam sejarah Tentera Darat ialah peristiwa indakan Tentera Jepun menawan Bukit Chandu yang dipertahankan oleh Platun No. 7, Kompeni C, Batalion Pertama Askar Melayu yang diketuai oleh Lt Adnan bin Saidi.

Selain itu, satu lagi peristiwa yang menyayat hati berlaku pada 28 Februari 1942 apabila seramai 8 orang pegawai Askar Melayu, setelah menjadi tawanan perang dibunuh di Pasir Panjang disebabkan keengganan mereka menanggalkan pakaian seragam tentera mereka.

Selain dari anggota-anggota Askar Melayu, ramai lagi anak-anak Melayu menceburkan diri sebagai anggota dalam Federation Volunteer Forces menentang tentera musuh dan ramai yang turut terkorban.

Di samping itu ramai anak-anak Melayu yang berkhidmat dengan Tentera British seperti Royal Army Service Corps (RASC), Royal Army Ordnance Corps (RACC), Royal Artillery (RA) dan lain-lain pasukan yang turut berjuang.

Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15 Feb 1942 dan anggota Askar Melayu yang masih hidup telah menjadi Tawanan Perang.

Ketika mereka diperintahkan untuk kembali ke kampung mereka, banyak dari mereka menolak dan meneruskan pertempuran melawan pemerintah Jepun melalui gerakan bawah tanah.

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia

SYARAT PERMOHONAN TENTERA DARAT

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur:
    – 18 – 30 tahun (Lelaki).
    – 18 – 25 tahun (Wanita).
  3. Ketinggian minimum lelaki 157cm.
  4. Berat badan minimum lelaki 47.5 kg
  5. Sihat tubuh badan dan BMI 18.0 – 27.9 kg/m².
  6. Syarat minima adalah lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM atau lulus SVM (PNGKA 2.9 dan ke atas)
  7. Tiada rekod kesalahan jenayah/dadah/juvana.

TARAF KESIHATAN

  • Sihat tubuh badan
  • Tidak cacat anggota badan
  • Tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang
  • Tiada penyakit kronik atau keturunan
  • Tidak menghidap penyakit lelah
  • Mempunyai penglihatan jelas, calon berkaca mata juga digalakkan hadir
  • Tidak rabun warna

KELEBIHAN & MANFAAT

  • Perajurit Muda: RM2,255.00
  • SPM/SVM: RM2,635.00
  • SKM Tahap 2: RM2,707.00
  • SKM Tahap 3: RM2,779.00
  • STAM/STPM Berkaitan: RM2,851.00
  • DKM: RM2,887.00
  • Diploma Berkaitan: RM3,199.00

Elaun & Kemudahan Tentera Darat

ELAUN
  1. Elaun Sara Hidup
  2. Elaun Khidmat
  3. Bayaran Insentif Khas
  4. Elaun Kepakaran
  5. Elauan Imbuhan Perumahan
  6. Elaun Perjalanan
  7. Skim Berpencen
KEMUDAHAN
  1. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  2. Rawatan Perubatan
  3. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  4. Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  5. Peluang melanjutkan pelajaran
  6. Kemudahan Kediaman
  7. Peluang menyertai misi luar negara

Lokasi Latihan

Bagi pemohon yang layak, mereka akan menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tarikh Permohonan

Tarikh Permohonan Dibuka : 3 April hingga 3 Mei 2026

Cara Permohonan Pengambilan Tentera Darat Malaysia

Permohonan untuk pengambilan ini boleh dibuat menerusi pautan https://army.mil.my/index.php/kerjaya/permohonan-kerjaya/pengambilan-perajurit-muda

Ujian Pemilihan

Ujian pemilihan yang perlu dilalui oleh para calon adalah seperti berikut:

  • Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)
  • Pemeriksaan Kesihatan.
  • Ujian Kecergasan:
    Larian 2.4 KM – 14 minit
    Tekan Tubi – 40 kali
    Bangkit Tubi – 45 kali
  • Ujian Bertulis:
    Ujian Kecerdasan (IQ)
    Ujian Psikologi

Soalan Lazim

Bilakah permohonan pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia ambilan Julai 2026 dibuka?

Permohonan dibuka mulai 3 April hingga 3 Mei 2026.

Berapakah jumlah pendapatan bagi perajurit muda?

Jumlah pendapatan yang ditawarkan adalah RM2,255.00

Berapakah ketinggian minimum bagi calon lelaki?

Ketinggian minimum bagi lelaki adalah 157cm.

Apakah syarat minima dalam SPM untuk pemohon?

Syarat minima adalah lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM atau lulus SVM (PNGKA 2.9 dan ke atas)

Dimanakah lokasi latihan akan dijalankan?

Latihan dijalankan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson, Negeri Sembilan

Bagaimanakah cara untuk memohon bagi pengambilan ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://army.mil.my/index.php/kerjaya/permohonan-kerjaya/pengambilan-perajurit-muda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut:

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Malaysia pada (Hari : Isnin – Jumaat & Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang) di talian:

  • 03-4014 0469/0470 019-6969548 (Utara)
  • 019-6969254 (Timur)
  • 019-2477793 (Selatan)
  • 019-2477794 (Sabah)
  • 019-2977799 (Sarawak)

Baca juga: Pengambilan ATM 2026 (Pegawai Angkatan Tentera Malaysia)

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut