Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJS) telah membuka permohonan Skim Bantuan Komputer Riba bagi sesi 2026 mulai 1 Jun 2026 menerusi pautan https://epayment.maij.gov.my/.
Berikut adalah maklumat dan info skim bantuan ini.

Mengenai Skim Bantuan Komputer Riba MAINJ
Skim Bantuan Komputer Riba MAINJ merupakan skim yang menawarkan bantuan komputer riba kepada mereka yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh pihak MAINJ.
Bantuan ini ditawarkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mereka memliki komputer riba bagi tujuan pembelajaran.
Menerusi skim bantuan ini, ia akan dapat dapat membantu pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka di IPT menerusi komputer riba yang dibeli.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan skim bantuan ini dibuka mulai 1 Jun hingga 30 Jun 2026.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan bagi skim bantuan ini adalah RM2,500.00 bagi pembelian bantuan komputer riba.
Peringkat Pengajian
Peringkat pengajian yang layak memohon adalah seperti berikut:
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
Pemohon mestilah berbaki 3 semester pengajian mereka.
Syarat Umum
Syarat umum untuk memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia / Penduduk tetap dengan syarat pasangannya adalah warganegara Malaysia.
- Menetap di dalam negeri Johor sehingga kini.
- Pendapatan perkapita keluarga RM800.00 dan ke bawah.
- Penerima dari kalangan asnaf yang menerima bantuan IPT mengikut syarat yang telah ditetapkan atau pelajar yang dipertimbangkan layak.
- Mod pengajian sepenuh masa peringkat Diploma dan Ijazah.
Syarat Kelayakan Tambahan
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan tambahan seperti:
- Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa sekurang-kurangnya berbaki 3 semester.
- Tidak pernah menerima bantuan komputer riba daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.
- Menandatangani borang aku janji penerimaan bantuan.
Cara Memohon
Semua permohonan melalui sistem permohonan bantuan komputer riba atas talian di laman web https://epayment.maij.gov.my/.
Pemohon juga perlu meastikan lampiran permohonan dimuat naik ke dalam sistem secara lengkap dan mandatori.
Lampiran yang tidak lengkap akan ditolak permohonannya.
Soalan Lazim
Skim Bantuan Komputer Riba merupakan skim yang menawarkan bantuan komputer riba kepada mereka yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh pihak MAINJ.
Tarikh permohonan dibuka 1 Jun hingga 30 Jun 2026.
RM2,500.00 untuk pembelian komputer riba.
– Diploma
– Ijazah Sarjana Muda
Pendapatan perkapita keluarga mestilah berjumlah RM800.00 dan ke bawah.
Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://epayment.maij.gov.my/.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Komputer Riba MAINJ, sila layari laman web https://www.maij.gov.my.
Baca juga: BAIK Sabah – Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2026




