Tawaran Skim Insentif Integrasi Tanaman dan Ternakan Dengan Sawit 2022

Berita baik buat pekebun kecil sawit, anda kini berpeluang untuk optimumkan lagi penggunaan tanah melalui tanaman dan ternakan menerusi Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (Ita) dan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (Ite).

Insentif yang diwujudkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut :

  • Mengoptimumkan penggunaan tanah melalui penanaman tanaman kontan dan amalan penternakan.
  • Mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawit.
  • Meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara.

Justeru itu, pekebun kecil sawit yang berminat dialu-alukan untuk memohon.

Baca Juga : Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP IATn 2022) Untuk Usahawan Mikro

Skop Bantuan Skim Insentif Integrasi Tanaman dan Ternakan Dengan Sawit

Skop bantuan yang akan ditawarkan kepada pekebun kecil yang ingin memohon skim ini adalah seperti berikut:

i) ITa

  • Tanaman Nenas – RM7,000 bagi setiap hektar plot tanaman
  • Tanaman Pisang, Tembikai, Jagung, Betik – RM3,000 bagi setiap hektar plot tanaman
Skim Insentif Integrasi

ii) ITe

Pemberian insentif wang tunai sebanyak RM15,000 bagi setiap projek iaitu:

  • Ayam daging/kampung
  • Itik penelur

Pecahan skop bantuan adalah seperti berikut:

  • RM3,500 bagi penyediaan kandang/reban ternakan.
  • RM11,500 bagi pembelian input seperti benih/anak ternakan, makanan dan ubat-ubatan.
Skim Insentif Integrasi

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon skim ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pekebun kecil persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta dari lain-lain agensi persekutuan atau negeri.
  • Menunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yang sah.
  • Mempunyai lesen MPOB yang sah.
  • Bukan peserta lain-lain agensi pembangunan tanah negeri atau persekutuan (bagi ITe sahaja).
  • Hanya layak untuk memohon satu jenis projek ternakan sahaja (bagi ITe sahaja).
  • Jika pemohon adalah pasangan suami/isteri, maka seorang sahaja layak memohon (bagi ITe sahaja).
  • Umur pokok sawit tidak lebih dua tahun bagi penanaman semula atau penanaman baru mengikut segitiga sama (jika melaksanakan integrasi tanaman) (bagi ITa sahaja).
  • Belum melaksanakan kerja-kerja tanaman kontan semasa permohonan dibuat (bagi ITa sahaja).

Cara Memohon

Pekebun yang berminat boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  • Dapatkan borang permohonan di Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara.
  • Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan ke alamat:

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,

43000 Kajang, Selangor.

(u.p: Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil)

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti:

Borang permohonan yang lengkap diisi.

  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan dokumen pemilikan tanah.
  • Salinan lesen MPOB.
  • Surat akuan sumpah sebagai pekebun untuk mengesahkan penanaman di lokasi yang dipohon/Surat wakil kuasa mengusahakan tanah (jika berkenaan).
  • Dokumen sewa tanah/pajak (jika berkenaan).

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lajut mengenai lanjut mengenai skim ITa dan ITe ini, sila hubungi:

i) Skim ITa

Pn. Noraini Abdullah – 03-8769 3935 ([email protected])

Pn. Nor Syamira Hasri – 03-8769 3933 ([email protected])

ii) Skim ITe

Pn. Noor Asrani Ab Rahman – 03-8769 4982 ([email protected])

En. Mohd Anuar Roselee – 03-8769 3968 ([email protected])

Untuk perkembangan terkini, sila ikuti Facebook Malaysian Palm Oil Berhad.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!